16 Julai 2010. 4.15 petang Jumaat yang penuh barokah warahmah.
Moment paling gembira.
Moment yang aku rasa paling win dalam dunia.
Moment yang buat aku rasa, aku wujud dekat dunia untuk satu tugas suci yang Tuhan beri.
Untuk menjadi Emak kepada anak yang aku kandung 9 bulan ini.
Moment yang buat aku percaya, benarlah bayi itu asalnya datang dari syurga.
Moment pertama kali, Adam Irfan Xaharis berada kemas dalam pelukan yang pada waktu tu sangatlah teramat kekok, clumsy, serba tak kena. Perasaan yang sukar untuk aku gambarkan.
Aku tak akan lupa, senyum pertama dari mulut comel Adam.
Rasa macam dipanah cinta arjuna.
Rasa degup jantung tak senada.
Tangan kecil Adam aku cium - cium penuh sayang. Sayang yang sukar untuk aku tafsirkan dalam kata - kata. Sayang yang akan buat engkau sanggup buat apa saja, walaupun untuk tukaran nyawa.
Membesarkan Adam bukan kerja senang.
Bukan cuma duduk saja - saja dengan kaki goyang - goyang.
Bukan.
Banyak yang aku korbankan.
Masa.
Kebebasan.
Kasih sayang.
Perhatian.
Sekarang semuanya terpaksa dikongsi sama Adam.
Lupakanlah nak buat perangai - perangai princess lagi. Tak ada siapa nak layan. Semua orang sibuk kisahkan Adam. Emaknya Adam, terbiar. Haha. Padan muka aku.
Semakin Adam membesar, apa lagilah harapan aku untuk Adam melainkan Adam membesar menjadi manusia yang cinta halanya hanya untuk yang Maha Esa. Terjaga imannya, maka terjagalah semuanya. Dan sememangnya bukan senang nak membesarkan anak dalam persekitaran yang mesra addin. Banyak halangan, banyak kekangan. Sebagai Emak Bapak, kalau engkau taknak mencuba sedaya upaya walau terpaksa bersabung nyawa untuk kemaslahatan anak - anak engkau, maka sila terjun bangunan sekarang. Ye. Sekarang.
Sempena birthday Adam genap yang ke empat 16 Julai yang lepas, aku buatlah sikit kenduri doa selamat untuk Adam. Embun, suami dengan Emak bertungkus - lumus siapkan juadah untuk berbuka sekali harung untuk jamuan kenduri doa selamat Adam. Nasi minyak lengkap dengan pencok dan acar timun. Peh dia punya sedap, memang boleh buat jilat tapak kasut sendiri!
Orderkan kek dengan Kak As, senior masa zaman sekolah dulu. Dahlah kek dia sedap, murah pulak tu. Adam dah geram sangat last - last dia bantai jilat aising kek tu. Sabar ajelah. Kalau tak mengenangkan bulan puasa, memang aku ligan dengan batang penyapu laahhh anakkkk. Adam suka betul tengok kek warna - warni macam tu. Dia kata kawan aku belanja dia kek, padahal Emak dia korek duit tabung Ayam nak belikan kek tu untuk dia. Lahai. Anak punya pasal.
Hadiah untuk Adam tahun ni dah beli awal - awal hari tu, dia minta sneakers Converse warna navy blue. Jangan cakap aku ajar anak aku bergaya eh. Aku pun tak tahu mana Adam dapat perangai macam tu. Adam ni jenis budak lelaki yang sepanjang masa nak bau perfume dekat badan walaupun badan melekit - lekit dengan peluh sebab Adam ni budak dia tak reti nak duduk diam. Adam punya rambut, silalah jangan kacau. Boleh mendatangkan kemusnahan alam semulajadi. Particular pasal rambut sangat anak aku ni. Kalau tak kena gaya dia , taknak dia keluar rumah sampailah rambut dia okay semula. T_T Atuk Usu dia pun bagi dia sandal Puma untuk raya. Jimat duit belanja raya. Hewhew. Aku ingat nak belikan Adam kolam mandi. Yang boleh isi angin tu. Adam tu kan kembar dengan Platipus. Suka sangat main air.
Dibandingkan dengan Emak –
Emak yang lain, yang jaga anak diorang sikit punya power, yang provide
everything the best untuk anak – anak diorang, aku memang rasa lap kaki sangat –
sangat. Memang rasa tak layak nak panggil diri sendiri Emak mithali sebab aku
memang jauh panggang dari api dengan ciri – ciri seorang Emak mithali. Banyak
kurangnya aku ni. Dan seseorang pernah cakap dengan aku,
“Setakat mencuba beri yang
terbaik untuk anak – anak tak mencukupi. Kau kena betul – betul dapatkan yang
terbaik untuk anak kau.”
Thus, aku pun rasa sangat
lap kaki.
Adam dah empat tahun. Empat
tahun Tuhan kasi pinjam Adam untuk kami suami isteri. Empat tahun Adam ceria
gulanakan hidup kami. Ada masa kalau perangai Adam sangat baik dan sentosa, aku
rasa macam akulah Emak yang paling bahagia dalam dunia. Burung – burung terasa
berterbangan dan berkicauan seolah – olah turut sama berkongsikan kebahagiaan
aku. Tapi langit tak selalunya cerah. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya
hujan ditengahari. Semakin Adam membesar kadang – kadang Adam ada juga buat
perangai – perangai dia yang buat aku urut dada banyak – banyak mintak
diberikan sabar. Lagi – lagi bila dia dah pandai cakap, macam – macam perkataan
pulak yang dia belajar dari kartun dekat TV. Aku sebagai Emak memang makan
sabar banyak – banyak. Takkan nak salahkan orang lain. Salah aku jugak sebab
bagi dia tengok kartun banyak sangat. Haih. Petir memancar diudara.
Selagi aku hidup, tugas membesarkan Adam adalah satu perjuangan untuk aku. Perjuangan yang takkan pernah tamat. Aku sentiasa doakan Adam menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa. Akulah tu kan, dengan suami. Saham aku dekat akhirat nanti. Kalau salah mendidik, kaki ni sebelah dah landing dekat neraka Tuhan. Bukan calang - calang tanggungjawab Emak Bapak zaman sekarang. Bukan setakat dunia yang kena dikejar, akhirat tu yang aku rasa Emak Bapak zaman sekarang ramai yang terlepas pandang. Ahh menyampah pulak engkau orang aku berdialog macam ustajah Bahiyyah.
I love you, Adam.Sepenuh hati Mama. Seluruh jiwa raga Mama.And that explains everything.I love you. Fullstop.Semoga cinta Allah tumpah untukmu,nak.Selamat hari lahir.
Cinta,
Mama.
6 comments:
hepi besday tuk adam tuu.,e HHhee
@Wak GelasThank you :D
@Wak GelasThank you :D
Selamat hari lahir adam comel... mcm mamanyerrr...
@ilieTerima kasih! :)
@Siti RohayuTerima kasih. Lahai, kembang Mamanya. Haha.
Post a Comment