Friday, August 22, 2014

Raya Like A Boss.

Aku kalau cakap pasal raya, dia punya level kegembiraan, memang kalah budak - budak darjah tiga. Level kegembiraan adalah ditahap menggila babi buta. Badan jadi cargas bertenaga untuk mengangkut segala benda, segala macam perkakas, perhiasan waima apa sahaja benda - benda yang diperlukan untuk aku mengemas rumah dengan gilang gemilang sekali. Anak Emak memanglah 4 orang, tapi Maklong dengan Makngah pulak pesen manusia yang tak berapa nak port bab kemas - mengemas ni, nak nak lagi si Embun yang kerja dia asyik nak membuta dari hari Ahad sampailah jumpa hari Ahad balik. Maka anak dia yang inilah (Tepuk dada) yang akan mengetake - over segala macam benda yang berkaitan dengan rumah dan segala macam isi dia. Janji jangan suruh aku memasak. Sudip sudip periuk belanga segala is just not my thanggg.

Tahun ini preparation awal aku buat. Masuk hari ketiga puasa je, aku dah gotong - royong dengan Emak tukar tikar getah dekat bahagian dapur. Yang ada tu pun dah koyak - koyak, dah berlubang. Ada yang aku siap tampal pakai selotep. Punyalah dhaif. Tahun ni alhamdulillah ada rezeki nak gantikan dengan yang baru. Langsir pulak awal - awal memang dah beli kain, Emak boleh jahit sendiri. Nasib baik Emak terer jahit langsir. Save bajet banyak jugak dekat upah jahit langsir. Cayalah , Mak!

Cat rumah macam biasa ini diaaaa (Tepuk dada lagi) gasaklah cat comot sana - sini yang penting tulang empat keras inilah yang terbongkok - bongkok, tertonggeng - tonggeng cat rumah. Abah tolong sikit - sikit nak taknak je. Yang lain, akulah yang setelkan. Gila terer (Tiup buku lima). Rasa nak putus dua pinggang. Kena banyak minum susu lepas ni. Adehh.

Kuih raya, biskut - biskut dengan segala macam kerepek macam tahun - tahun sebelum ni, takkan lah jiran aku pulak yang sedekah kan? Mestilah aku yang beli jugak. Tahun ni tak banyak beli macam tahun lepas. Beli mana yang penting aje. Katanya. Sekali aku tengok dekat dapur, tepuk dahi. Boleh bukak kedai kuih raya dah. Ini semua setan punya pasal. Membazir tu kan amalan setan. Kena sampuk setan agaknya masa aku beli kuih - kuih tu semua. (Typical shallow-minded people that blames everything but to himself)

Yang lain - lain, macam karpet tu semua, mana yang tahun - tahun lepas punya, banyak yang boleh pakai lagi. Katanya. Last - last aku beli jugak dua keping karpet murah - murah dekat Ayer Hitam. Warna sedondon dengan tema warna langsir tahun ni. Pink, purple suka hati kau. Alas meja kuih jahit sendiri. Alah, jahit bodoh - bodoh aje. Jahit sekali dengan sarung bantal kecik. Lepas tu tepek dengan bunga reben. Eh sekali tengok cantik dia boleh tahan jugak.






Tahun ni Maklong beraya rumah mertua. Makngah beraya dekat sini tapi sebab Makngah tak berapa nak sihat pagi raya tu, so 1 Syawal itu hari kami pergi ziarah kubur dengan Emak Abah aje. Adam tinggal dekat rumah sebab masa kita orang pergi kubur, budak bertuah tu belum bangun. Sayunya ziarah kubur Atuk - atuk , Nenek - nenek kita orang. Kubur - kubur makcik pakcik yang Allah dah jemput balik dulu. Sesekali ziarah tanah perkuburan, terasa insaf dalam hati. Gah macam mana pun kita dekat dunia, satu hari nanti, dekat situ jugaklah kita akan duduk tanggung untung nasib iman sendiri. Ya Allah.


Balik dari ziarah kubur, apa lagi nak tunggu ye dak? Makanlah wehh makannnn! Serbu dapurrr! Ya Allah sedapnya Emak masakkk. Ada ketupat (Wajib!) rendang daging Emak yang sedap nak mamp, dengan kuah kacang yang subhanallah kalau ada bom meletup sebelah telinga pun kompom tak dengar kalau dah memang dasar pekak. Dengan kuah lodeh dan tak lupa Ayam Goreng bukan KFC yang kalau sekali pandang boleh jugak menyamar jadi KFC. Eh dah tak payah cakap banyaklah. Makan ajelah!


Lepas makan, masing - masing kekenyangan, duduk diam - diam dekat rumah tunggu tetamu datang. Kita orang tak bermaaf - maafan dulu sebab korum tak cukup, Maklong belum sampai. Jadi duduk ajelah dekat dapur tunggu Emak bagi cue suruh sediakan air untuk tetamu yang bertali arus datang rumah dari lepas solat raya sampailah ke petang. Sedara mara, anak - anak sedara Emak Abah, sepupu sepapat yang dekat yang jauh semua datang rumah nak jumpa Emak Abah. Anak - anak Emak Abah pulak memang jenis pemalu (Muntah lumut) jadi semua duduk dekat dapur sampailah kena panggil, suruh tunjuk muka bersalam dengan tetamu yang datang. Tahi betul perangai.

Lepas solat Asar baru ada can nak melaram pakai baju raya bila Emak Abah ajak pusing rumah sedara mara. Tema tahun ni warna maroon. Suami yang pilih warna ni. Nampak kacak jugak bila suami dengan Adam pakai warna maroon, siap bersampin, dengan songkok atas kepala. Allah. Cair sungguh jiwa remaja aku kiri kanan kena apit dengan lelaki handsome. Kembang kuncup hidung jadinya. Tahun ini buat pertama kalinya suami cuti raya sampai 4 hari. Gembira sangat sampai rasa macam nak nangis haa. Selalu mana dia dapat cuti, tahun ni alhamdulillah dapat cuti raya. Alhamdulillah! :)

Adam yang kacak.
Gambar raya bertiga ini tahun :)
Encik suami yang sangat dicintai.
Mana Abah saya, jangan tanya. Abah saya allergik bergambar. Benci tau.
Raya ke tiga, bila dah cukup korum, Maklong dah balik, Makngah pun dah sihat sikit, barulah kami satu keluarga pergi berhari raya rumah pakcik makcik. Bila dah beraya ramai - ramai macam tu memang jangan peliklah kalau semua orang pun nak bercakap, semua orang  nak bercerita, nanti sekejap ketawa, sekejap senyap (Makan kuih) nanti sekejap sambung ketawa balik. Bila dah kenyang semua, sempat jugak bergambar sepam dua. Buat kenangan di hari tua. Lagi pun Emak nak sangat bergambar dengan adik beradik dia. Sebagai anak yang patuh, kenalah tunaikan impian Emak Abah, ye dak? Maka terimalahhh.

Ini dekat rumah Pakcik sebelah Emak. Yang duduk paling kiri sekali tu pakai baju putih.
Ini dekat rumah kakak Emak yang paling Sulong (Kakak Emak ada sorang aje pun) yang duduk sebelah kiri Emak pakai tudung warna striking pink. Sepesen aje kan muka kami satu keluarga. Jawa tanpa was was.
 Rumah - rumah pakcik makcik yang lain tak sempat pulak nak bergambar, ada yang lupa, ada yang keadaan tak mengizinkan. Tak apalah tu kan. Raya ni walaupun sedikit hambar dengan berita - berita menyedihkan yang kita sama - sama rakyat malaysia terima, dengan isu Gaza, dengan isu MH370 dan juga MH17, tapi semangat merayakan hari kemenangan umat Islam satu dunia masih membara dalam jiwa. Rasa puas dapat berkunjung rumah sedara mara , bermaaf - maafan sesama kami memang win perasaan dia. Insyaallah, kalau Tuhan beri izin, beri rezeki umur yang panjang, dapat buat macam ini setiap tahun.

Untuk kami adik beradik berempat ni, raya nilah masa yang seboleh - bolehnya kami akan luangkan masa bersama. Walaupun perangai masing - masing memang jauh beza, macam langit dengan bumi, tapi bila dah duduk sama - sama, memang tahulah yang kami ni adik beradik keluar dari rahim yang sama. Buruk baik, kami ada sesama kami ajelah. Doanya, supaya kami takkan berpecah bertelagah sampai bila - bila. Boleh hidup berkasih sayang sampai ke tua walaupun tak sepanjang masa hidup bersama. Insyaallah. Memanglah kadang - kadang kami masing - masing ada jugak buat perangai tahi, tapi bak kata orang, carik - carik bulu tenuk lambat laun bercantum kembali.

Alhamdulillah, Syawal tahun ni dapat kami sambut dengan penuh kebahagiaan dan penuh kebarokahan insyaallah. Walaupun cuti raya cuma seminggu, sempat kami berziarah rumah saudara mara jauh dekat mana yang sempat. Insyaallah ada umur panjang, kita jumpa lagi. Ye dak? Terima kasih untuk saudara mara yang sudi berkunjung ke rumah Emak Abah, kawan - kawan, dan yang paling teristimewa, anak - anak murid yang tak jemu-jemu datang bertandang ke rumah. Mana yang terkurang terlebih tu harapnya dapat dimaafkan ya :) 

Okaylah, nak sambung korek serdak kuih raya. Cerita marhaban, rumah terbuka apa jadah semua kita sambung lain entry, okay? Gimme five sikit. Dah babai.

Assalamualaikum! ^^,