So, cerita dia macam ni, kau ada satu rahsia besar dan kau bagitahu orang yang kau rasa kau boleh percaya.
Masalahnya sekarang, orang ni, yang kau bagitahu semua rahsia kau ni, langsung kau tak boleh nak percaya! Jadinya sekarang timbul masalah. Sekarang isu yang timbul adalah isu salah kau ke sebab mulut kau ringan sangat nak cerita semua rahsia kau dekat orang yang konon - konon kau boleh percaya ni tadi dan jugak isu kepercayaan. Iyalah, kau dah percaya separuh nak mampus dengan orang ni tadi, tiba - tiba dia boleh bukak pulak rahsia kau ni tadi dekat orang lain. Tak ke jahanam?
Hati - hati.
Sepanjang pengalaman hidup aku yang dah nak cecah 31 tahun ni, kau janganlah percaya sesiapa pun dalam hidup kau. Betul. Walaupun kawan baik kau tahap tidur sebantal makan sepinggan berak sejamban sekalipun. Jangan. Sebab esok - esok apa jadi kau tak pernah tahu. Hari ni kawan baik esok dah bercakar muka, tak ada siapa tahu.
Manusia ni salah satu makhluk yang memang tak boleh nak dipercayai. Depan kau muka murni lindungan Kaabah, belakang kau dia lah yang jirus tahi, kita tak tahu beb. Depan murni, belakang perangai macam bapak iblis, kita tak tahu beb.
Sekarang zaman manusia tikam sesama kawan. Dah tak main tikam belakang, dia tikam depan - depan. Orang dulu kalau buat benda bangsat sorok - sorok, orang sekarang dah tak beb. Orang sekarang bangsat tak bangsat, selagi boleh bagi kepentingan boleh buat kau jolok bintang, bangsat hina jelek suci tolak tepi.
Beringat - ingat.
Manusia ni ada banyak. Perangai pun ada macam - macam. Bila bab rahsia - rahsia ni orang - orang jujur rajin sembahyang pun kadang - kadang tergelincir jugak dia punya pegangan, lagi - lagi kalau jenis yang tak berapa nak kuat iman. Mengaku kenal Tuhan, setakat tengok Youtube ceramah Ustaz Kazim Elias, ceramah 30 Minit Ustaz Don dah mengaku kenal Tuhan. Sampah.
1) Manusia yang pesen bagitahu kita segala macam rahsia dia. Siap pesan kita "Weh rahsia ni aku kasi tau kau sorang aje tau. Kau jangan bagitahu orang lain!". Sekali tu, esok - esoknya semua orang tahu. Bila kita selidik, rupa - rupanya dia sendiri yang bagitahu orang lain rahsia dia sendiri siap dilengkapi dengan pesanan "Weh rahsia ni aku kasi tau kau sorang aje tau. Kau jangan bagitahu orang lain!".
Tahi. Memang tahi.
2) Manusia yang bagitahu kita rahsia dia, lepas tu kita ni pulak jenis yang tak boleh percaya, tak guna punya kawan, tikam depan belakang, bangsat memanjang, kita pun cerita rahsia kawan kita ni tadi pada orang ramai. Dan diakhir tu kita siap - siap pesan "Weh rahsia ni aku kasi tau kau sorang aje tau. Kau jangan bagitahu orang lain!".
Tahi kuasa dua.
3) Kita ada kawan baik tahap till jannah bestfriend forever, so semua rahsia - rahsia dia, dia lambakkan dekat kita. Tiba - tiba entah macamana satu hari, konflik terjadi, dulu baik sekarang taik, dulu bersama sekarang pegi jahanam sana, dek dendam punya pasal semua rahsia - rahsia kawan ni tadi kita cerita dekat orang lain. Macam biasa, siap pesan "Weh rahsia ni aku kasi tau kau sorang aje tau. Kau jangan bagitahu orang lain!".
Loji tahi.
Trauma betul aku bila kes rahsia yang sepatutnya hanya kita - kita aje yang tahu ni tiba - tiba hambik kau nahh satu dunia tahu. Trauma beb. Lagi - lagi bila orang yang kita percaya pulak tu yang pergi bocorkan rahsia. Memang celaka perasaan dia.
Jadi nasihat aku satu ajelah, sebab benda ni dia macam roda, Tuhan pun dah banyak kali ingatkan. Rahsia ni satu amanah. Rahsia besar ke kecil ke buruk ke baik ke, bila orang tu dah percaya dekat kita, kita jagalah rahsia ni tadi sebagai satu amanah. Ibadah jugak tu kan nama dia. Kalau boleh, kita dah tak geng macamana sekalipun, dah tak payahlah nak bukak - bukak aib orang. Tak baik. Tuhan dah janji, kau tak bukak aib orang, Tuhan takkan bukak aib kau. Jadi diam - diam ajelah. Musuh macamana sekalipun. Ini air muka orang ni jangan dibuat main - main.
Zaman sekarang ni susah dah nak cari orang yang amanah. Susah. Jadi engkau janganlah menambah - nambah bilangan manusia puaka dekat muka bumi ni. Kalau engkau dah susah nak tahan nafsu sekalipun, kau bagitahu ajelah rahsia tu tadi dekat babi. Sekurang - kurangnya time kau pandang muka babi tu tadi, mana tau kau datang insaf ke. Macam itulah rupa engkau kalau engkau buat perangai tak tentu hala mengadu - domba rahsia aib orang dekat sana sini.
Macam babi.
Dah.
6 comments:
yup betul tu sis.. selalunye kalau kita share somethng dekat someone bila dah begaduh dengan dia.. semua rahsia kita nak di beri tahu.. yup.. kita tak semestinye perlu pecayakan orang 100% walaupun rapat dengan kita.. sebaba hati manusia ni selalu je berubah-rubah..
#done follow u sis :)
@dilakhirJadi kesimpulannya ada rahsia, simpan jelah dalam hati. Bak kata Dato CT "Biarlah rahsiaaaa" Haha.
Takutla org camni kan huhu
beringat-ingat.. well said, sis.
sis comel! hahahaha
@Umie ArtoqiemieOrang-orang macam ni ada dekat tepi tepi kita je ni.
@Budak Perempuan BiasaHa beringat - ingat! Kehkeh! :)
Oloh! Terima kasih!
Post a Comment