Sunday, November 30, 2014

#MudahTerhibur

Teringat pulak, dulu ada someone tu pernah kata, yang aku ni manusia yang mudah terhibur. Senang sangat nak rasa bahagia. Sekecik - kecik benda pun boleh buat hati aku kembang berbunga - bunga.

Iya.

Aku manusia yang mudah terhibur.

Aku manusia yang percaya dengan janji yang orang buat. Orang buat baik, aku ingat dia betul - betul baik. Orang cakap sayang, aku ingat dia betul - betul sayang. Orang kata kerja aku bagus, aku ingat aku betul - betul buat dengan bagusnya. Iyelah. Dah nama pun mudah terhibur.

Itulah masalah aku.

Aku tak berani nak bermimpi besar - besar, berharap tinggi - tinggi. Aku takut jatuh. Kalau tinggi sangat pasang angan - angan, bila jatuh pun mestilah sakit dia bukan calang - calang. Sebab itu aku senang rasa puas hati. Cukuplah, ini cukuplah. Sudahlah, ini sudahlah.

Inilah masalah aku.

Jadinya bila Tuhan kasi sesuatu yang manis - manis untuk aku, aku cakap dengan diri sendiri, cukuplah ini. Janganlah minta yang lebih lagi. Sentiasa sedar diri. Jangan bermimpi tinggi - tinggi. Jatuh nanti, sakit sendiri.

Anak murid ajak main ceper pun, aku dah bahagia bukan main.

Dia nak cakap apa sebenarnya?

Sebenarnya nak cakap, syukur seorang manusia tu berbeza.

Jadi janganlah pertikai kalau kau macam tak pernah nampak macamana aku melampiaskan kesyukuran. Takkan aku nak jadi macam kau, setiap kali nak bersyukur je update Facebook, Twitter apa bagai.

Takkanlah.

Aku ada otak, kot.

Dah. Babai!

Monday, November 17, 2014

Birthday Di Awan Biru Tiada Yang Menganggu.

Kalau boleh mencarut, aku memang nak mencarut semahunya.

Sebenarnya, aku dah selamat dah mencarut. Dia punya penat, serupa iblis ! Nak tanggal kaki aku, dengan ketiak lecak, nafas semput macam nak terputus nyawa, dengan kaki sakit kejang menggigil lagi satu hal, kalau tak difikir - fikirkan maruah dan harga diri serta kredibiliti seorang guru bakalan tercalar, memang aku tak hingin nak panjat Hutan Lipur Bukit Soga tu ! Memang takkan lah weh, tak akannn!

Tak pernah manusia sambut birthday aku atas bukit. Tak pernah. Ini pertama kali dalam hidup. Bertuah sungguh anak murid aku kan? Dideranya cikgu cantik macam aku. Panjat bukit tinggi - tinggi sampai setengah mati nak sambut birthday. Rare sangat - sangat ! Aku dah separuh nyawa termengah - mengah nak daki tangga, diorang boleh lari - lari riang gembira sambil tayang - tayangkan kek birthday depan bijik mata aku. Syaitonnnnn !

Tak mampu nak tersenyum. Tak mampu dah !

Berperang dengan perasaan nak patah balik dan nak teruskan perjalanan, aku teruskan jugak kaki melangkah walau mulut menyumpah seranah. Aku ni dahlah tak rajin nak bersenam, memang seumur hidup dua tiga kali ajelah hiking. Selalunya aku hiking dalam shopping complex aje. Jadi bila kena daki Bukit Soga yang tinggi dia 750m tanpa sebarang perancangan rapi, memang nazak jugaklah perasaan dia. Berapa kali aku berhenti , ambik nafas mintak nyawa. Dia punya penat, nauzubillah. Boleh buat engkau terajang pokok pisang! Penat tak penat, make up tetap maintain. Eyeliner tetap melentik mengalahkan Che Ta. Jadahnya perangai!

Setelah berhempas pulas, jatuh bangun tergolek terbongkang, maka menjejak jugaklah aku ke puncak Bukit Soga. Sedap aje anak murid aku yang lain dah lompat - lompat lari - lari sana sini, yang aku pulak dah termengah - mengah muntah hijau. Nasib baiklah disepanjang perjalan Tiqah sudi nak temankan aku yang sekejap-sekejap duduk, sekejap-sekejap mencarut kepenatan. Sayang Tiqah! Bila dah okay sikit, dah boleh bercakap- cakap sikit, kami pun duduk membulat dan tadaaaa potong kek birthday! Lepas tu yang lagi kelakar, tak bawak air ehh. Bijak bistari macam sang kancil betul!

Ini budak - budak nakal pembuli cikgu cantik.
Mengokak kek.
Bodyguard.
Bodyguard yang gembira.
Sayang sepah - sepah bertaburan di alam semesta.

Kalau nak dikatakan penat, aku memang penat. Penat nak mampos kott ! Sampaikan menggeletar satu badan kepenatan, dengan basah lencun dek peluh, tapi inilah birthday celebration yang paling rare pernah aku dapat. Sekaligus menjadi penutup Bulan Sambutan Harijadi Teacher Yatt Yang Cantik Dan Baik Hati. Eh panjang pulak kan nama sambutan. Kehkeh! Terima kasih yang tak terhingga untuk Mia, Chad, Tiqah sayang, Poyen dan Peng yang sanggup bersusah - payah meraikan hari tua aku. Kalau nak cakap sayang, memang macam cheesy sangat - sangat kan? Tapi dalam hati ni, memang sayang sepah - sepah tabur - tabur sesungguhnya untuk mereka - mereka ini. Meh meh korang, Teacher peluk ramai - ramai meh! SAYANG KORANG!

Maka dengan itu, tamatlah sambutan birthday aku untuk tahun ini. Bertemu kita lagi pada tahun hadapan dengan sambutan - sambutan yang lebih surprise lagi. Mana tau, ada yang nak celebrate dekat Kelab Malam ke, Kelab Bogel ke. Kehkeh! Tak senonoh kau, Yatt! Sebelum berpisah, kita akhiri pertemuan kita ini dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Malamnya, kaki sakit macam nak tanggal!

Dah babai!

Thursday, November 13, 2014

Generasi Pertama The Kesayangans. Makan - Makan, Kegembiraan Dan Cinta Sejati.

Maaflah. Aku kalau buat entry, mesti tajuk dia syok sendiri.

Baiklah. Sambutan hari jadi aku yang ke 31 tahun nampaknya berlangsung entah untuk kali yang keberapa. Malas pulak saya nak kira (Riaknya nauzubillah). Kali ini, giliran generasi pertama The Kesayangans yang meraikan birthday aku dengan upacara yang sungguh gilang - gemilang.

Yang jadikan sambutan ini lain maciam adalah, diorang masak sendiri weh ! Lepas itu makan ramai - ramai. Kembang setaman hati beta. Ada nasi putih, ayam goreng, coleslaw, choc-dipping dan lepas itu makan ramai - ramai, kongsi - kongsi dengan penuh rasa kasih sayang dan juga muafakat membawa berkat. First time celebrate birthday macam gini. Feel dia memang mari! Bentang tikar dekat dalam bilik guru, masing - masing duduk bersila. Apa ada hal!

Untuk yang belum sedia maklum, generasi pertama The Kesayangans ini adalah insan - insan terpilih yang suatu ketika dahulu merupakan anak didik aku batch yang pertama aku mengajar Tingkatan 3. Mereka ini group yang pertama. Kelompok manusia yang selalu buat engkau rasa terbang bahagia diudara. Sumpah tak cari lain!

Yang acah - acah pakai topeng Ironman tu dia ada sakit mental sikit.
Sambil makan tu memang penipu lah namanya kalau tidak diisikan dengan sesi anjing menganjing dan membahan di antara satu sama lain. Saya sebagai guru juga tidak terkecuali. Peluang begini bukan datang selalu gua cakap lu. Bila lagi nak kenakan Aini dengan Muaaz. Inilah masanya! Kehkeh!

Siap aje makan, yang bagusnya apa tahu, yang kemas semua benda adalah kaum lelaki. Kaum perempuannya betulkan tudung, camwhore dan bergossip sesama sendiri. Yang lelakinya bagusnya lahai kemas tempat makan, basuh pinggan, buang sampah. Alahh memang calon pilihan menantu Emak awak lah!

The handsomes membasuh pinggan. Peace sikek Muaaz !
Lepas dah siap semua, sambil tunggu masuk waktu Zuhur, apa lagi masing - masing. Camwhore! Baik yang lelaki ke yang perempuan ke, anak murid ke, cikgunya ke semua dah sama aje. Pantang nampak kamera, masing - masing! Macam - macam gaya. Posing atas pokok aje yang belum.

Terasa miniature sungguh. Padahal dulu dia paras buku lali aku aje pun!
Spend masa dengan The Kesayangans tak pernah berakhir dengan kesedihan dan kedukaan. Kalau jumpa mereka - mereka ini, senyum aku mesti sampai ke telinga. Hati kembang berbunga - bunga. Dengar cerita masing - masing, gelak kutuk umpat keji bersama, moment - moment macam ginilah yang buat aku terus bertahan dan bertabah untuk menjadi seorang pendidik.

Banyak yang aku belajar daripada mereka. Salah satu daripanya, aku belajar yang hidup sebagai seorang guru ni tak bermakna kita sahaja yang mengajar sesuatu untuk mereka. Sebenarnya banyak yang kita belajar daripada mereka juga dalam masa yang sama. Thank you, Allah. Pengalaman hidup ni kadang - kadang Tuhan bagi melalui cara yang kita tak sangka - sangka. Tahun ini tahun terakhir mereka - mereka semua ni ada dekat sekolah. Lepas ini masing - masing dah bertebaran ke serata muka dunia. Tacingnya lahai rasa dia ! Kalau dulu masing - masing comot momot Ya Allah nakal pula tu, tapi sekarang masing - masing dah besar, dah kacak, dah cantik. Mentang - mentanglah bebudak espiyemmm.

Sayang sepah - sepah.
Naeem. Fathiin. Aini. Nada. Izzuan. Ameen. Jidin.
Mana nak sama kamu semua orang!
Rakan sebaya.
Entah kenapa kalau dengan diorang ni, aku rasa lain sangat - sangat. Macam satu keluarga pun ada. Dah rasa macam darah daging sendiri. Kalau sorang susah hati atau ada masalah, tak tenang pulak hati aku selagi tak dapat nak bantu mana yang dapat aku bantu. Setiap masa aku doakan diorang semua ni kan berjaya capai cita - cita masing - masing. Biar tinggi terbangnya. Biar panjang langkahnya. Biar diteroka satu dunia. Insyaallah.

Dan harapannya juga semoga ukhuwah ini terbina sampailah ke hujung waktu. Biar siapapun yang datang dan pergi dalam hidup kita, semoga The Kesayangans akan terus mekar mewangi di dalam hati. Haa gitu !

Terima kasih korang untuk usaha dan susah payah korang semua. Teacher hargai sangat - sangat. Teacher sayang engkau orang sepah - sepah dari sini sampailah ke Bulan pusing - pusing lapan belas kali.

Meh peluk berjemaah meh !

I love you guys !

Okay dah. Nak makan jeruk mangga. Babai!

Wednesday, November 12, 2014

Ke Kaherah Memanah Cinta.

Sejak nak masuk lapan tahun jadi cikgu ni, aku memang selalu dijodohkan dengan kelas - kelas yang hardcore kental. Kelas yang pesen - pesen macam Lan Todak, Shark, King, Mael Lambung aje yang masuk. Kelas yang kalau nak masuk mengajar kena bertapa dekat mana - mana busut, makan telur mentah, kunyah kaca apa semua untuk mendapat ilmu kebal. Pendek kata kelas - kelas gangstar ajelah yang memang dijodohkan dengan aku. Redo.

Tahun ini, sekali lagi taqdir menemukan aku dengan kelas yang boleh tahan macam - macam jugak perangai budak - budaknya. Bayangkan, hari pertama masuk aje aku dah terbalikkan meja. Amacam, merbahaya tak kakak? Itu baru hari pertama tu. Hari - hari seterusnya engkau orang tak payah nak cakaplah kan. Macam gelanggang wrestling aku cakap engkau. Bergusti !

3 Kaherah.

Jangan pandang orang berdasarkan nama semata - mata. Nama aje Kaherah, dia punya perangai macam Korea Selatan. Komunis. Segala macam makhluk ada dalam ni. Nak taknak terpaksa jugak aku mensamsengkan diri supaya tidak dibuli. Dah tak rupa macam perangai sebenar aku yang lemah lembut dan sahsiah terpuji. Masuk aje kelas 3 Kaherah, lengan dah siap - siap singsing haa. Lama - lama, disebabkan terlalu menjiwai watak samseng yang membabi - buta, budak - budak Kaherah memanggil aku sebagai Kak Yong. Comel kan? Kehkeh. Kak Yong kawasan doh ! Budak - budak Kaherah memang kental dan kalis makian. Jiwa katang masing - masing. Setakat maki - maki campak kerusi, diorang buat selamba sahaja. Punyalah tabah.

Tapi kan tapi kan tapi kan bila diorang buat suprise birthday party untuk aku, memang sebak gila rasa dalam hati. Bayangkanlah, tak sangka langsung yang dalam hati masing - masing tu sudi nak sambut birthday cikgu yang paling kuat membebel dalam kelas. Bukan sahaja kuat membebel, tapi kalau dibiarkan tu, boleh fliptable tuh ! Budak - budak ni semua aku pernah gusti. Sedih tau tak! T_T Bila Wawa penuh semangat belikan kek, Shahmina bawak makanan apa semua, lepas itu bagi hadiah lagi pulak rasa macam em em em em, tak layaknya saya ! T_T

Tak boleh tengok gambar ini. Terasa nak menangis serupa pondan.
Sebelum potong kek, kita siasat dahulu rupa paras beliau.
First time Fatihah suapkan. Berdebar - debar rasanya. Awaa saia ta kuadd!
Lepas potong kek apa lagi, mencekiklah segala makanan yang ada. First time ni makan sama - sama dengan diorang, duduk borak - borak macam satu keluarga yang bahagia. Kalau tak selama ni asyik nak baling batu - bata. Terasa sayang yang melimpah ruah dalam hati untuk diorang ni semua. Semua dah macam adik - adik aku dah haa. (Taknak cakap macam anak - anak. Aku muda lagi apa! Kahkah!) First time jugak diorang behave lahai kalau tak selama ni nak merakas aje tak boleh duduk diam.

Seronok. Tak terkata.

Sesungguhnya aku super terharu sampai tak tahu nak cakap apa. Aku sayang gila kot budak - budak ni walaupun aku selalu bebelkan kelas ni. Tak ada istilah jemu dalam hidup aku untuk kelas - kelas rare macam 3 Kaherah ni. Memang tak boleh nak tidakkan lah yang perangai masing - masing memang nauzubillah buat engkau urut dada, tapi aku tahu dalam hati masing - masing tu tetap ada ruang untuk cinta bertapak. Nakal macamana pun 3 Kaherah ni, tapi masa restu ilmu sebelum PT3 itu hari, kelas inilah yang buat airmata aku jatuh, yang buat ego aku runtuh, yang bikin jiwa aku rapuh. Cis sungguh.

Terima kasih engkau orang. Teacher sayang engkau orang semua. Teacher sentiasa doakan  engkau orang baik - baik sahaja dan membesar menjadi manusia berguna yang berjaya. Tak dapat A berbakul - bakul pun tak apa, asalkan engkau orang semua tak lupa Tuhan dan sentiasa jadi manusia yang terpaling baik, ya? Maafkan salah silap Teacher sepanjang Teacher menjadi guru kelas engkau orang. Memang perangai Teacher kadang - kadang macam Stone Cold, tapi dalam hati Teacher sayang engkau orang tanpa berbelah - bahagi. Even Rais yang sellau buat bunyi binatang tak pasal - pasal tu pun Teacher sayang bukan calang - calang. Jadi anak soleh solehah ya!

Terima kasih banyak - banyak korang!

Sayang tahap infiniti!

Dah. Babai.
Nak pergi korek hidung.

Tuesday, November 11, 2014

Ke Damsyik Melastik Bahagia.

Heceh tajuk. Kalau tak drama memang tak sah hidup engkau kan?

Baiklah. Segalanya bermula seperti hari - hari yang biasa. PT3 semakin menghampiri, tak bagi can langsung aku nak duduk - duduk depan TV makan keropok ikan. Sepanjang masa setiap waktu dan ketika mesti dok fikir macam mana nak kasi anak - anak murid aku boleh score paper Bahasa Inggeris dengan awesomenya. Dekat mana tadi? Oh haaa..semuanya bermula seperti biasa. Aku tengah meronda kelas, tengok budak - budak buat essay. Budak - budak ni kadang - kadang main wayang dengan aku. Aku suruh buat essay karang rupanya tengok - tengok tengah kokak nasi goreng bawah meja. Mana tak bertanduk cikgunya.

Tengah - tengah check essay Firdaus, tiba - tiba Thazmi dengan Shera minta izin nak pergi tandas. Asing - asinglah tapinya kan. Cuaca memang panas. Malas nak dengar diorang merengek, aku pun kasi izin lah dua makhluk ni pergi toilet. Tengah sedap - sedap bebelkan si Firdaus tiba - tiba "Happy birthday tooo yoouuuuuu.. !" Tengok - tengok rupanya lahai, dua makhluk tu tadi pergi ambik kek birthday entah dekat mana diorang sorok entah. Apa lagi, satu kelas bergema lagu birthday tengah - tengah hari panas buta tu haa.

Sambil kontrol macho, sambil tahan airmata terharu punya pasal, memang aku dah speechless dah. Budak - budak 3 Damsyik semua dah bangun terkinja - kinja nyanyi lagu birthday. Diorang ni gila tau. Tengah study week boleh buat huru - hara. Aku seram jugak kot - kot pengetua lalu sekali tengok kami tengah berparti macam gitu. Terharu nak mampus. Sebak dada aku. Tapi aku maintain kontrol hidung kembang kuncup dengan perasaan yang pelbagai.

Aku, kalau masuk kelas Damsyik ni, dua benda aje yang aku buat. Mengajar dengan garangnya and membebel dengan tanpa hentinya. Dua ni ajelah. Kalau tengah mengajar tu memang serious habis lah muka. Sampaikan Ikhmal kata apa pasal aku kalau masuk Damsyik tak pernah nak senyum. Lepas itu kalau tengah marah janganlah cari pasal. Memang flip-table. Tapi rupanya - rupanya budak - budak ni tak pernahnya takut kalau aku marah. Diorang kata aku kalau marah comelnya memang melampau. Sebab tu kalau aku marah, diorang sengih - sengih tahan gelak. Cilakak! Jadi bila diorang buat seprais macam gini, bapak ah terharu nak mampus aku jadinya. Nak peluk sorang - sorang memang tak ah. Dah tengahari. Bau masing - masing pun dah macam cencalok!

Sayang nak mati.
The Intan Payungs.
Bodyguards.
Paling pandai dalam kelas.
Siap potong kek, macam biasalah. Aktiviti menggedik mintak penampar Jepun. Main suap - suap kek, aku memang bertabah tahap dewa - dewa. Sana minta suap sini minta suap eh eh engkau ni karang aa. Tapi, orang kata inilah peluang nak beramah - mesra dengan intan payungs aku yang 34 orang ni. Hari - hari makan maki, tapi hati diorang ni masing - masing kental dan katang. Semua dihadapi dengan senyuman. Tabik ! Damsyik ni jugalah kelas yang paling aku sayang alaupun selalu aku bebelkan tahap telinga berdarah. Damsyikians ni kalau aku marah , jenis yang tak simpan dalam hati. Dengar kata walaupun agak bising dalam kelas. Maki sikit dua tiga round karang setel la tu.

Terima kasih Damsyikians.

Tahun depan jangan lupakan Teacher ya. Terima kasih kerana bersusah - payah buat semua ni untuk Teacher. Teacher nak nangias huaa rasanya. Tapi mengenangkan wajah handsome kena dijaga, tak jadi nak mengalirkan airmata. Touching, sebak semua adalah T_T Teacher sayang sangat dengan engkau orang walaupun kadang - kadang perangai sorang sorang macam nak mintak kaki. Tuhan saja yang tahu betapa bersepah - sepahnya sayang Teacher untuk engkau orang semua. Nanti tahun depan kalau kita berselisih, jangan buat - buat tak kenal pula ya? Terima kasih sekali lagi. Doakan Teacher baik - baik saja dunia akhirat yaa ! T_T

Amin ya rabb.

Stop sampai sini dulu. Ada banyak lagi celebration nak kena update ni. Maklumlah, birthday sebulan. Hikhik ! (Gelak gedik tutup mulut) Nak pergi sambung tengok Ninja Hattori.

Babaiiiii!

Monday, November 10, 2014

Fatihah Terakhir (Untuk Norairulsham Nordin)

Aku tak pernah sedekat ini dengan yang namanya kematian.

Selama 31 tahun aku hidup dekat muka bumi Tuhan, aku tak pernah meratapi sebuah kematian. Aku tak tahu macamana rasanya ditinggal mati manusia tercinta. Aku tak pernah tahu macamana sakitnya hilang separuh jiwa. Aku tak tahu macamana rabaknya perasaan bila orang tersayang dipanggil Tuhan. Aku tak pernah tahu. Aku tak pernah rasa. Air mata aku tak pernah mengalir untuk jasad yang sudah menjadi jenazah.

Kelmarin, aku baru je berborak dengan Emak pasal engkau. Aku tanya Emak macamana perkembangan kesihatan engkau. Aku ni sepupu paling tak guna, kan? Sejak engkau jatuh sakit, aku langsung takde jenguk engkau. Aku sibuk sangat kejarkan dunia, aku jadikan kekangan masa sebagai alasan padahal kalau hendak, seribu daya kan? Aku risik khabar kau dari jauh. Dari Emak kau, dari adik - adik kau, dari makcik - makcik kita yang lain. Tapi aku tak pernah tanya kau secara personal. Tak guna kan aku? Aku tak tahu sebenarnya macamana nak tanya. Aku tak tau nak tanya apa. Aku tak tau nak buat reaksi macamana. Aku tak tau.

Aidilfitri yang lepas ni, aku datang nak melawat engkau. Tapi engkau taknak keluar. Emak engkau kata engkau tak sihat. Kami adik - beradik pun taknak ganggu engkau. Kami tahu engkau sakit, engkau nak berehat, engkau mungkin taknak diganggu. Aku datang jenguk baby baru engkau. Comel babe ! Comel gila !

Kelmarin, masa borak dengan Emak, Emak kata keadaan kau semakin teruk. Aku sedih , babe. Aku concern. Tapi aku tak tahu nak luah macamana, nak tunjuk macamana. Ada tak ada, aku doakan engkau supaya Tuhan cepat - cepat bagi engkau sembuh. Sihat macam dulu, gembira dan bahagia macam dulu. Aku cadang nak jenguk engkau cuti sekolah ni. Aku cadang nak bawak Emak Abah aku sekali datang jenguk engkau.

Kita rapat gila masa kecik kan? Kau selalu ada protect aku waktu kita pergi mengaji sama - sama. Kadang - kadang kalau ada budak lelaki musibat buat perangai bangsat ejek - ejek nama bapak aku, mesti engkau yang tolong settled kan. Satu peristiwa yang aku tak akan lupa sampai aku mati, kau tumbuk muka Hishamuddin sebab dia ejek nama bapak aku. Lepas tu dia tumbuk kau balik sampai mulut kau berdarah. Sedar sedar aje, engkau orang berdua dah bergumpal atas tanah. Kau selalu singgah main, makan, tidur rumah aku. Aku suka kalau engkau datang babe. Aku ada kawan. Aku suka kacau kau solat, aku joget - joget depan sejadah engkau. Kalau engkau lepas ambik wudhu', aku sengaja sentuh tangan kau biar wudhu' engkau batal. Tapi engkau tak marah pun kan? Engkau baik gila. Engkau selalu buat aku rasa macam aku ada abang.

Aku tahu perjalanan hidup engkau tak mudah. Aku tahu. Tapi engkau kuat gila kan? Macam - macam yang datang dalam hidup engkau, semua kau harungi dengan tenang. Kau tak pernah menyusahkan orang, kau kerja kuat, kau kerja keras untuk sara hidup engkau. Masa engkau nak kahwin, aku antara manusia yang terpaling excited kot. Masa engkau nak kahwin tu aku tengah sarat mengandungkan Adam. Dengan perut terboyot macam tempayan, aku hiaskan bilik pengantin engkau. Aku gosokkan langsir bilik engkau, langsir rumah engkau. Aku hadiahkan engkau dengan Kak Gee sepasang baju sedondon warna cokelat. Sebab aku rasa kau mesti handsome pakai warna tu. Aku happy dapat sedikit sebanyak menyumbang untuk hari berbahagia engkau.

Tapi sampai hati engkau kan, engkau pergi tak tunggu jumpa aku dulu kan? Engkau tak beri peluang langsung untuk aku jumpa engkau depan - depan, minta maaf salah silap aku dekat engkau kan? Engkau tinggalkan kami - kami semua dekat sini. Engkau balik, pergi jumpa Tuhan. Engkau tinggalkan dunia yang serba kejam, serba kotor serba tak adil ni. Engkau jalan perlahan - lahan, menuju pangkuan Tuhan. Kau tinggalkan segala derita yang kau tanggung selama ni, engkau tinggalkan segala perit jerih, engkau tinggalkan segala seksa, dan sekarang engkau hitung langkah menuju syurga. Kebahagiaan engkau selepas ini adalah yang maha suci. Engkau pergi sahut, panggilan Illahi.

Masa jenazah engkau sampai, aku dah tak boleh nak tahan sebak. Terbayang gelak ketawa engkau, perangai engkau yang selalu tunduk rapat ke bumi. Sekujur tubuh engkau yang berkafan putih diusung rakan - rakan masuk ke dalam rumah. Saat itu jugaklah, airmata aku tumpah. Saat itulah aku sedar yang engkau dan aku sudah berlainan dunia. Betapa dekatnya engkau dengan Tuhan waktu itu. Saat wajah engkau aku tatap untuk kali yang terakhir, tak terucap rasanya sayang yang selama ini tak pernah nak terluah. Engkaulah sepupu aku yang paling rapat, engkaulah kawan, engkaulah pelindung, engkaulah abang sewaktu kita kecik dulu. Aku minta maaf, aku minta maaf melebihkan dunia selama ini.

Sepupu,
aku doakan engkau bahagia dipeluk cinta Tuhan. Tenanglah engkau diselimut cinta yang paling abadi. Damailah engkau disisi Yang Maha Mencipta. Tak usah risaukan kami yang engkau tinggalkan ini, kami baik - baik sahaja. Aku minta maaf, aku iring engkau pergi dengan airmata. Aku minta maaf, aku tak berkongsi segala sakit dan derita. Aku minta maaf seumur aku hidup, aku tak pernah cakap yang aku sayang engkau. Aku minta maaf untuk banyak hal yang tak terucap.

Tuhan,
ini hamba-Mu yang penuh istimewa, letakkanlah dia disisi-Mu sebagai hamba - hamba yang Engkau cinta.
Dia anak yang baik Ya Allah.
Suami yang baik.
Ayah yang baik.
Limpahkan dia cinta-Mu Ya Allah.
Ganjarkan dia syurga.
Syurga yang Engkau janjikan untuk hamba-hamba-Mu yang beriman.
Ampuni dosa - dosanya ya Allah.
Rahmati rohnya dan Engkau himpunkanlah dia nanti Ya Allah bersama golongan - golongan manusia yang engkau redha.


(16.9.1980 - 9.11.2014)
Inor,
Engkau tenang - tenang tunggu kami menyusul ya?
Semoga kita semua nanti bisa bersatu berjumpa di akhirat sana.

Sepupu,
aku bekalkan engkau dengan Fatihah ya?
Selamat jalan bertemu Tuhan.
Selamat kembali bertemu Illahi.
Tenang - tenang ya?
Tenang - tenang.

Innalillahiwainnalillahirojiun

Friday, November 7, 2014

Perempuan 31 Tahun Yang Cantik Lagi Gembira.

Assalamualaikum.

8hb Oktober 2014.

Bangun pagi gosok gigi, mandi, siap shampoo bagai dengan perasaan yang teruja lagi berdebar - debar. Belek muka sendiri dekat cermin, peh dia punya handsome Tuhan aje yang tahu. Kedut - kedut banyak sepah - sepah atas muka. Ah tapi ini benda boleh setel, tenyeh fondesen, setel ! Cantik lagi perempuan umur 31 tahun ni. Aku berdialog didalam hati. Dialog begini hanya layak dituturkan didalam bilik mandi secara monolog. Tak boleh diucapkan dikhalayak ramai. Bukan apa, takut ada yang muntah darah lalu terkorban. Kan dah susah nanti? Selesai mandi, solat, siap - siap apa semua, maka melangkahlah aku ke sekolah (Tak jugak, aku drive!)

Sampai sekolah, terserempak dengan sesiapa disepanjang jalan dari parking ke tempat punch card, mana - mana students yang ingat, diorang memberi ucap selamat. Tersengih - sengih aku serupa orang baru lepas kena loteri. Sampai - sampai aje dekat meja aku, hah hambik kau jajan. Siapa pulak dah membuat huru - hara dekat meja aku ni? Dengan kertas warna - warni bertampal - tampal , siap ada monyet sekor warna merah besar duduk atas meja silang kaki bagai, dengan crown buat aku perasan macam diva - diva kertu. Ya Allah ni tak lain tak bukan memang kerja Oat lah ni. Ya Allah, terharunya aku.Tak sangka ada jugak yang masih sudi nak ingat birthday aku. Sudahlah tua, mengada - ngada pulak. Seperti mahu melempang muka sendiri.

Hari ni birthday aku. Dari sebulan yang lepas sebenarnya aku dah excited. Tak guna punya perangai kan? Sudahlah excited membabi buta, siap terbayang dalam kepala hotak, tahun ni bakal dapat hadiah apa agaknya. Tahi. Dari malam semalam konon - konon tak boleh tidur. Padahal tunggu siapa yang wish dulu. Kehkeh. Dan selalunya, masuk aje bulan Oktober setiap tahun, semua orang sudah sedia maklum, bulan ini adalah bulan menyambut birthday Teacher Yatt. Tak payah nak acah - acah terkejut lah kalau setiap hari atas meja sepah - sepah dengan hadiah. Celebrate birthday pulak dah macam celebrate birthday YB. Siap ada booking number. Menyampahnya Ya Allah !


Muka macam gini kalau disepak pun tiada siapa yang marah.
Nyet. Ehem.
Effort macam gini, kita kena bagi cap jempol !

Dekat sekolah aje tiga kali budak - budak ni nyanyikan aku lagu birthday. Malu jugak rasa dia bila budak berselisih dekat tangga sekelompok nyanyi lagi birthday kuat - kuat. Bila orang tanya berapa umur, jawab 23 dengan yakinnya. Kahkah.Janganlah mention umur kuat - kuat. Kalau ikut kan umur sebenar, memanglah dah boleh masuk kategori harga tiket wayang separuh harga. Ala, apadehal dengan umur. Yang penting dalam hati ni haa. Darjah tiga.

Birthday celebration yang pertama of course bermula dengan mengepow bff secara membabi - buta. Sebenarnya kalau nak diikutkan setiap hari pun dia redo aje kena pow dengan aku. Tapi time birthday ni lain sikit. Aku mintak makan apa pun dia bagi aje tanpa sebarang dolak - dalik. Ala ala macam ibu mengandung yang nak makan apa je sekalipun orang layankan. Kepala keretapi masak kari pun kalau diikutkan, takde masalah ! Tapi sebab tekak western lupa diri tak sadar anak Jawa, aku minta makan dekat Secret Recipe. Ambik kau jajan. Slim wallet !

Yang baju kuning tu dia punya annoying, Tuhan aje yang tahu !

Balik dari sekolah, sampai dekat rumah, dilayan pula seperti Puteri Gunung Ledang. Emak suruh mandi wangi - wangi. Dekat dapur, suami dah macam orang bersilat. Gigihnya suami saya ambil cuti semata - mata nak masakkan untuk birthday isteri dia yang selalu buat perangai mintak kaki ni. Terima kasih ! Wuuuuu !

Lepas solat Maghrib, dah pakai bedak Avon cantik - cantik, makanan pun dah siap masak dah apa semua, Abah buat doa selamat sikit. Doa selamat kesyukuran, anak dia yang terpaling nakal ni dah bertambah lagi setahun usia, sihat selamat dikurniakan Tuhan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. 

 Amacam ? Hebat tak suami saya? Kehkeh. Err sate tu taklah. Sate tu Pakcik belanja. Hehehh.


 Ambik kau jajan. Satu Malaysia tahu umur sebenar.
 Sedap nak mampus !
 Syurga.

Syukur tak terhingga kehadrat Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Cinta. Didatangkan untuk aku ujian tanpa batasan, diberikan juga aku kasih sayang yang tiada tepian. Dikurniakan malaikat - malaikat yang menjaga kanan kiri, yang akan sentiasa menghulur tangan memimpin bahu andai kata aku jatuh disepanjang perjalanan. Betullah Tuhan itu kurniakan kaya kepada hambaNya dengan cara yang beza - beza. Betul, aku miskin harta. Rumah pun tak ada. Menumpang teduh dekat rumah Mak Abah. Tapi Alhamdulillah syukur Ya Tuhan, Tuhan kurniakan aku dengan nikmat kasih sayang dan cinta yang subhanallah, buat hari - hari yang aku lalui penuh dengan bahagia dan rasa syukur segenap semesta.

Diingati dan didoakan disetiap bertemunya tautan dua telapak tangan, subhanallah, nikmat Mu yang mana yang aku dustakan? Terima kasih aku ucapkan untuk suami yang setiap masa setiap ketika mendukung segala hajat segala niat setiap apa yang isteri dia ni inginkan dan lakukan. Suami yang setiap masa dan ketika hanya menumpahkan cinta dan cinta semata. Terima kasih untuk Emak Abah tempat aku curahkan bakti dan cinta yang tiada banding beza, terima kasih untuk adik dan kakak - kakak satu darah satu rahim yang paling aku cinta, Embun, Maklong dan Makngah. Untuk sahabat - sahabat jauh dekat walau disegenap pelusuk mana engkau orang bertapa sekalipun, terima kasih untuk sahabat dunia akhirat Oat (Ayam) sebab sudi nak tahan dengan perangai aku selama ni, untuk Kak Sally, terima kasih banyak - banyak. Untuk otai - otai dunia sastera Zaimie Jamat, Axoneemy, Hades, untuk Encik Boss brader Duan, terima kasih Ya Allah untuk semuanya. Dan yang paling teristimewa, untuk anak - anak didik yang pernah bertaut kasih kita satu jiwa untuk ingatan, ucapan, hadiah dan segala titipan doa kalian untuk wanita tua ini. Terima kasih untuk kasih sayangnya, terima kasih untuk memori manisnya subhanallah Ya Allah, layakkah aku untuk bahagia begini? Terima kasih setinggi langit seindah syurga T_T

Banyak lagi entry birthday bakal menyusul selepas ini. Engkau orang diharap jangan bosan. Dah berhenti kejap. Aku nak tengok Ninja Hattori.

Babai!