Heceh tajuk. Kalau tak drama memang tak sah hidup engkau kan?
Baiklah. Segalanya bermula seperti hari - hari yang biasa. PT3 semakin menghampiri, tak bagi can langsung aku nak duduk - duduk depan TV makan keropok ikan. Sepanjang masa setiap waktu dan ketika mesti dok fikir macam mana nak kasi anak - anak murid aku boleh score paper Bahasa Inggeris dengan awesomenya. Dekat mana tadi? Oh haaa..semuanya bermula seperti biasa. Aku tengah meronda kelas, tengok budak - budak buat essay. Budak - budak ni kadang - kadang main wayang dengan aku. Aku suruh buat essay karang rupanya tengok - tengok tengah kokak nasi goreng bawah meja. Mana tak bertanduk cikgunya.
Tengah - tengah check essay Firdaus, tiba - tiba Thazmi dengan Shera minta izin nak pergi tandas. Asing - asinglah tapinya kan. Cuaca memang panas. Malas nak dengar diorang merengek, aku pun kasi izin lah dua makhluk ni pergi toilet. Tengah sedap - sedap bebelkan si Firdaus tiba - tiba "Happy birthday tooo yoouuuuuu.. !" Tengok - tengok rupanya lahai, dua makhluk tu tadi pergi ambik kek birthday entah dekat mana diorang sorok entah. Apa lagi, satu kelas bergema lagu birthday tengah - tengah hari panas buta tu haa.
Sambil kontrol macho, sambil tahan airmata terharu punya pasal, memang aku dah speechless dah. Budak - budak 3 Damsyik semua dah bangun terkinja - kinja nyanyi lagu birthday. Diorang ni gila tau. Tengah study week boleh buat huru - hara. Aku seram jugak kot - kot pengetua lalu sekali tengok kami tengah berparti macam gitu. Terharu nak mampus. Sebak dada aku. Tapi aku maintain kontrol hidung kembang kuncup dengan perasaan yang pelbagai.
Aku, kalau masuk kelas Damsyik ni, dua benda aje yang aku buat. Mengajar dengan garangnya and membebel dengan tanpa hentinya. Dua ni ajelah. Kalau tengah mengajar tu memang serious habis lah muka. Sampaikan Ikhmal kata apa pasal aku kalau masuk Damsyik tak pernah nak senyum. Lepas itu kalau tengah marah janganlah cari pasal. Memang flip-table. Tapi rupanya - rupanya budak - budak ni tak pernahnya takut kalau aku marah. Diorang kata aku kalau marah comelnya memang melampau. Sebab tu kalau aku marah, diorang sengih - sengih tahan gelak. Cilakak! Jadi bila diorang buat seprais macam gini, bapak ah terharu nak mampus aku jadinya. Nak peluk sorang - sorang memang tak ah. Dah tengahari. Bau masing - masing pun dah macam cencalok!
Sayang nak mati.
The Intan Payungs.
Bodyguards.
Paling pandai dalam kelas.
Siap potong kek, macam biasalah. Aktiviti menggedik mintak penampar Jepun. Main suap - suap kek, aku memang bertabah tahap dewa - dewa. Sana minta suap sini minta suap eh eh engkau ni karang aa. Tapi, orang kata inilah peluang nak beramah - mesra dengan intan payungs aku yang 34 orang ni. Hari - hari makan maki, tapi hati diorang ni masing - masing kental dan katang. Semua dihadapi dengan senyuman. Tabik ! Damsyik ni jugalah kelas yang paling aku sayang alaupun selalu aku bebelkan tahap telinga berdarah. Damsyikians ni kalau aku marah , jenis yang tak simpan dalam hati. Dengar kata walaupun agak bising dalam kelas. Maki sikit dua tiga round karang setel la tu.
Terima kasih Damsyikians.Tahun depan jangan lupakan Teacher ya. Terima kasih kerana bersusah - payah buat semua ni untuk Teacher. Teacher nak nangias huaa rasanya. Tapi mengenangkan wajah handsome kena dijaga, tak jadi nak mengalirkan airmata. Touching, sebak semua adalah T_T Teacher sayang sangat dengan engkau orang walaupun kadang - kadang perangai sorang sorang macam nak mintak kaki. Tuhan saja yang tahu betapa bersepah - sepahnya sayang Teacher untuk engkau orang semua. Nanti tahun depan kalau kita berselisih, jangan buat - buat tak kenal pula ya? Terima kasih sekali lagi. Doakan Teacher baik - baik saja dunia akhirat yaa ! T_TAmin ya rabb.
Stop sampai sini dulu. Ada banyak lagi celebration nak kena update ni. Maklumlah, birthday sebulan. Hikhik ! (Gelak gedik tutup mulut) Nak pergi sambung tengok Ninja Hattori.
Babaiiiii!
4 comments:
best nyaaaa. teringin nak jadi cikgu, pastu mengajar budak2. jadi cikgu cam byk pengalaman compare kalu kerja2 biasa ni.
Tak de cerita pasal volverine ke tcr hekhek
@kerusiburokJadi cikgu pun ada cabaran dia :) Tapi bestt memang tak dapat nak dinafikan :)
@Nor HidayahHahahaha ! Aipp aippp!
Post a Comment