Sejak nak masuk lapan tahun jadi cikgu ni, aku memang selalu dijodohkan dengan kelas - kelas yang hardcore kental. Kelas yang pesen - pesen macam Lan Todak, Shark, King, Mael Lambung aje yang masuk. Kelas yang kalau nak masuk mengajar kena bertapa dekat mana - mana busut, makan telur mentah, kunyah kaca apa semua untuk mendapat ilmu kebal. Pendek kata kelas - kelas gangstar ajelah yang memang dijodohkan dengan aku. Redo.
Tahun ini, sekali lagi taqdir menemukan aku dengan kelas yang boleh tahan macam - macam jugak perangai budak - budaknya. Bayangkan, hari pertama masuk aje aku dah terbalikkan meja. Amacam, merbahaya tak kakak? Itu baru hari pertama tu. Hari - hari seterusnya engkau orang tak payah nak cakaplah kan. Macam gelanggang wrestling aku cakap engkau. Bergusti !
3 Kaherah.
Jangan pandang orang berdasarkan nama semata - mata. Nama aje Kaherah, dia punya perangai macam Korea Selatan. Komunis. Segala macam makhluk ada dalam ni. Nak taknak terpaksa jugak aku mensamsengkan diri supaya tidak dibuli. Dah tak rupa macam perangai sebenar aku yang lemah lembut dan sahsiah terpuji. Masuk aje kelas 3 Kaherah, lengan dah siap - siap singsing haa. Lama - lama, disebabkan terlalu menjiwai watak samseng yang membabi - buta, budak - budak Kaherah memanggil aku sebagai Kak Yong. Comel kan? Kehkeh. Kak Yong kawasan doh ! Budak - budak Kaherah memang kental dan kalis makian. Jiwa katang masing - masing. Setakat maki - maki campak kerusi, diorang buat selamba sahaja. Punyalah tabah.
Tapi kan tapi kan tapi kan bila diorang buat suprise birthday party untuk aku, memang sebak gila rasa dalam hati. Bayangkanlah, tak sangka langsung yang dalam hati masing - masing tu sudi nak sambut birthday cikgu yang paling kuat membebel dalam kelas. Bukan sahaja kuat membebel, tapi kalau dibiarkan tu, boleh fliptable tuh ! Budak - budak ni semua aku pernah gusti. Sedih tau tak! T_T Bila Wawa penuh semangat belikan kek, Shahmina bawak makanan apa semua, lepas itu bagi hadiah lagi pulak rasa macam em em em em, tak layaknya saya ! T_T
Tak boleh tengok gambar ini. Terasa nak menangis serupa pondan.
Sebelum potong kek, kita siasat dahulu rupa paras beliau.
First time Fatihah suapkan. Berdebar - debar rasanya. Awaa saia ta kuadd!
Lepas potong kek apa lagi, mencekiklah segala makanan yang ada. First time ni makan sama - sama dengan diorang, duduk borak - borak macam satu keluarga yang bahagia. Kalau tak selama ni asyik nak baling batu - bata. Terasa sayang yang melimpah ruah dalam hati untuk diorang ni semua. Semua dah macam adik - adik aku dah haa. (Taknak cakap macam anak - anak. Aku muda lagi apa! Kahkah!) First time jugak diorang behave lahai kalau tak selama ni nak merakas aje tak boleh duduk diam.
Seronok. Tak terkata.
Sesungguhnya aku super terharu sampai tak tahu nak cakap apa. Aku sayang gila kot budak - budak ni walaupun aku selalu bebelkan kelas ni. Tak ada istilah jemu dalam hidup aku untuk kelas - kelas rare macam 3 Kaherah ni. Memang tak boleh nak tidakkan lah yang perangai masing - masing memang nauzubillah buat engkau urut dada, tapi aku tahu dalam hati masing - masing tu tetap ada ruang untuk cinta bertapak. Nakal macamana pun 3 Kaherah ni, tapi masa restu ilmu sebelum PT3 itu hari, kelas inilah yang buat airmata aku jatuh, yang buat ego aku runtuh, yang bikin jiwa aku rapuh. Cis sungguh.
Terima kasih engkau orang. Teacher sayang engkau orang semua. Teacher sentiasa doakan engkau orang baik - baik sahaja dan membesar menjadi manusia berguna yang berjaya. Tak dapat A berbakul - bakul pun tak apa, asalkan engkau orang semua tak lupa Tuhan dan sentiasa jadi manusia yang terpaling baik, ya? Maafkan salah silap Teacher sepanjang Teacher menjadi guru kelas engkau orang. Memang perangai Teacher kadang - kadang macam Stone Cold, tapi dalam hati Teacher sayang engkau orang tanpa berbelah - bahagi. Even Rais yang sellau buat bunyi binatang tak pasal - pasal tu pun Teacher sayang bukan calang - calang. Jadi anak soleh solehah ya!Terima kasih banyak - banyak korang!
Sayang tahap infiniti!
Dah. Babai.
Nak pergi korek hidung.
8 comments:
#Sombong #MoveOn #LipatBaju. Saya Comel ^_^
Sombong. MoveOn. LipatBaju. Saya comel
@AnonymousKahkah SPAMMER !
@AnonymousOh my SPAMMER! HAHA!
Bai
@AnonymousKbai.
kental sih cikgu cik puan bunga. itu la best jadi cikgu. teringin nak jadi cikgu. hahahaha
@kerusiburokTime best memang best, bila dapat time memalat, peh memang rasa kubur. Haha.
Post a Comment