Aku harap, disepanjang aku tidak menulis di dalam blog yang picisan ini, adalah satu dua jiwa yang merindu. Cehceh. Gitu.
Aku busy gila kot. Kau apa tau?
Tak sempat nak fikir azam tahun baru, tiba - tiba je dah masuk bulan Febuari, what the .. ? Tapi sumpah, tahun 2015 ni aku memang busy mengalahkan Makcik Kantin. Macam banyak sangat kerja yang aku nak buat. Last - last aku tak buat semua kerja. Duduk depan TV makan keropok ikan. Kahkah.
Sampaikan birthday suami pun, aku tak sempat nak update. Teruk betul. Dah berbulan dah berlalu, hanya bunyi cengkerik sahaja yang menghiasi blog aku ni. Memang teruk kuasa dua.
29hb Disember 2014 yang lepas, kami anak - beranak sambut hari lahir suami yang ke 33 tahun. Bertambah umur manusia yang paling aku cinta dunia akhirat ni. Takde sambut birthday dekat Kelab Malam atau hotel grand - grand. Macam biasa, kalau ada sesiapa sambut birthday dalam rumah ni, sambut dengan tahlil ringkas yang dikepalai oleh Abah aku yang handsome lagi macho.
Nak senang, beli aje satey dengan roti nan. Kami ni keturunan perut yang mudah terhibur, Sogoklah apa sahaja, nescaya kami akan makan dengan penuh gembira. Lepas Maghrib masing - masing dah duduk comel - comel depan makanan sambil tunggu Abah bacakan doa untuk tahlil.
Jemput tengok!
Bila part potong kek, ada seorang manusia yang teruja dia lain macam. Macam birthday dia pulak, siap pakai songkok standby nak potong kek. Penat aku pujuk macam - macam untuk mengelakkan beliau daripada terus bersifat liar. Eh tak jugak makan saman. Bapak dia saja yang tahu nak handle macamana. Sudahnya nak tak nak terpaksalah potong kek sama - sama. Suka betul Adam dapat potong kek dengan bapak dia. Gasaklah engkau orang anak - beranak.
Tahun ini, sama macam tahun - tahun yang lepas, masih belum mampu nak belikan suami hadiah yang mahal - mahal. Sorry, sayang. Korek duit tabung ayam, mampulah aku nak hadiahkan suami dengan jam tangan. Lain tahun , kalau rezeki ada, aku belikan hadiah yang padu sikit eh. Tengok suami tersenyum simpul dapat hadiah jam tangan, Ya Tuhan sejuk betul rasa hati ni. Rasa cinta melimpah ruah bertabur - tabur tumpah - tumpah ke tanah gitu.
Selamat hari lahir aku ucapkan untuk satu - satunya lelaki yang duduk diam - diam dalam hati aku ni sejak 15 tahun yang lepas. Tetap mengungguli carta hati dan tak pernah diganggu - gugat oleh mana - mana lelaki selepas itu. Insyaallah , membawak ke syurga. Amin. Terima kasih , kerana sentiasa ada dengan aku tak kira apa sahaja situasinya, Terima kasih kerana menerima aku seadanya , menerima baik buruk aku, perangai aku yang tak semenggah, sentiasa bersabar dengan aku dari mula sehinggalah ke akhirnya.
Dialah satu - satunya suami terbaik yang aku ada, Yang sanggup bangun pukul 3 bagi semata - mata nak kasi aku makan, yang sanggup menadah telinga dengar segala kesuh kesah masalah entah hapa hapa isteri dia yang seorang ini, yang sentiasa cakap akulah perempuan yang terpaling cantik dan terpaling menakjubkan dimuka bumi Tuhan ini. Terima kasih Hafizal Elias. Semoga rahmat dan cinta Allah sentiasa untuk kamu.
Lina sayang abang, sampai bila - bila!
Amin.
Nah. Belanja gambar pengantin seketul.
Dah. Babai!
4 comments:
AWHHHHHH SO SWEETTTT
@Azwan GP(Korek idong)
Alhamdulillah..teruskan jadi isteri yang comel di mata suami..
@Digital DoseInsyaALLAH! :)
Post a Comment