Thursday, April 23, 2015

Mak, Kami Menang!

Rasanya satu kampung dah tahu dah yang kami menang Choral Speaking masa Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Batu Pahat itu hari. Terkejut kan? Jangankan kata korang, aku sendiri terkejutnya masih belum hilang. Bayangkanlah, sekolah kampung macam sekolah kami, dengan rata - ratanya budak - budak Jawa mana entah yang kami cekup masuk dalam team choral speaking secara tiba - tiba mampu muncul sebagai johan dan menewaskan 21 buah sekolah yang lain. Tu belum cukup lagi, yang paling buat aku terkejut macam orang kena sawan, adalah bila sekolah kami mengalahkan sekolah yang dah berbelas tahun menjadi juara bertahan. Gila tak?

Gila kan?

Tak payahlah cerita macamana perit jerihnya kami berlatih. Tuhan sahaja yang tahu. Dengan drama dia yang mengalahkan sinetron Indonesia, belum lagi drama - drama airmata kalah filem Bawang Merah Bawang Putih. Macam - macam. In short, kami menang. Bukan sebab nasib, bukan sebab kami sogok para juri dengan duit yang kami korek dari tabung buluh masing - masing, bukan jugak sebab juri tiba - tiba jadi bodoh ke apa, tapi kami menang sebab kami memang layak, dan yang paling penting, Tuhan izinkan.

Dah.

Masa diumumkan menang, beberapa orang guru tanya kami "Berapa lama berlatih?" Dan bila aku cakap yang kami cuma berlatih selama 2 minggu solid, muka semua macam tak berapa nak percaya. Eceh, mentang - mentang kami kalahkan sekolah - sekolah elit, korang ingat kami berlatih dari tahun lepas ke apa? Kehkeh. Betul. Kami berlatih selama 2 minggu secara solid. Solid tu maksudnya satu hari paling kurang berlatih selama 5 jam. So 5 jam kali 14 hari tu berapa? 70 jam kan? Pandai jugak Maths aku. Skrip asalnya cuma 1 mukasurat, skrip yang Ariff bawa dari sekolah lama dia dekat Raub, tapi aku dah ubah suai secara total menjadi 6 mukasurat. Dalam masa 4 hari, budak - budak dah hafal. Padu kan?

Team Choral Speaking SEGA 2015 kami started up from scratch. Tak tahu apa - apa. Masing - masing bangang. Kami. Ya. Aku, Ariff dan Joe. Kami bukan tahu apa - apa pun pasal Choral Speaking. Satu - satunya pengalaman yang kami ada, adalah pernah masuk choral speaking masa zaman sekolah. Aku ada pengalaman jadi conductor. Lain - lain, mampus tak tahu. Aku tulis skrip. Dan kami sama - sama latih budak - budak. Nada, gaya, gerak badan, facial expression. Kelebihan yang kami ada cuma perangai kami masing - masing kan macam diva yang celaka. Jadi facial expression bukan sesuatu yang susah untuk kami hasilkan. Sebutan, yang asalnya dengar macam budak - budak Jawa tengah baca mentera, lama - lama berubah menjadi baik dan bertambah padu.

Dipendekkan cerita, kami menang.

Jatuh airmata jantan aku bila sekolah kami diumumkan juara. Satu perasaan yang sukar aku nak gambarkan. Dan yang lagi manis, kami sama - sama menang dengan hasil usaha kami. Kena fitnah, kena tohmah memang jangan cakaplah. Yelah, sebab aku sorang perempuan, berlatih dengan dua orang cikgu lelaki, orang kata kami buat gang bang. Jadinya bila diumum juara, segala fitnah dan tohmah berlalu ibarat debu - debu tiada guna ditiup angin sepoi - sepoi bahasa. Gitu.

Oh ya, aku menangis.

Habis sememeh eyeliner. Dengan tudung herot, lipstick entah ke mana. Masa kami bertiga naik ke pentas untuk sama - sama meraikan kemenangan, tepukan gemuruh mengiringi langkah kami bertiga. Sumpah aku rasa macam baru menang Anugerah Bintang Popular. Phew. Sukar nak digambarkan. Bangga, gembira, sedih nak mampus, terharu, semua ada. 

Kami.
Over pulak manusia sorang ni.
Kakak tak percaya kakak menang noks!
Acah - acah swag.

Manis. Memang manis. Sesuatu yang takkan aku lupa, sampai bila - bila. Manisnya bila berusaha bersama dan berjaya bersama. Manis bila dah tempuh macam - macam dugaan, akhirnya kami berjaya membuktikan yang kami ni bukan ayam - ayam. Alhamdulillah Ya Tuhan. Segala puji dan syukur hanya pada Tuhan. Terima kasih yang tak terhingga kepada budak - budak choral sendiri yang dah berlatih pagi petang siang malam. Kena perli sana sini dengan kawan - kawan, dengan orang sekeliling, iyelah, acah - acah nak masuk choral speaking, macamlah power sangat. Budak - budak SEGA ni semangat juang dia lain macam, walaupun muka masing - masing kampung, bila naik atas stage, naik sebagai juara, feeling - feeling diva dia datang merasuk, memang ternganga mulut aku ni.

41 orang. 35 on stage, 6 simpanan. Semuanya aku dah anggap macam adik -adik. Semuanya aku sayang tanpa berbelah bahagi. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang, tapi aku rasa kami dah cuba berikan yang terbaik. Salah silap mintak diampunkan. Manalah tahu kadang - kadang termaki ke termarah ke apa ke kan, minta maaf dunia akhirat.

29hb April ni, kami semua akan ke SMK Tun Habab untuk peringkat negeri pulak. Kalau ada rezeki bergelar johan, insyaallah. Kalau tak, kami dah cuba yang terbaik. Sampai ke tahap ini pun, aku dah sangat - sangat bersyukur. Memang tak pernah mimpi, kami boleh pergi sampai ke tahap ini. Amin ya Tuhan.

Engkau orang semua, tolong doakan kami dapat Johan ya? ^^,

We beat the unbeatable!

Dah. Babai.