Ya. 29hb April 2015 itu hari Team Choral Speaking kami dengan awesomenya melangkah ke pentas Negeri. Pertama kali melangkahkan kaki ke SMK Tun Habab, Kota Tinggi, dada diserang dengan 1001 perasaan yang sukar sungguh untuk diucapkan. Ciehcieh, banyak sangat tengok drama ni. Bangga, tak percaya. Rasa nak tampar muka sendiri. Tetapi apakan daya, kalau ditampar, takut berterabur pula make up.
Giliran ke 6 daripada 11 buah daerah. Semasa budak - budak kami buat persembahan, entah kenapa suasana dewan jadi senyap sunyi. Kalau tadi bunyi suara peserta - peserta lain berbual sesama sendiri lah. bunyi cikgu-cikgu batuk lah, bunyi orang kentut lah (Itu mungkin Joe!) tapi bila tiba masa Team Batu Pahat buat persembahan, keadaan senyap sunyi macam ada malaikat tumpang lalu. Aku tak tahu kenapa. Mata masing - masing fokus dengan manusia - manusia di atas pentas. Badan semua tegak, kepala langsung tak bergerak. Dan di atas pentas, Team Batu Pahat mempersembahkan satu persembahan tanpa cela yang buat kami terpaku penuh bangga.
Senyum, gerak badan, gerak tangan, dan tak terlalu berlebih - lebihan kalau aku nak kata yang sebutan budak - budak SEGA memang market. Tak ada langsung bunyi kampung, bunyi Jawa. Tak ada. Paling clear, paling mantap. Lubang hidung aku yang kembang kempis ni jadi saksi betapa bangganya hati dengan persembahan budak - budak ni semua tadi. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusan budak - budak ni tadi di atas pentas.
Tapi, kita ni merancang. Tuhan juga yang menentukan. Belum ditaqdirkan kami pulang dengan kejayaan. Batu Pahat tak berjaya meraih sebarang tempat. Kecewa? Tipulah kalau kata kami tak kecewa. Berlatih je dah berbulan. Penat lelah, masa yang digunakan untuk berlatih, hujan panas, ribut lagi, selamat budak - budak ni tak diterbangkan angin tersangkut atas pokok kelapa sawit ke apa. Tapi, orang kata, kalau kita redha dengan apa yang Tuhan dah rencanakan,rasa kecewa tu surut - surut menghilang.
Dipandang dari sudut positif, banyak juga hikmahnya kami tak menang ni. Mungkin, kalau kami menang, kami jadi riak. Mungkinlah kan, mungkin. Dan mungkin Tuhan nak kami belajar lagi dan lagi sampai Tuhan kata kami layak untuk menang. Sebab, kalau nak difikirkan, memang betul. Banyak yang kami kena perbaiki sebelum layak bergelar juara negeri. Skrip tak cukup padu, tu salah satu. Mungkin lepas ni aku boleh tulis skrip yang lagi deep. Macam isu perkauman ke, pemanasan global ke, feminism ke. Kena kupas isu - isu deep. Kena banyak belajarlah. Kejayaan tak datang bergolek. Kadang - kadang dia datang melompat - lompat, naik speed boat atau jatuh dari langit.
Alhamdulillah. Nampaknya kami semua dah move on dari kekalahan tersebut. Tak ada drama airmata, tak ada adegan menghantuk kepala didinding atau bercakap dengan selipar lantaran terlalu kecewa. Alhamdulillah tiada. Perjalanan balik dihiasi dengan aktiviti tidur - tiduran dan bergosip sesama sendiri. Perjalanan balik diiringi dengan cuaca yang sejuk, tenteram dan harmoni. Singgah sekejap dekat Machap untuk bersolat dan makan aiskrim. Mudah terhibur nampaknya kami semua ni. Tak ada juga sindrom enggan menerima kekalahan dengan mengatakan diri sendiri mendapat tempat keempat. Tak ada. Dah kalah tu kalah ajelah. Chill. Sap kok lu. Gitu. Rempit sungguh aku ni. Everything is under control. Gitu.
Team SEGA (Team Batu Pahat) Sekolah kami takde bas. Terpaksa tumpang bas TIGS. Hai sekolah lama!
Orang yang banyak sangat membantu team choral speaking SEGA. Ye banyak. Banyak membebel. Kehkeh!
Dah kalah pun tetap gembira.
Spot the divas.
Dan dan dan, untuk cikgu - cikgunya pulak, perjalanan ke Kota Tinggi memberikan kami memori manis yang tak ada tolok bandingnya. Kami cuci mata tengok orang sana sini, bergosip itu ini. Dan kami terjumpa dengan beberapa individu yang sungguh istimewa. Gitu. Contohnya cikgu dari Mersing yang dari kepala sampai kaki kami komen outfit dia. Sampai ke rumah pun kami masih membincangkan pakaian dia yang ...okay tutup sampai sini aje. Dan yang paling awesome tu, abang kantin SMK Seri Laksama yang bapak sado Ya Tuhan berikanlah kami kekuatan! Kerja angkat ais je pun tapi dia punya biceps subhanallah .. bak kata Wak Doyok , MERECIK oih! Dahlah sado, dengan mata sepet muka ala ala model gitu, rasa nak picit - picit aje lengan dia sambil bersandar di dada bidang beliau. Kahkah. Oh oh dan pau kelapa dia yang sangat sedap, kami makan 6 biji! So, tak adalah perjalanan ke Kota Tinggi tu sia - siakan, ada juga benda manis untuk dikenang.
Jadi, kesimpulannya, walaupun kalah, kami tetap menang. Menang dengan semangat berpasukan yang kental, menang dengan kasih sayang yang melimpah ruah antara kami semua dan hey sedar tak sedar sebenarnya kita dah dapat satu keluarga baru, kan? Adik beradik seramai 41 orang, abang - abang dan kakak yang kacak - kacak, sado, jelita, baik hati semualah. Kehkeh. Bagi kami, kamu semua ni tetap menang di hati kami. Muah sikek!
Jangan putus asa, jangan rasa kecewa. Ingat, walaupun kita kalah di pentas negeri, kita sudah termaktub dalam lembaran sejarah, yang kita pernah menewaskan sekolah yang tak pernah ditewaskan. Angkat kepala kamu semua dengan penuh rasa bangga, dan tersenyumlah penuh rasa bahagia. Kita bangkit semula tahun hadapan. Kembali dengan 1001 kejutan.
Senyum. Dan teruslah sebarkan cinta!