Tuesday, September 22, 2015

Whatsapp. Lakonan. Pindah. Satu Entry Random.

Semalam aku dapat satu whatsapp. Dari seorang kawan. Panjang berjela whatsapp terbabit. Aku baca dengan degupan jantung paling laju, nafas yang tersekat-sekat. Emosi aku pada waktu kejadian memang sangat kacau bilau. Marah, terhina, sayu, sedih. Ah macam – macamlah. Aku rasa kalau nak difikir – fikir, itulah antara whatsapp paling celaka pernah aku dapat sepanjang berkecimpung dalam dunia whatsapp. (Gitu!) Masa tu aku betul – betul sampai rumah dari kelas tambahan dekat sekolah baru. Perut masa tu tengah lapar, dapat pulak whatsapp asdfghjkl macam gitu. Kalau tak kuat iman, aku rasa memang ada yang bukak puasa siang hari time di bulan Ramadan. Eh apasal macam takde kaitan?

Aku duduk sekejap.

Flashback semua benda yang berlaku dalam hidup. Satu ayat dia yang sampai mati pun aku takkan lupa “Berhentilah berlakon.” Ayat – ayat yang dia hantar semalam, aku tak pernah sangka datangnya dari seorang manusia yang aku anggap kawan selama ni. Sama ada aku ni memang manusia yang baik, atau manusia yang bodoh. Aku selalu fikir bila kita buat baik dekat orang, orang akan buat baik dekat kita balik. Salah rupanya. Aku terbayang time kitorang gelak – gelak, borak benda – benda bodoh. Aku suka kacau dia buat kerja. Kadang – kadang aku makan makanan dia. Time orang kecam dia, aku rasa aku salah seorang manusia yang akan selalu rasionalkan dia. Aku tak pernah judge dia. Tak pernah hukum dia untuk situasi yang aku sendiri tak tahu dan tak pernah lalui. Dia ada jugak nasihat aku satu dua benda yang sampai sekarang aku amalkan. Yang paling aku ingat, dia kata, kalau ada waktu lapang, selalulah sebut Astaghfirullah. Mohon dosa kita diampunkan Allah. Insyaallah. Rezeki Allah akan datang dari jalan yang tak disangka – sangka. Dan semalam, kawan ini, kawan aku yang ini, hamburkan aku dengan macam – macam ayat yang tak akan aku lupa sampailah aku mati.

Aku mencari mana hikmahnya.

Dia bukan nasihatkan aku dalam whatsapp – whatsapp dia. Tak. Dia kecam aku. Dia sindir aku. Macam aku ni buat dosa yang tak akan mungkin diampunkan Tuhan. Macam aku ni sesat lagi menyesatkan. Macam aku ni satu manusia yang kalau boleh mintak dijauhkan daripada manusia yang lain. Rosak lagi merosakkan. Aku cuba cari mana hikmahnya. Tapi aku tak jumpa. Aku tinggalkan sekolah lama hampir sebulan. Dalam tempoh tu aku cuba jalani setiap hari yang aku lalui tanpa ada sedikit pun perasaan dendam. Apa yang berlaku dalam hidup aku, aku anggap itu semua ujian Allah. Sama ada nak jadikan aku manusia hebat atau nak bagi aku balasan atas kifarah dosa – dosa aku yang lepas. Tak kiralah yang mana satu pun, aku tahu semua ni Tuhan dah tentukan.

Tapi aku ni manusia biasa. Bukan wali Tuhan, bukan ahli agama. Sabar aku ni entah manalah tebalnya. Rasanya kulit bawang tu pun lagi tebal daripada iman aku yang rapuh lagi ni. Setabah – tabah aku pun, ada masanya syaitan tu menguasai lagi akal fikiran hati jiwa aku. Kadang – kadang tu dia dok bisik – bisik, dok belai – belai jiwa aku suruh aku buat macam – macam. Time tulah aku rasa nak mengamuk, nak mencarut , nak maki hamun, nak sagat muka orang atas jalan raya , nak tampar lutut orang eh macam – macamlah aku nak buat. Tapi waktu tu jugaklah aku sedar yang kita ni hidup tak lama. Bila – bila masa je kita boleh dipanggil ‘balik’. Sejak – sejak pemikiran dah matang sikit ni (Cewah!) aku kalau dengan manusia yang kerja dia asyik nak cari pasal dengan aku, aku pegi mampuskan ajelah. Lantak kaulah. Aku ni pahala memanglah tak banyak. Mungkin ni cara Tuhan nak penuhkan sikit deposit pahala aku yang suam suam kuku kambing je tu. Mungkinlah.

Aku sungguh – sungguh berdoa semoga Tuhan akhirnya nanti akan tunjukkan jalan. Jangan risau, aku takkan doakan yang bukan – bukan. Daripada aku doakan orang tu mati terkena pagar karen ke, mati tercekik popcorn ke mati tersangkut dekat pokok rambutan ke baik aku doakan aku sentiasa cantik, kurus, awesome sedunia, tabah, kuat, hebat dan lain – lain lagi. Aku belajar satu benda baru semalam, kuat mana pun kita kata kita beriman kepada Tuhan, kita berpegang pada ajaran Tuhan dan rasul, semua tu takkan bagi apa – apa makna. Cara kita mati nanti juga yang akan menentukan mana akhir tuju kita. Syurga? Atau neraka. (Fuh lately ni aku asyik sembang masjid je ni cemana ni? Kehkeh!)

Aku yakin, satu hari nanti, ada satu moment dalam hidup kau yang akan buat kau rasa macam apa yang aku rasa sekarang. Insyaallah. Mungkin tak kena dekat kau, mungkin kena dekat orang – orang yang kau sayang. Aku takkan lupa kawan. Aku takkan lupa setiap apa yang kau cakap dekat aku. Tanpa pembelaan, tanpa peluang menjelaskan apa – apa. Dan nanti satu masa aku yakin kau akan rasa sendiri sedap tak sedap ayat yang kau bagi aku, bila waktu kau tiba.
Okay babai.

Nak tengok Ninja Hattori. Hieeeyaaaaaahhh! 


p/s : Oh dan untuk statement kau "Berhentilah berlakon." This is my answer : Aku tak berlakon. Aku cuma jadi diri aku sendiri. And if that fears you, that is none of my effing bussiness.

Sunday, September 20, 2015

Ajari Aku.

"Ajari aku tuk jadi pria terhebat 
Mungkin terlalu lama
Aku tlah bersembunyi
Menatap matahari pun aku tak mampu
Udara malam pun terlalu menusuk langkahku."

Aku memang suka SO7. Siapa - siapa yang kenal aku mungkin tahu yang aku membesar dengan menggilai Duta. Penyanyi dia. Menggilai Duta bukanlah bermaksud aku curang dengan Beto. Well, kalau Duta dan Beto sama - sama mengorat aku, provided yang aku masih single dan belum berkahwin, of course aku akan pilih Beto. Susah kot nak kawin dengan Duta. Isu kerakyatan la nanti pulak kang, warganegara anak kami yang bakal aku lahirkan lagi pulak, heceh. Lagipun aku ada masalah travel by air ni. Takkan aku nak balik Indon naik kapal laut pulak. Aku fobia dengan laut pulak masalah dia. Kan dah susah. Beto lah senang. Warganegara. Kan? Okay. Melalut. Kenapa aku suka SO7? Well, sebab aku rasa SO7 ada setiap lagu untuk setiap emosi yang aku alami. Serious. Lagu - lagu dia santai. Cepat kau nak ingat. Aku ni dahlah susah nak ingat lirik lagu. So. Okay. Habis cerita pasal SO7. Now, back to bussiness.

Ada reader request aku satu entry. How to deal with human hatred. Susah. Sebab sampai sekarang pun aku masih tak faham dengan yang namanya manusia. Dan sampai sekarang aku masih cuba sedaya upaya nak berhadapan dengan kebencian manusia yang tiada tepinya. Lek. Seorang Norhayati tak boleh patah semangat. Okay. Itu keyword dia. Tak boleh patah semangat. Untuk berhadapan dengan kebencian manusia, kita tak boleh patah semangat. Mengambil aku sebagai contoh, dalam hidup seorang Norhayati yang bakal mencecah 32 tahun tak lama lagi, tak semua orang suka Norhayati. Kalau dalam 100 orang tu, mungkin cuma 10 orang yang sayangkan Norhayati. Yang lagi 90 orang tu akan membenci Norhayati dengan sepenuh tenaga. Jadi, adakah kau nak patah semangat hidup hanya kerana 90 orang tadi bencikan kau? Ya? Tidak? Pilihan ada ditangan kau. Kalau aku, langkah pertama yang aku buat, adalah muhasabah diri.

Muhasabah diri ni penting, pada aku la. Untuk setiap malapetaka yang aku terima dalam hidup, mula - mula sekali aku akan muhasabah diri. Fikir, ini salah aku atau bukan salah aku. Kalau salah kita sendiri, kita kena terima. Jangan ego. Jangan sesekali ego especially dengan Tuhan. Kalau dengan Tuhan pun kau sombong , well..aku tak tahu nak cakap apa lagi. Jangan ego. Kalau memang salah kita, terimalah dengan hati terbuka. Dan bila dah tau silap sendiri tu apa, ubah. Bukan berubah sebab nak puaskan hati semua orang. Tak. Berubah sebab , it is the right thing to do. Sampai bila nak hidup dengan sesuatu yang memang ternyata salah? Sampai kau mati? So life goal kau nak mati dalam sendu ke apa ni cerita dia? Tuhan takkan ubah nasib seseorang melainkan orang tu sendiri yang mengubah nasib diri dia. As simple as that. Kan?

Tapi, kalau benda tu bukan salah kau, now kat sinilah dugaan sebenar kehidupan akan mencabar segala - gala aspek hidup yang kau ada. Kesabaran, ketabahan, keimanan kau ada Tuhan. Whatever it is, jangan sesekali lupakan dua benda ni :

Pertama : Tuhan tak akan uji seseorang diluar kemampuan hambaNya.
Kedua : Jangan buruk sangka dengan Tuhan. Tuhan tak pernah suka - suka turunkan bala kepada hambaNya.

Dua benda ni kau pegang. Sematkan dalam jiwa. Palat apapun yang datang, insyaallah kau takkan goyang sikit pun. Aku tak pandai nak sembang masjid sangat, nak bubuh hadis banyak - banyak atau nak recite mana - mana ayat Quran untuk mendukung hujah (Heceh!) tapi aku tau satu benda ni, kalau kita ingat Dia, Dia lagi ingat kita. Kan?

Dalam hidup ni, aku dah berdepan dengan macam - macam perangai manusia yang bencikan aku. Kadang - kadang, tanpa sebab yang nyata. Kalau dulu, masa zaman muda remaja, hati cepat panas, cepat melenting, aku selalu dok fikir, apasal lah orang suka benci aku tak pasal - pasal. Setiap apa yang aku buat, ada je yang tak suka yang menyampah yang keji yang caci. Lama - lama, semakin usia berganjak, semakin banyak garam kehidupan yang aku makan, semakin banyak hal - hal yang berlaku dalam hidup, aku mula faham satu benda.Sebab perangai aku sendiri. Suka marah - marah. Buat perangai mintak maki. Memanglah orang benci. So, aku berubah. Lama - lama, aku faham. Semakin kita jadi hebat, semakin Tuhan akan menguji kita. Buat apa hebat di mata manusia, tapi nista dimata yang Maha Mencipta. Bila orang benci kau, satu benda yang kau kena cepat - cepat rujuk, hubungan kau dengan Tuhan. Kau solat tak? Kau buat maksiat tak? Ada kau buat benda - benda yang Tuhan larang? Ada kau ingkar cakap Tuhan? Macamana gaya hidup kau? Lupakan Tuhan? Agungkan setan? Checklist benda - benda ni semua penting. Kalau semua ni kau tanda (right) maka dah takde apa yang patut kau risaukan lagi. Chill. Tenang. Senyum.


Aku pernah dicaci depan - depan muka. Aku pernah dihambur dengan maki nista sampaikan aku sendiri lupa, siapa aku sebenarnya. Maruah aku pernah dipijak- pijak sampaikan aku malu nak angkat muka berhadapan dengan masyarakat. Aku pernah melalui zaman gelap dimana semua manusia tak percayakan aku. Semua manusia mengeji aku. Malah sampai ke sekarang masih ada manusia yang memandang aku dengan 1001 pandangan menghukum dan mengeji. Lillahi taala, atas nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, siapalah aku untuk membenci insan lain. Aku bukan Tuhan. Nasib aku sendiri di akhirat nanti pun masih samar - samar. Untuk setiap kejian dan hinaan manusia yang entah apa martabatnya di sisi Allah Taala, aku persetankan. Pegi mampus, kalau bahasa kasarnya. Kita, urusannya sama Tuhan, bukan sama manusia.

Jangan pernah patah semangat. Jangan pernah merasa diri ni dipersia - siakan Tuhan. Jangan. Tuhan itu besar kasih sayangnya. Setiap nafas yang kita hela ini adalah atas ehsan dan cintanya.Setiap kali kita dibenci manusia, fikirkan betapa besar agung cinta yang kita peroleh dari Allah Taala. Jangan pernah rapuh hanya kerana martabat disisi mata seorang manusia. Bangkit. Kalau diri kita belum cukup bagus, ayuhlah bangkit dan menjadi yang terpaling bagus. Kalau kita rasa diri kita ini belum cukup tabah, ayuh bangkit dan pohonlah sejuta ketabahan daripada yang maha memegang hati - hati manusia. Jangan cepat jatuh dengan yang namanya nista manusia. Ayuh. Bangkit. Bangun. Gembira. Nikmatilah hari dengan penuh bahagia. Kita sama. Kau, aku sama. Yang berbeza cuma iman kita disisi yang Maha Mencipta.

Aku bukan kaki masjid. Bukan juga manusia yang rajin membelek tafsir Al - Quran, tapi aku tahu satu benda. Benda asas yang menjadi asas untuk rukun iman kita yang enam. Percayalah sama Tuhan. Yakin, bahawa setiap apa yang berlaku adalah atas kehendaknya. Kun Fayakun. Dia yang memberi izin untuk semua yang berlaku. Jangan sombong dengan Tuhan. Ada hikmah. Kita sebagai manusia jangan pernah patah semangat dalam mencari hikmah Nya. Ya?

Aku tak pandai untuk mengajar manusia menjadi tabah. Tak pandai. Aku cuma boleh kongsikan apa yang aku buat setiapkali aku diuji Tuhan. Dengan kebencian manusia, aku mencari cintaNya. Dari situ akan kita temui ketenangan, hikmah atas segala - gala yang berlaku. Ruang untuk kita muhasabah diri, bertaubat dan kembali pada jalan Nya. Daripada situ kita akan temui kekuatan untuk berkata "Ah Fuck. Pegi mampuslah kau nak benci sama aku sekalipun. Aku ada Tuhan. Tuhan aku ada. Asal Tuhan cinta."

Dan untuk kamu, ya untuk kamu, mohon, jangan sesekali membenci taqdir dan membenci diri sendiri.
Kadang - kadang orang benci kita sebab we are simply the best. They can't be us. They hate themselves just because they can't be us. Kesian kan? So, chill.

Aku akhiri siri ceramah motivasi ala ala ustazah Bahiyah aku pada hari ini dengan satu ungkapan yang ala ala ahli masjid sok sok suci (Kehkeh) ;

Kita tak pernah sendiri.
Dalam keadaan apapun kita tak pernah sendiri.
Tepuk dada, semat dalam jiwa,
Tuhan ada.
Tuhan ada.

Dah. Babai!

Tuesday, September 15, 2015

Catatan Sendu Ni Nama Dia.

11 Ogos 2015.

Dah sebulan berlalu dah sebenarnya. Dan waktu aku menaip entry ni, dah tiga minggu sebenarnya aku dah berada dekat sekolah baru. Untuk yang tertanya – tanya,macamana aku dekat sekolah baru, jawapan aku senang je. Payah. Iya. Payah. Hari pertama adalah hari yang sangat menyeksakan. Aku takkan bohong dengan korang semua. Hari pertama tu adalah hari yang paling berlevel bangsat dalam sejarah hidup aku. Aku kena start up semua dari zero. Aku kena mulakan semua benda baru. Orang mungkin akan cakap, alah rilekslah. Baru – baru memang macam tu,nanti lama-lama okaylah. Iya. Aku tahu. Dan aku akan sentiasa menanti ‘lama-lama tu nanti okaylah.’ Joe banyak kali cakap dengan aku “New is always good.” Setiap kali aku jumpa dia dan aku mengeluh kesahkan hidup aku yang macam pentas opera ni, Joe akan sentiasa ulang – ulang ayat itu. New is always good.

Aku tak pernah rasa sesunyi macam hari pertama aku dekat sekolah baru. Sunyi. Dan itulah saat paling sepi pernah aku rasa dalam hidup aku. Aku buat segala-galanya sendiri. Macamana aku mengharungi hari pertama aku dengan cool kentang sekali, sampai ke hari ni masih menjadi misteri. Muka – muka baru, persekitaran yang baru, students yang baru. Cakap pasal students, kau tak tau betapa bangsatnya (Aku dah ulang dua kali dah perkataan bangsat dalam entry ni!) rindu aku pada students aku dekat sekolah sama. Berapa kali aku tahan airmata daripada merembes keluar. Pailang tak pailang. Aku sedih aku nangis. Muka – muka yang aku pandang semua tak sama dengan muka – muka yang ada dalam hati aku. Aku duduk dekat meja dalam bilik guru dengan 1001 emosi yang aku sendiri susah nak luahkan. Saat tu, aku memang rindukan kawan – kawan dekat sekolah lama. Aku rindukan Joe. Aku rindukan Oat. Sedih level 999. Aku nangis dalam hati. Nangis dalam hati ni lagi celaka tau rasa dia. Kau sedih tapi kau tak boleh nak ekspresikan melalui muka. Nanti orang kata kau lemah, nanti orang kata kau pondan perasaan. Jadinya, ya, Aku menangis dalam hati bertemankan semut – semut yang merayap di atas meja. (Sebab diorang makan biskut Oreo yang aku bawak dari rumah. Lepas bukak lupa nak ikat muncung dia. Kenduri oreo semut – semut ni semua.)

Dulu kalau dekat sekolah lama, aku boleh peluk siapa – siapa yang aku suka. Students lah. Eh perempuan lah. Eh takkan lah aku nak peluk students lelaki. Aku peluk yang handsome ajelah. Eh terbukak rahsia sendiri ni. Eh eh. Tapi dekat sekolah baru ni aku nak peluk siapa? Sudahlah aku dikatakan merampas ehem ehem ehem dekat sekolah lama, takkan aku nak buat perangai dekat sekolah baru. Mestilah tunggu dua tiga minggu dulu baru buat perangai. Kihkohkihkoh! (Gelak tutup mulut) Stressnya nak cari manusia untuk dipeluk. Kalau dulu kat sekolah lama boleh peluk Tiqah, Lisa, ah boleh peluk sesiapa ajelah. Kat sini tak boleh. Sobs. Kesiannya aku dekat sini. Dahlah kemana – mana sendiri. Nasib baik aku tak sesat. Sekolah ni dahlah besar. Kalau aku sesat macamana? Siapapun taktau aku kemana. Karang aku dah mereput tinggal tulang baru orang jumpa aku. Time tu, nak menyesal pun tak guna kau tau tak? Tau tak? Eh sakit pulak lah hati kita.

Time makan paling sendu. Sebab aku tak makan. Aku duduk dekat meja sorang – sorang sambil kira berapa banyak tenuk melintas depan aku. Tapi tak ada satu pun. Sebab aku bukan dekat zoo. Hari pertama, hari kedua dan hari ketiga aku tak makan. Tahan lah lapar tu sehari suntuk sampailah tiba waktu balik. Tapi muka kena control handsome macam biasa. Walaupun dalam perut ni berkeroncong macam ada konsert Mojo, muka kena maintain. Kekal kacak walau dalam apa jua keadaan. Masuk hari keempat, eh ada nasi lemak atas meja. Alhamdulillah. Rezeki Allah kasi. Dengan nota cinta terselit berbunyi begini “Jangan lupa makan. Saya sayang awak dari Bumi sampai planet Pluto. Muah ciked!” Okay dua ayat yang last tu aku tambah – tambah. Takde pun sebenarnya. Bak kata rakyat Malaysia, aku kan suka menambah – nambah cerita untuk penyedap rasa. Ha macam tulah. Start daripada hari keempat dan seterusnya, setiap kali waktu rehat, atas meja aku ada makanan. Ada student kasi. Aku redo ajelah kalau dia letak ubat guna – guna ke, ubat batuk ke, ubat pelali ke pil khayal ke apa ke. Aku redo sesungguhnya. Nasib baik setiap kali makan aku baca bismillah dengan baca doa makan. Nanti lain kali sebagai langkah berjaga – jaga, aku baca sekali sifir lapan. Terima kasih awak. Saya tahu awak baca blog ni. Terima kasih. Saya doakan Tuhan akan balas semua jasa awak pada saya. Nak hug meh!


Dia baik baik aja. Alhamdulillah.
Study gaisss!

Tu aku belum masuk bab kelas tu. Bab kelas lagi sendu. Masuk – masuk sekolah baru je aku kena ajar Matematik, Bahasa Melayu dengan Amalan Bahasa Melayu untuk kelas peralihan. Tang bahasa tu aku boleh terima lagi. Tang Matematik tu yang boleh buat cikgu Math aku nangis bawah katil tu. Bayangkanlah aku yang time SPM Math dapat 7 , Addmath dapat 8 ni, kena ajar Math. Aku punya bodoh bukan tahap calang – calang eh. Cikgu Math aku dulu pun dengarnya sampai sekarang masih tak dapat terima kenyataan bahawa beliau gagal memberikan aku kredit masa yespiyem. Aku bodoh gila kot. Bila tau je kena ajar Matematik, terasa dunia seperti berhenti berputar seketika. Gitu ayat. Untuk tidak mengaku kalah dan demi menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia bahawa seorang guru haruslah bersifat all-rounded, berjatidiri serta mengaplikasikan pengajaran abad ke 21 didalam bilik darjah, aku sahut cabaran itu! Balik sekolah je terus tuju kedai buku, cari buku rujukan Math dan BM Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Belajar balik. Selak punya selak, pulun buat latihan sampai rasa macam nak muntah. Semata – mata demi memastikan aku mampu mengajar dengan baik dan berwibawa. Ya Allah, ni kalau mak aku tau ni mesti dia bangga.

Setiap hari aku melangkah ke sekolah dengan satu tekad dan keazaman yang tinggi. Iaitu untuk tidak mengaku kalah. Tidak mengaku kalah pada emosi, tidak mengaku kalah kepada nasib diri, tidak mengaku kalah pada orang – orang yang cakap aku TAK BOLEH. No. Not again. Not this time. Aku yang ayam – ayam dulu tu dah takde. Dulu – dulu dah habis. Tamat. Sadakallah. Setiap hari aku melalui peperangan dalam diri aku sendiri. Dan dihujung hari nanti, aku akan pastikan aku memenangi peperangan tu. Takde istilah mengaku kalah, kau boleh pergi mereput sana.

Aku bersyukur kerana Tuhan memudahkan kerja – kerja aku di sekolah baru. Walaupun aku diuji dengan macam – macam perkara yang berlaku akhir – akhir ni, tapi Tuhan masih melimpahi aku dengan rahmat kasih sayang yang tidak terhingga. Doa anak – anak murid, doa kawan – kawan, doa orang – orang yang sayangkan aku, doa suami, doa mak bapak aku, buat aku tabah dan teruskan berjalan walaupun orang kiri kanan depan belakang tak berhenti –henti baling batu. Orang baling batu, aku kutip. Batu masuk dalam poket. Aku lempar senyum. Penuh tertib. Dalam hati aku dah terpahat dah, segala – galanya aku serahkan pada Yang Maha Menilai. Yang Maha Mengerti. Cukuplah Allah sebagai pelindung, cukuplah Allah sebagai tempat aku mengadu. Terima kasih korang semua untuk bekalan doa yang tak putus – putus. Aku manusia penuh dosa. Aku tau, aku hidup sekarang atas ihsan doa kalian. Terima kasih.

Dan macam biasa, Bunga yang ini akan terus mewangi. Menyebarkan wangi dan cintanya – Disebelah dunia yang satu lagi.

Amin. 

Senyum.

Dah. Babai.

Friday, September 11, 2015

Raya At No.14 Kampung Parit Banyumas

Engkau orang kalau ada saki baki kuih raya yang tak habis lagi tu, pergi ambik sekarang. Lepas dah ambik kuih raya lebih - lebih tu, baru duduk diam - diam baca entry blog aku ni. Raya haji dah nak sampai, baru ada masa update (╥_╥) Nampak tak tu aku letak emoji menangis dekat situ? Itu untuk membuktikan betapa merasa bersalahnya aku pasal aku lambat update. Aku tau ada yang rindu blog aku. Aku tau ada yang selongkar blog aku sana sini sebab rindukan entry entry aku. Ke korang selongkar blog aku pasal berniat jahat sebab nak cari entry aku yang lama - lama pastu pastu pastu? Haa pastu korang nak buat apa? Aku lempang pakai lutut nanti. Melalut pulak. Sampai mana tadi? Haa, lambat update blog. Busy. Tak, ini bukan busy calang - calang ni. Ini busy betul - betul ni.Hari ni baru ada masa nak update blog, jadi ampunkanlah saya untuk entry yang terperap lama nauzubillah. Nak baca, bacaa. Taknak sudah kau syoh syoh main jauh - jauh sana.

Sepanjang 8 tahun jadi cikgu,setiap kali raya, rumah mesti meriah dengan kunjungan anak - anak murid. Yelah, dah namanya cikgu, mestilah students yang datang rumah. Mungkin kalau aku kerja sebagai Maknyah, pondan - pondanlah yang datang rumah ye tak? Eh eh kau ni. Jadinya bermula daripada Syawal pertama, setiap pagi memang kena wajib bangun sepagi - pagi yang mungkin, terus secepat kilat kemas rumah, basuh baju, sapu sampah , isi kuih, mandi, pakai baju cecantik, wangi - wangi, cas handset (Nak selfie) lepas tu duduk diam - diam sopan - sopan depan TV tunggu tetamu datang. Mana yang dah set appointment tu syukur alhamdulillah lah, ni yang perangai macam jembalang tanah main terjah - terjah ikut suka ni memang panas betul jiwa raga ni. Terjah punya terjah, ambik kau jajan, aku tengah panjat pokok rambutan pakai boxer, cemana?

Tahun ni kalau korang perati, setiap kali students datang je aku terus siap siap sarung jubah. Jubah pulak cuma ada dua, maka rotate jelah setiap jubah tu beserta tudung yang hampir sama setiap kali kunjungan. tak tahulah kenapa tapi tahun ni busy gila babs sikit. Tak sempat lagi nak siap kemas rumah, orang dah Assalamualaikum terpacak depan rumah. Aku nya mandi pun belum. Memang sendu.Tahun ni jugak, setiap tetamu yang datang dah macam jadi makanan tema pulak rasanya sebab semua orang aku hidangkan menu yang sama. Spaghetti Carbonara. Bukan nak cakap besarlah kan, tapi aku rasa carbonara yang aku masak dia punya sedap macam lain macam pulak. Nak pulak aku ni masak tak berapa nak reti, jadi anak - anak murid kena redolah sahaja ye. Mungkin tahun depan Teacher belajar masak Nasi Briyani tenuk pulak. Eleh aku tengok licin je korang makan. Berani lah komplen tak sedap. Baling pakai baldi karang.

Pembuka tirai majlis. Group Aini and The Gang. SPM 2014
Diorang kata ini isteri Syahmi. Eh bakal. Eh gossip. Bai.
Faris dengan Mujahid. Dulu diorang ni paras ketiak aku je. Sekarang aku pulak berlindung dibawah ketiak beliau.
Geng - geng Pencetus Ummah.
Geng - geng pencetus huru - hara.
Yang baju gold tu Rafiq. Yang sorang lagi tu Luqman. Boyfren sepanjang zaman.
Bunga - bunga 3G. Sayang sedunia!
Alolololo semua dah cecantik dah sekarang. Nyampahlah camni!
3KAA1 20015 yang memenuhi segenap hati segenap jiwa cinta bertaburan di alam semesta!
Aku ajar diorang ni masa Form 1 , Form 3. Sekarang semua dah besar. Dah lawa. Ya Allah cepatnya masa berlalu!
Ini geng abang - abang gym. Sembang dumbell je manjang ni. Jangan kacau. Kang terkehel leher.
Geng swag. Sebelum datang rumah aku, diorang langgar tembok rumah dulu. Kahkah. Sadis ni cerita dia.
Ya Allah. Ini tak payah cakaplah. Sebelah kiri tu gefren , sebelah kanan tu boyfriend.
Yang tengah - tengah yang macam kuih lapis sarawak tak jadi tu aku tak tau siapa. Tiba - tiba je ada. Ni siapa ada hilang anak ni angkat tangan pelisss!
Farhan, bangun Farhan! Tido pulak!
Geng - geng #igersmalaysia niii, jangan kacau!
Mintak mahap Sepul. Naim punya kerja!
Dalam kelas nakal, datang rumah aku nakal, entah apa nak jadi lah korang ni!
Tak pernah tak sayang.
Kesian Adlil. Posing terencat ke apa tu nama dia?
3 Abudhabians 2014 yang saaaaaaangat disayangi. Siap bawak player Pakistan lagi ha. Hai Uzair!
Seronok gila babi tau layan budak - budak ni datang beraya. Masuk je rumah terus update apa yang berlaku sepanjang jalan nak sampai ke rumah aku. Jatuh tertiarap lah, jatuh naik motor tersungkurlah, masuk paritlah, kena ligan pak polisi lah, seluar tanggal, kena hujan. Sambil makan kuih sebalang, sebalang sambil berborak, memang best gila. Yang tak bestnya bila dah duduk dekat 6 jam tapi taktau balik lagi ha yang tu memang mencabar kesabaran umat manusia. Terpaksalah pujuk - pujuk dengan duit raya dan sebagainya. Baruuulah diorang nak balik rumah masing - masing.  (╥_╥) Sendu betul!

Terima kasih korang sebab sudi datang beraya rumah Teacher. Alhamdulillah tahun ni tak ada yang mengalami sebarang kesulitan untuk datang beraya. Smeua selamat sampai alhamdulillah. Maaflah mana yang tak sempat berkunjung sebab Teacher tak ada dekat rumah, then ada group - group yang datang tapi Teachernya entah kemana - mana, ada yang jugak yang datang tapi waktu tu Teacher tidur pesemua sebab ada Syawal keberapa tu memang aku kena migrain tahap tenuk laut sampai tak mampu nak buka mata. Minta maaf banyak - banyak. Terima kasih korang eh, salah silap Teacher pada awak semua harap diampunkan. Teacher saaaaaaaayang korang semua banyak - banyak. 16 ratus juta bakul. Cukup tak?

Terima kasih Syawal 1436H, untuk kegembiraan, kebahagiaan, dan rasa kasih sayang yang tiada sempadan ini. Untuk seorang guru, apa lagi yang mampu membahagiakan jiwanya, selain anak - anak didik dan ingatan tulus ikhlas dari mereka?
Sayang engkau orang semua secara membabi buta !
Tahun depan dan tahun tahun tahun tahun tahun depan jangan serik datang lagi ya?
Dah. Babai !