Tuesday, September 15, 2015

Catatan Sendu Ni Nama Dia.

11 Ogos 2015.

Dah sebulan berlalu dah sebenarnya. Dan waktu aku menaip entry ni, dah tiga minggu sebenarnya aku dah berada dekat sekolah baru. Untuk yang tertanya – tanya,macamana aku dekat sekolah baru, jawapan aku senang je. Payah. Iya. Payah. Hari pertama adalah hari yang sangat menyeksakan. Aku takkan bohong dengan korang semua. Hari pertama tu adalah hari yang paling berlevel bangsat dalam sejarah hidup aku. Aku kena start up semua dari zero. Aku kena mulakan semua benda baru. Orang mungkin akan cakap, alah rilekslah. Baru – baru memang macam tu,nanti lama-lama okaylah. Iya. Aku tahu. Dan aku akan sentiasa menanti ‘lama-lama tu nanti okaylah.’ Joe banyak kali cakap dengan aku “New is always good.” Setiap kali aku jumpa dia dan aku mengeluh kesahkan hidup aku yang macam pentas opera ni, Joe akan sentiasa ulang – ulang ayat itu. New is always good.

Aku tak pernah rasa sesunyi macam hari pertama aku dekat sekolah baru. Sunyi. Dan itulah saat paling sepi pernah aku rasa dalam hidup aku. Aku buat segala-galanya sendiri. Macamana aku mengharungi hari pertama aku dengan cool kentang sekali, sampai ke hari ni masih menjadi misteri. Muka – muka baru, persekitaran yang baru, students yang baru. Cakap pasal students, kau tak tau betapa bangsatnya (Aku dah ulang dua kali dah perkataan bangsat dalam entry ni!) rindu aku pada students aku dekat sekolah sama. Berapa kali aku tahan airmata daripada merembes keluar. Pailang tak pailang. Aku sedih aku nangis. Muka – muka yang aku pandang semua tak sama dengan muka – muka yang ada dalam hati aku. Aku duduk dekat meja dalam bilik guru dengan 1001 emosi yang aku sendiri susah nak luahkan. Saat tu, aku memang rindukan kawan – kawan dekat sekolah lama. Aku rindukan Joe. Aku rindukan Oat. Sedih level 999. Aku nangis dalam hati. Nangis dalam hati ni lagi celaka tau rasa dia. Kau sedih tapi kau tak boleh nak ekspresikan melalui muka. Nanti orang kata kau lemah, nanti orang kata kau pondan perasaan. Jadinya, ya, Aku menangis dalam hati bertemankan semut – semut yang merayap di atas meja. (Sebab diorang makan biskut Oreo yang aku bawak dari rumah. Lepas bukak lupa nak ikat muncung dia. Kenduri oreo semut – semut ni semua.)

Dulu kalau dekat sekolah lama, aku boleh peluk siapa – siapa yang aku suka. Students lah. Eh perempuan lah. Eh takkan lah aku nak peluk students lelaki. Aku peluk yang handsome ajelah. Eh terbukak rahsia sendiri ni. Eh eh. Tapi dekat sekolah baru ni aku nak peluk siapa? Sudahlah aku dikatakan merampas ehem ehem ehem dekat sekolah lama, takkan aku nak buat perangai dekat sekolah baru. Mestilah tunggu dua tiga minggu dulu baru buat perangai. Kihkohkihkoh! (Gelak tutup mulut) Stressnya nak cari manusia untuk dipeluk. Kalau dulu kat sekolah lama boleh peluk Tiqah, Lisa, ah boleh peluk sesiapa ajelah. Kat sini tak boleh. Sobs. Kesiannya aku dekat sini. Dahlah kemana – mana sendiri. Nasib baik aku tak sesat. Sekolah ni dahlah besar. Kalau aku sesat macamana? Siapapun taktau aku kemana. Karang aku dah mereput tinggal tulang baru orang jumpa aku. Time tu, nak menyesal pun tak guna kau tau tak? Tau tak? Eh sakit pulak lah hati kita.

Time makan paling sendu. Sebab aku tak makan. Aku duduk dekat meja sorang – sorang sambil kira berapa banyak tenuk melintas depan aku. Tapi tak ada satu pun. Sebab aku bukan dekat zoo. Hari pertama, hari kedua dan hari ketiga aku tak makan. Tahan lah lapar tu sehari suntuk sampailah tiba waktu balik. Tapi muka kena control handsome macam biasa. Walaupun dalam perut ni berkeroncong macam ada konsert Mojo, muka kena maintain. Kekal kacak walau dalam apa jua keadaan. Masuk hari keempat, eh ada nasi lemak atas meja. Alhamdulillah. Rezeki Allah kasi. Dengan nota cinta terselit berbunyi begini “Jangan lupa makan. Saya sayang awak dari Bumi sampai planet Pluto. Muah ciked!” Okay dua ayat yang last tu aku tambah – tambah. Takde pun sebenarnya. Bak kata rakyat Malaysia, aku kan suka menambah – nambah cerita untuk penyedap rasa. Ha macam tulah. Start daripada hari keempat dan seterusnya, setiap kali waktu rehat, atas meja aku ada makanan. Ada student kasi. Aku redo ajelah kalau dia letak ubat guna – guna ke, ubat batuk ke, ubat pelali ke pil khayal ke apa ke. Aku redo sesungguhnya. Nasib baik setiap kali makan aku baca bismillah dengan baca doa makan. Nanti lain kali sebagai langkah berjaga – jaga, aku baca sekali sifir lapan. Terima kasih awak. Saya tahu awak baca blog ni. Terima kasih. Saya doakan Tuhan akan balas semua jasa awak pada saya. Nak hug meh!


Dia baik baik aja. Alhamdulillah.
Study gaisss!

Tu aku belum masuk bab kelas tu. Bab kelas lagi sendu. Masuk – masuk sekolah baru je aku kena ajar Matematik, Bahasa Melayu dengan Amalan Bahasa Melayu untuk kelas peralihan. Tang bahasa tu aku boleh terima lagi. Tang Matematik tu yang boleh buat cikgu Math aku nangis bawah katil tu. Bayangkanlah aku yang time SPM Math dapat 7 , Addmath dapat 8 ni, kena ajar Math. Aku punya bodoh bukan tahap calang – calang eh. Cikgu Math aku dulu pun dengarnya sampai sekarang masih tak dapat terima kenyataan bahawa beliau gagal memberikan aku kredit masa yespiyem. Aku bodoh gila kot. Bila tau je kena ajar Matematik, terasa dunia seperti berhenti berputar seketika. Gitu ayat. Untuk tidak mengaku kalah dan demi menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia bahawa seorang guru haruslah bersifat all-rounded, berjatidiri serta mengaplikasikan pengajaran abad ke 21 didalam bilik darjah, aku sahut cabaran itu! Balik sekolah je terus tuju kedai buku, cari buku rujukan Math dan BM Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Belajar balik. Selak punya selak, pulun buat latihan sampai rasa macam nak muntah. Semata – mata demi memastikan aku mampu mengajar dengan baik dan berwibawa. Ya Allah, ni kalau mak aku tau ni mesti dia bangga.

Setiap hari aku melangkah ke sekolah dengan satu tekad dan keazaman yang tinggi. Iaitu untuk tidak mengaku kalah. Tidak mengaku kalah pada emosi, tidak mengaku kalah kepada nasib diri, tidak mengaku kalah pada orang – orang yang cakap aku TAK BOLEH. No. Not again. Not this time. Aku yang ayam – ayam dulu tu dah takde. Dulu – dulu dah habis. Tamat. Sadakallah. Setiap hari aku melalui peperangan dalam diri aku sendiri. Dan dihujung hari nanti, aku akan pastikan aku memenangi peperangan tu. Takde istilah mengaku kalah, kau boleh pergi mereput sana.

Aku bersyukur kerana Tuhan memudahkan kerja – kerja aku di sekolah baru. Walaupun aku diuji dengan macam – macam perkara yang berlaku akhir – akhir ni, tapi Tuhan masih melimpahi aku dengan rahmat kasih sayang yang tidak terhingga. Doa anak – anak murid, doa kawan – kawan, doa orang – orang yang sayangkan aku, doa suami, doa mak bapak aku, buat aku tabah dan teruskan berjalan walaupun orang kiri kanan depan belakang tak berhenti –henti baling batu. Orang baling batu, aku kutip. Batu masuk dalam poket. Aku lempar senyum. Penuh tertib. Dalam hati aku dah terpahat dah, segala – galanya aku serahkan pada Yang Maha Menilai. Yang Maha Mengerti. Cukuplah Allah sebagai pelindung, cukuplah Allah sebagai tempat aku mengadu. Terima kasih korang semua untuk bekalan doa yang tak putus – putus. Aku manusia penuh dosa. Aku tau, aku hidup sekarang atas ihsan doa kalian. Terima kasih.

Dan macam biasa, Bunga yang ini akan terus mewangi. Menyebarkan wangi dan cintanya – Disebelah dunia yang satu lagi.

Amin. 

Senyum.

Dah. Babai.

14 comments:

Mimin Adam said...

Pindah sekolah mne ms yatt?

Cik Puan Bunga said...

@Cikk MiminSMK Tunku Putra, Tongkang Pechah :)

@__shxfiik said...

Atototo, comelnya entry dia. Be strong k sis. Iollsss akan sentiasa mendoakan keberadaan sis di sekolah baharu, Amin :)

Cik Puan Bunga said...

@@ShafikFashahTerima kasih awakkkk! Sayang awak sangat sangat!

Obat Tradisional Stroke Berat paling Ampuh said...

yang savar aja, terus jalani demi mencapak KESUKSESAN !!

Obat Tradisional Stroke Berat paling Ampuh

Obat Tradisional Stroke Yang Ampuh Tanpa Efek Samping

Obat Tradisional Asam Urat yang Ampuh

Pengobatan Osteoporosis Secara Herbal

Unknown said...

cantiknyaa blog diaa.
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

Anonymous said...

Memang mintak tukar atau dipaksa tukar tanpa kerelaan? Tabahlah kak. Saya cuma mampu mendoakan supaya lambat laun nanti akan melimpah ruah kasih syg warga SMK Tunku Putra kpd akak. Lagipun lebih dari ni akak dah pernah hadap kan, akak kan kuat, handsome, sado dan gagah perkasa!

Anonymous said...

Memang mintak tukar atau dipaksa tukar tanpa kerelaan? Tabahlah kak. Saya cuma mampu mendoakan supaya lambat laun nanti akan melimpah ruah kasih syg warga SMK Tunku Putra kpd akak. Lagipun lebih dari ni akak dah pernah hadap kan, akak kan kuat, handsome, sado dan gagah perkasa!

Cik Puan Bunga said...

@Obat Tradisional Stroke Berat paling AmpuhMakasih ya!:)

Cik Puan Bunga said...

@hamizah che matTrimas! :)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousYang tu, tak boleh nak jawab. Salah jawab nanti bertambah ... :) Let's put it this way, everything happens for a reason :)

Terima kasih ya doanya. Itulah bekalan yang paling akak perlukan disaat ini. Terima kasih sangat sangat! :)

Unknown said...

Semoga terus sukses CPB! Eh.dulu ngajor English kan? Hehe..

Cik Puan Bunga said...

@Yayath HafizYattt! lama gila tak singgah! Haha. Aah dulu ajar English. Kehkeh.

Penyebab Batu Empedu Dan Pengobatannya said...

Friday 's blessing and we say thank you very much for the information on this afternoon .