Engkau orang kalau ada saki baki kuih raya yang tak habis lagi tu, pergi ambik sekarang. Lepas dah ambik kuih raya lebih - lebih tu, baru duduk diam - diam baca entry blog aku ni. Raya haji dah nak sampai, baru ada masa update (╥_╥) Nampak tak tu aku letak emoji menangis dekat situ? Itu untuk membuktikan betapa merasa bersalahnya aku pasal aku lambat update. Aku tau ada yang rindu blog aku. Aku tau ada yang selongkar blog aku sana sini sebab rindukan entry entry aku. Ke korang selongkar blog aku pasal berniat jahat sebab nak cari entry aku yang lama - lama pastu pastu pastu? Haa pastu korang nak buat apa? Aku lempang pakai lutut nanti. Melalut pulak. Sampai mana tadi? Haa, lambat update blog. Busy. Tak, ini bukan busy calang - calang ni. Ini busy betul - betul ni.Hari ni baru ada masa nak update blog, jadi ampunkanlah saya untuk entry yang terperap lama nauzubillah. Nak baca, bacaa. Taknak sudah kau syoh syoh main jauh - jauh sana.
Sepanjang 8 tahun jadi cikgu,setiap kali raya, rumah mesti meriah dengan kunjungan anak - anak murid. Yelah, dah namanya cikgu, mestilah students yang datang rumah. Mungkin kalau aku kerja sebagai Maknyah, pondan - pondanlah yang datang rumah ye tak? Eh eh kau ni. Jadinya bermula daripada Syawal pertama, setiap pagi memang kena wajib bangun sepagi - pagi yang mungkin, terus secepat kilat kemas rumah, basuh baju, sapu sampah , isi kuih, mandi, pakai baju cecantik, wangi - wangi, cas handset (Nak selfie) lepas tu duduk diam - diam sopan - sopan depan TV tunggu tetamu datang. Mana yang dah set appointment tu syukur alhamdulillah lah, ni yang perangai macam jembalang tanah main terjah - terjah ikut suka ni memang panas betul jiwa raga ni. Terjah punya terjah, ambik kau jajan, aku tengah panjat pokok rambutan pakai boxer, cemana?
Tahun ni kalau korang perati, setiap kali students datang je aku terus siap siap sarung jubah. Jubah pulak cuma ada dua, maka rotate jelah setiap jubah tu beserta tudung yang hampir sama setiap kali kunjungan. tak tahulah kenapa tapi tahun ni busy gila babs sikit. Tak sempat lagi nak siap kemas rumah, orang dah Assalamualaikum terpacak depan rumah. Aku nya mandi pun belum. Memang sendu.Tahun ni jugak, setiap tetamu yang datang dah macam jadi makanan tema pulak rasanya sebab semua orang aku hidangkan menu yang sama. Spaghetti Carbonara. Bukan nak cakap besarlah kan, tapi aku rasa carbonara yang aku masak dia punya sedap macam lain macam pulak. Nak pulak aku ni masak tak berapa nak reti, jadi anak - anak murid kena redolah sahaja ye. Mungkin tahun depan Teacher belajar masak Nasi Briyani tenuk pulak. Eleh aku tengok licin je korang makan. Berani lah komplen tak sedap. Baling pakai baldi karang.
Pembuka tirai majlis. Group Aini and The Gang. SPM 2014
Diorang kata ini isteri Syahmi. Eh bakal. Eh gossip. Bai.
Faris dengan Mujahid. Dulu diorang ni paras ketiak aku je. Sekarang aku pulak berlindung dibawah ketiak beliau.
Geng - geng Pencetus Ummah.
Geng - geng pencetus huru - hara.
Yang baju gold tu Rafiq. Yang sorang lagi tu Luqman. Boyfren sepanjang zaman.
Bunga - bunga 3G. Sayang sedunia!
Alolololo semua dah cecantik dah sekarang. Nyampahlah camni!
3KAA1 20015 yang memenuhi segenap hati segenap jiwa cinta bertaburan di alam semesta!
Aku ajar diorang ni masa Form 1 , Form 3. Sekarang semua dah besar. Dah lawa. Ya Allah cepatnya masa berlalu!
Ini geng abang - abang gym. Sembang dumbell je manjang ni. Jangan kacau. Kang terkehel leher.
Geng swag. Sebelum datang rumah aku, diorang langgar tembok rumah dulu. Kahkah. Sadis ni cerita dia.
Ya Allah. Ini tak payah cakaplah. Sebelah kiri tu gefren , sebelah kanan tu boyfriend.
Yang tengah - tengah yang macam kuih lapis sarawak tak jadi tu aku tak tau siapa. Tiba - tiba je ada. Ni siapa ada hilang anak ni angkat tangan pelisss!
Farhan, bangun Farhan! Tido pulak!
Geng - geng #igersmalaysia niii, jangan kacau!
Mintak mahap Sepul. Naim punya kerja!
Dalam kelas nakal, datang rumah aku nakal, entah apa nak jadi lah korang ni!
Tak pernah tak sayang.
Kesian Adlil. Posing terencat ke apa tu nama dia?
3 Abudhabians 2014 yang saaaaaaangat disayangi. Siap bawak player Pakistan lagi ha. Hai Uzair!
Seronok gila babi tau layan budak - budak ni datang beraya. Masuk je rumah terus update apa yang berlaku sepanjang jalan nak sampai ke rumah aku. Jatuh tertiarap lah, jatuh naik motor tersungkurlah, masuk paritlah, kena ligan pak polisi lah, seluar tanggal, kena hujan. Sambil makan kuih sebalang, sebalang sambil berborak, memang best gila. Yang tak bestnya bila dah duduk dekat 6 jam tapi taktau balik lagi ha yang tu memang mencabar kesabaran umat manusia. Terpaksalah pujuk - pujuk dengan duit raya dan sebagainya. Baruuulah diorang nak balik rumah masing - masing. (╥_╥) Sendu betul!
Terima kasih korang sebab sudi datang beraya rumah Teacher. Alhamdulillah tahun ni tak ada yang mengalami sebarang kesulitan untuk datang beraya. Smeua selamat sampai alhamdulillah. Maaflah mana yang tak sempat berkunjung sebab Teacher tak ada dekat rumah, then ada group - group yang datang tapi Teachernya entah kemana - mana, ada yang jugak yang datang tapi waktu tu Teacher tidur pesemua sebab ada Syawal keberapa tu memang aku kena migrain tahap tenuk laut sampai tak mampu nak buka mata. Minta maaf banyak - banyak. Terima kasih korang eh, salah silap Teacher pada awak semua harap diampunkan. Teacher saaaaaaaayang korang semua banyak - banyak. 16 ratus juta bakul. Cukup tak?
Terima kasih Syawal 1436H, untuk kegembiraan, kebahagiaan, dan rasa
kasih sayang yang tiada sempadan ini. Untuk seorang guru, apa lagi yang
mampu membahagiakan jiwanya, selain anak - anak didik dan ingatan tulus
ikhlas dari mereka?
Sayang engkau orang semua secara membabi buta !
Tahun depan dan tahun tahun tahun tahun tahun depan jangan serik datang lagi ya?
Dah. Babai !
4 comments:
Hari2 bukak blog ni sebab akak hutang sati entry dengan says. (check balik kat komen entri sebelum ni)
p/s: abang gym ensem2 wohhh. kim salam. wahaha
@AnonymousOh ingat! How to stay tabah eh? Or something like that kan? Jangan risau,akak akan buat! Hihu! (Tunjuk biceps)
TETAP SEMANGAT YA ??
@Obat Tradisional Stroke Berat paling AmpuhIya! :)
Post a Comment