Tahun
2000 adalah tahun pertama aku sambut birthday dengan suami. Masa itu bukan
suamilah. Masa itu, panggil boyfriend. Hikhik! (Gelak tutup mulut) Tingkatan 5
masa tu. Itu jugaklah first time keluar dengan lelaki. Nak keluar bulan
sepuluh, rancangnya dari bulan dua. Sebab masa itu bukan macam zaman budak – budak sekarang. Ada
motor, ada kereta. Masa itu, yang ada Cuma bas Lian Hoe warna kuning,biru,merah
belang-belang. Satu jam sekali lalu dekat pekan. Nak datingnya pukul 12. Pukul
8 pagi dah terpacak tunggu bas. Banjir ketiak.
15
tahun yang lepas.
Aku
ingat lagi apa yang aku pakai time tu. Seluar khakis warna beige, baju
kotak-kotak warna hitam putih (Sekarang orang panggil boyfriend shirt. Aku 16
tahun lepas dah pakai dah!) , tudung bawal warna hijau muda. Kasut loafer
rembat Makngah punya. Pun masih jelas diingatan baju boyfriend di waktu itu.
Jeans warna hitam, baju tshirt berkolar warna krim. Kacaknya! First time ni
keluar sama. Rasa macam nak pengsan pulak. Masa itu kami bawak kawan untuk
temankan. Maklumlah masing-masing malu-malu. Tak banyak borak. Memandangkan
time tu kami masing-masing nak exam, aku nak SPM, boyfriend pulak nak STPM, so
tempat pertama kami adalah ke kedai buku. Beli stationary. Sambil – sambil belek pen tu tanya-tanyalah
sikit, macam hobi apa, makanan kegemaran, warna kegemaran, rancangan TV paling
fevret, cita-cita. Bila difikir-fikir macam bodoh pulak tanya macam gitu.
Cubalah tanya benda-benda yang ilmiah dan berdaya saing sikit macam isu
pembalakan haram ke, kebanjiran warga asing ke, wawasan 2020 ke.
Lepas
beli stationary, kitorang pergi food court. Nak mencekik. Steady je makan kuew
teow goreng dengan air blackcurrant. Baru berapa sen sangat. Time tu
takdenyalah nak acah-acah hipster, makan dekat café kucing ke, café biawak ke
apa ke. Takde. Duduk makan dekat food court sambil berhadapan, bertukar
jelingan dan senyuman. Halamak, memang win sungguh perasaan dia. Itu yang kuew
teow sepinggan membawak ke dua jam jugak nak mengabiskan. Sambil makan tu
sambunglah borak-borak yang terbengkalai masa tengah beli pen tadi. Time tu
jugaklah pandai-pandailah ambik kesempatan nak tengok dekat-dekat muka bakal
suami. Kacaknya lahai. Kulit dahlah putih. Kulit dia lagi putih, lagi flawless
dari kulit aku. Dengan bau wangi lagi. Kemas. Haih, duduk macam gitu aje dah
berapa kali agaknya aku jatuh cinta. Rasa macam mimpi pun iye jugak. Macam tak
percaya pulak aku yang muka macam bangunan tak siap ni boleh keluar sama – sama
dengan lelaki paling handsome (Ketika itu) dalam Sekolah Menengah Dato’ Bentara
Luar.
Boyfriend
pulak jenis yang cool kentang. Steady je. Cakap pun lembut, tersusun, satu –
satu. Time tu terus – terang dia cakap dengan aku yang dalam hidup dia ada 3
orang perempuan tengah menunggu. Nak tercekik air liur rasa. Sorang tu sebaya
dia, budak kelas dia. Lagi sorang tu junior dia. Dan perempuan yang lagi sorang
tu, akulah. Dia kata dalam tiga – tiga ni, dia tengah menimbang – nimbang mana
satu yang dia nak pilih untuk dijadikan manusia paling special dalam hidup dia.
Boyfriend kata dia tak suka main – main. Takde masa nak try try lepas tu
tinggal ni. Dia jenis manusia yang kalau sekali dah sayang, sampai ke liang
lahad dia bawak sayang tu. Dalam erti kata lain, dia nak perhubungan yang
serious. Umur baru 17 tahun, dengan SPM tak lepas lagi, apalah yang aku tahu
pasal perhubungan serious. Boyfriend pun aku tak pernah ada. Masa tu yang aku
terfikir, aku nak habiskan seluruh hidup aku dengan dia sorang ajelah. Tapi
bila dia cakap, dia tengah mempertimbangkan beberapa orang calon lagi, aku rasa
macam diri sendiri sedang mengecut dan mengecut dan mengecut lalu menjadi
sebesar biji sawi. Sedih level 999.
Hadiah
pertama boyfriend kepada aku untuk birthday aku adalah sebuah mug Donald Duck.
Tak romantic betul. Apalah agaknya yang dia fikir masa dok pilih – pilih hadiah
untuk aku tu agaknya eh. Takdenya nak bagi teddybear ke, kotak muzik ke , apa –
apa ajelah yang romantik sikit. Mug Donald Duck dia kasi. Mug itulah yang aku
guna siang malam pagi petang setiap masa dan ketika sampailah satu hari tu mug
tu retak sebab aku tuang air panas sangat. Lama jugak jangka hayat mug tu,
adalah dalam 3-4 tahun. Dan setiap tahun, hadiah birthday boyfriend untuk aku
berubah mengikut keadaan poket beliau yang semakin lama semakin steady.
Daripada sebuah mug Donald Duck, ia berevolusi menjadi teddy bear, bantal
cecomel, rantai, cincin, jam, handbag, handphone, eh macam – macam lagilah!
Dan
sedar tak sedar, dah 15 kali birthday aku kami sambut sama – sama. Dan obviously
jugaklah antara 3 orang perempuan tu, beliau memilih aku untuk menjadi teman
sehidup semati beliau. Hikhik! (Gelak malu tutup mulut). Syukur Alhamdulillah. Setiap
pagi 8 Oktober aku bangun dan menyedari bahawa aku masih bernafas berselakan
cinta daripada lelaki yang aku cinta mati ni merupakan hadiah paling indah dari
Tuhan. Kalau Tuhan izinkan, sampai tua ganyut besok pun aku tetap nak sambut
birthday sama – sama dengan boyfriend. Potong kek sama – sama, tiup lilin, tiup
belon, dapat bunga. Semualah! Insyaallah!
Yang bestnya, sejak dah bernikah ni, setiap kali birthday mesti ada suami akan masakkan makanan yang sedap - sedap. Dilayan macam princess. Kehkeh. Ha muntahlah muntah. Semua yang aku nak mesti suami akan cuba penuhi. Nak bunga, nak cokelat, nak hadiah, nak teddybear, nak pelempang. Insyaallah suami tunaikan. Yang aku pulak, memang dasar perempuan mengada-ngada, mulalah buat perangai mintak kaki. Halah, bukan selalu. Lagipun bukannya aku mengada-ngada dengan laki orang. Eh eh. Dengan laki sendiri kok. Kan berpahala. Dalam setahun, inilah satu - satunya hari untuk aku rasa macam orang penting sikit. Kehkeh.
So malam birthday tu ada tahlil ringkas sikit, panggil makcik pakcik datang makan. Lepas Abah buat bacaan tahlil, lepas makan - makan tenuk panggang sikit, maka upacara memotong kek pun berlangsung. Nak potong kek ni mencabar sikit sebab Adam ni pantang tengok kek. Semua dia bantai dia punya. Jadi kena berebut sikitlah dengan Adam. Sendu betul.
Sebelum potong kek, kita ada sesi tazkirah anak beranak dulu ye kawan - kawan.
Dah sibuk dah diaaa! Macam dia punya birthday!
Cepat betul masa beredar. Macam baru semalam je tahun 1983. Dah 32 tahun dah umur aku. Perangai masih macam celaka jugak. Entah bila nak matang dan berkembang menjadi wanita Melayu terakhir. Anak dah sorang, semakin besar pulak tu. Yang aku ni masih lagi terkial - kial nak belajar hidup. Bila dah besar ni, atau senang kata, bila dah tua ni, sedikit sebanyak, setiap kali birthday, mesti akan terkenang pasal mati , kan? Amal tak cukup lagi, dosa pulak setiap hari buat. Dah bersedia ke aku nanti bila dah sampai masa Tuhan panggil balik. Semoga kita semua nanti akan diberikan Tuhan, mati dalam keadaan yang baik - baik.
Dan kalau Tuhan izinkan, setiap kali 8hb Oktober setiap tahun, aku nak sambut dengan lelaki yang pertama sambut birthday aku sejak 15 tahun yang lepas. Biarlah umur aku 200 tahun sekalipun, aku nak dia sentiasa ada dengan aku. Sentiasa akan pegang tangan aku waktu kita sama - sama potong kek nanti.
Hakalah, sweet ah bapak dia!
Dah dah. Tepi sikit. Aku nak makan keropok ikan. Babai!