Tak
macam tahun – tahun lepas, tahun ini sangat sendu dan menyedihkan.
Kalau tahun
– tahun lepas, malam 8 Oktober tu aku selalu tunggu tepat jam 12 tengah malam.
Nak tengok, siapa orang pertama yang wish pastu tidur lewat 2,3 pagi reply
mesej and chats daripada students ke, kawan – kawan ke, jiran kampung ke,geng –
geng whatsapp dan sebagainya. Tapi malam kejadian tu, pukul 10.30 malam aku dah
bersiap – siap untuk tidur. Dengan migraine, sakit – sakit badan, dengan emosi
yang terumbang – ambing like a small boat, on the ocean, sending big waves,
into motion lagi pulak eh ni apasal Rachel Platten masuk dalam cerita ni?
Jadinya, aku tidur awal. Handset campak jauh – jauh. Kunci jam pukul 5.30 pagi
(Menipu je. Bangunnya pukul 6 jugak.
Habis jam loceng diterajang sampai ke dinding) Maka seorang perempuan yang
sedang berduka nestapa tetapi kekal jelita pun tidur dengan hatinya yang
walang.
Bangun
pagi, sikit pun aku tak endahkan whatsapp yang melambak masuk dalam phone.
Lepas mandi, lepas solat, lepas bersiap – siap nak pergi sekolah barulah aku
tengok phone satu – satu. Mesej – mesej ucapan yang masuk, aku pandang sepi je.
Takde langsung rasa suka ke, terharu sambil menangis ke, apa ke. Takde. Kosong.
Kosong. Kosong. Depress level 999.
Kemudian
baru tersedar perangai sendiri yang macam kacang lupakan kulit. Dasar manusia
tak tahu bersyukur. Asyik nak fikir sedih je sampai bila aku nak maju. Langsung
tak tahu bersyukur! Bangun pagi 8 Oktober 2015 tu je Tuhan dah beri aku satu
hadiah birthday yang kalau orang dalam kubur tu pun, kalau boleh bangun balik,
dia nak mintak hadiah yang sama sebijik macam aku dapat dari Tuhan. Tuhan beri
aku hadiah nikmat kehidupan. Bernafas di usia 32 tahun. Sihat tubuh badan.
Cantik. Kurus. Bijak bestari ibarat sang kancil, apa lagi yang aku sibuk nak
rengekkan? Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Aku tempeleng sikit muka
sendiri. Kufur nikmat. Tak tahu bersyukur. Barulah aku capai handset dan baca
satu – satu mesej yang orang hantar pada aku. Terdengar bunyi hati yang retak.
Kalau
tahun – tahun lepas, perjalanan dari rumah ke sekolah akan menjadi satu
perjalanan yang mendebarkan. Memikirkan apa pulak hadiah dari students yang aku
akan dapat tahun ni, memikirkan apa pulak surprise yang Oat akan buat untuk aku
tahun ni. Berapa banyak kek boleh aku kumpul tahun ni, siapa pulak yang bagi
teddybear tahun ni, semua tu akan bermain – main di fikiran. Sengih kerang lah
sepanjang perjalanan. Kerang tu pun kalau nampak aku sengih, dia pun mohon
berhenti jadi kerang agaknya. Tetapi, ya tetapi tuan puan sekalian, tahun ini
perjalanan dari rumah ke sekolah menjadi satu perjalanan yang maha panjang
dihiasi dengan airmata dan kesenduan. Hakikat bahawa sampai je aku dekat
sekolah nanti tak akan ada siapa yang peduli pun 8hb Oktober tu hapa kejadahnya
yang berlaku. Sama macam hari – hari yang lain. Hari Khamis. The fuck? Bukan
diorang kisah pun. Maka semakin lebatlah aku menangis di dalam hati. Sumpah ni
aku nangis dalam hati. Takkan nak nangis betul-betul, nanti make up aku sememeh
siapa nak tanggung? Pentingkan diri sendiri bukan? Sudahlah bersedih, eksyen
pula.
Sampai
sekolah, lambat je aku tarik kaki ni untuk berjalan. Ala, macam yang korang
selalu tengok dalam cerita Melayu tu. Heroin dia sedih, lepas tu jalan lambat-lambat
sambil airmata berguguran. Dekat background dia, ada lagu sedih dari artis
Indonesia. Bayangkan macam tu sekarang. Ha, macam gitulah aku konon-kononnya.
Jalan lambat – lambat. Beg seret dekat tanah. Background music dia lagu
Berhenti Berharap – Sheila On 7. Memang win. Jalan macam gitu dekat sekolah
baru rupanya tak mampu nak menarik simpati mata yang memandang. Semua buat tak
faham. Semua buat tak tahu. Lantak kaulah sana perempuan. Mungkin begitulah
ayat mereka di dalam hati masing – masing.
Hampir
nak masuk ke pintu bilik guru, ada seorang pengawas Form 2 tahan aku. Nama dia
Mastura. Cantik je budaknya. “Teacher! Ni Cikgu Oat kirim! Happy birthday!”
ucap Mastura dengan penuh keriangan. Dia tak tahu dalam hati aku ni rasa nak
jerit – jerit tarik rambut je rasanya. Ada jugak yang bagi aku hadiah. Macam
nak peluk Mastura, tapi segan pulak. Hadiah bersambut. Aku tahan airmata dari
jatuh. Nanti tak macho. Sebab depan bilik guru tu ada sekumpulan budak cina
lelaki tengah melepak. Agak kacak – kacak mereka itu. Muka macam artis Korea.
Jatuh saham karang. Ke aku tengah sedih sangat sampai berhalusinasi teruk
begitu. Tak mampu nak bukak hadiah yang Oat bagi. Jadinya aku sumbat je hadiah
tu masuk dalam beg. Sunyi je suasana. Kalau dulu, pagi birthday aku dekat
sekolah disambut macam ala ala YB nak masuk kampung. Orang ucap “Happy
Birthday” sana sini dah macam orang besar-besar. Ada la sekali dua aku perasan
macam Neelofa sikit. Ala, sikit je. Konon-konon artis. Ala, bagi can lah. Tapi
hari tu, bunyi cengkerik sayup – sayup kedengaran je yang aku dengar. Mastura
adalah satu – satunya manusia yang ucap birthday untuk aku pada hari itu.
Aku
lalui kelas pada hari itu dengan perasaan yang sukar untuk diluahkan. Kejap
karang rasa macam nak nangis, kejap karang rasa macam nak pengsan. Kejap karang
rasa macam nak terjun bangunan. Sudahnya, aku demam. Seboleh-bolehnya taknak
tengok handphone. Taknak baca chat-chat yang akan membuatkan aku super sedih.
Nanti aku nangis karang cemana? Masa aku nak tinggalkan kelas 1B, tiba – tiba
ada sorang pelajar datang dekat. Nama dia Adam. “Happy birthday, Teacher!” ucap
Adam. Terkesima beberapa saat aku dibuatnya. Rupa-rupanya Adam ni adik kepada
Mastura. Maknanya, dah dua orang wish birthday dekat aku pada hari itu. Sekali
lagi aku diserang perasaan yang pelbagai. Nak je rasanya aku panjat tiang
bendera sambil jerit kuat-kuat. Aku nak bagitahu satu dunia yang celaka palat
macamana pun orang buat aku, aku takkan patah semangat! Takkan! Tapi biasalah,
aku kan penuh dengan drama. Tak jadi panjat tiang bendera, aku duduk
sopan-sopan dekat meja guru sambil otak ligat ulang tayang semua kenangan manis
waktu sambutan birthday aku pada tahun – tahun yang lepas. Untuk kali yang
entah keberapa, aku terdengar lagi bunyi hati pecah.
Lama
aku termenung. Sambil mencari hikmah yang Tuhan cuba sampaikan kepada aku.
Dalam pada aku termenung tu, aku tengok balik nikmat – nikmat yang Tuhan dah
berikan kepada aku. Satu, nikmat kehidupan. Aku dapat sambut birthday sampai ke
umur yang ke tuga puluh dua tahun. Alhamdulillah. Ada orang tak sempat cecah
umur aku, dah meninggal. Dua, nikmat kebahagiaan cinta. Tuhan kurniakan aku
suami yang terbias surga. Kacak, penyayang, penyabar, beriman, pandai memasak.
Alhamdulillah. Ada orang umur dah lanjut, masih lagi mencari – cari teman
hidup. Tiga, nikmat zuriat. Tuhan beri aku anak lelaki yang bukan sahaja
handsome dan menawan, tetapi sihat tubuh badan. Petah berkata – kata, pandai
boleh tahan, malah comel pula. Saling tak tumpah macam Emaknya. Alhamdulillah.
Ada orang dah berpuluh tahun kahwin, belum lagi dikurniakan Tuhan dengan zuriat.
Itu baru tiga. Banyak lagi nikmat yang Tuhan bagi pada aku yang aku sengaja
terlepas pandang. Nikmat pekerjaan, nikmat tumpang kasih sayang Emak Abah,
bukan setakat tumpang kasih, tumpang rumah pulak tu. Banyak. Banyak yang Tuhan
kasi. Dan Tuhan baru tarik balik sikit nikmat kegembiraan picisan dalam hidup
aku, aku dah menggelupur macam cicak jatuh atas dodol. Astaghfirullah.
Mengingatkan ini semua, hati aku tenang sikit. Sedih masih ada, tapi mula
terkawal. Hati yang pecah tadi tu, aku tampal pakai selotep. Aku istighfar
banyak-banyak. Mohon Tuhan ampunkan dosa.
8
Oktober 2015.
Aku
tinggalkan sekolah dengan kereta kosong tanpa hadiah. Tak seperti kebiasaan
macam tahun – tahun yang lepas. Kalau dulu, setiap kali birthday, balik dari
sekolah memang mengangkut hadiah. Kali ini, kosong. Tapi aku perasan, ada
sesuatu yang penuh. Jiwa aku. Entah kenapa aku rasa jiwa aku sedikit terisi
dengan ‘sesuatu’ yang susah aku nak ceritakan. ‘Sesuatu’ yang sedikit sebanyak
buat aku tenang. ‘Sesuatu’ yang entah kenapa buat aku dekat sangat dengan
Tuhan. Disebalik kesedihan yang Tuhan kirimkan ini, ‘sesuatu’ berlagu dalam
jiwa aku. ‘Sesuatu’ yang seolah – olah berbisik tanpa suara. Sabar Yatt.
Katanya. Sabar. Hang in there. Tinggal sikit lagi Yatt. Tinggal sikit. Habis
saja taufan ini, kau akan dakap pelangi.
Tanpa
sedar, sambil memandu –
aku
menyunging senyum, sambil harapan aku gantung setinggi – tingginya pada yang
Satu.
Sabar Yatt eh. Sikittt lagi. Insyaallah.
6 comments:
Assalamualaikum
Hope cikgu dah ok la time update berbanding dgn tarikh 8 hari bulan tu
Wish you all the best n selamat hari lahir :)
Silent reader
Salam, cikgu,
HAPPY BIRTHDAY CIKGU, Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, berjaya dunia akhirat.
Bulan lahir kita sama :)
@Shahril MohdTerima kasih Shahril ><,
@missieza@iezzsTerima kasih! Hye Libra! Hihi! selamat hari lahir juga untuk awak, semoga Allah cinta ya! ><,
:) I know that you're that strong
@Aini NazihahAlways! ><,
Post a Comment