Thursday, October 15, 2015

Joehari Dan Rohidawati Membahagiakan Seorang Norhayati

Sambungan dari entry ini ,

Apa eh perasaan engkau orang bila bukak pintu balik dari sekolah, tengok - tengok dalam rumah ada dua makhluk seperti dibawah, sedang melakukan kegiatan seperti berikut :

1) Sorang tengah meniup belon dengan penuh kesungguhan. Macam separuh nak mati dah rupa bentuk dia.
2) Yang lagi sorang tengah menggantung segala mak nenek entah apakejadah dekat dinding rumah aku yang aku cat separuh nak mati eh datang engkau sedap pulak kau tepek gam dekat situ.

Dan dua - dua makhluk tu bila nampak kau terpacak dekat pintu rumah, masing - masing buat muka macam baru nampak orang mati bangun balik dari kubur,sambil masing - masing tengok jam lepas tu buat muka tak puas hati.

"Oi, kau bukan sepatutnya balik lambat keeeeeee!!"
"Alaaaaa, dah tak surpriseeeeeeee!!"

-
-
-

dan lepas tu kitorang gelak sama - sama macam nak pecah perut mengenangkan nasib sebuah birthday surprise yang tak berapa nak menjadi dan akhirnya dengan aku aku sekali tolong diorang hiaskan dinding rumah aku untuk menjadi something yang boleh dipanggil "Birthday Decoration.". Memang sepatutnya kalau nak diikutkan aku balik lambat sikit hari tu, tapi entah kenapa boleh tercepat pulak. Kahkah.

Sambil aku tengok sorang tiup belon, sorang gantung hiasan tu, rasa berhabuk pulak mata ni. Rindu dalam hati ni tinggi dia dah macam gunung dah. Nak je aku peluk sorang sorang. Lama sangat tak jumpa. Sumpah bertakung airmata tengok muka masing - masing yang tulus ikhlas cuba nak menghappykan aku pada hari tu. Aku rindu gila kot dekat manusia dua orang ni. Bila dah bertukar sekolah, dah jauh dari diorang, peluang nak jumpa tu memang terhad gila babi. Masing - masing busy dengan tugas masing - masing. Kalau dulu, satu sekolah, nak makan ke, nak tanda kertas ke, nak memondan ke, boleh buat sama - sama. Sekarang. Sob sob. Dan bila sekarang, dua manusia ni ada depan mata, aku tak dapat bayangkan apa yang aku rasa. Bercampur - baur. Aku rasa sangat sangat sangat sangat sangat sangat bahagia.

Kipidap! Dongibab!
Usaha tangga kejayaan, Oat!
Effort diorang tu yang mahal. Oat tu bukannya pandai sangat pun hias - menghias ni. Meja dia pun, aku yang kemaskan setiap tahun. Aku yang sampulkan. Aku yang kemaskan buku - buku dia kadang - kadang. Kalau nak harapkan dia, semua benda dia nak lambak atas meja. Tapi hari tu tengok dia bersunguh - sungguh buat decoration untuk aku, aku rasa macam nak nangis tepi meja makan lah pulak. Dengan origami lagi. Aku memang suka origami. Tapi aku tak pandai buat origami. Tangan kaku. Pui betul. Joe pulak aku tak taulah memang dia bongok semulajadi ke apa, tiup belon asyik pecah je. Daripada 15 biji, entah berapa biji entah yang pecah begitu sahaja. Tapi hati aku ni kembang kuncup tahan bahagia, Tuhan saja yang tahu agaknya. Sumpah!

Diorang datang mengejut macam tu, aku memang tak dapat nak sediakan apa - apa. Cuma mampu hidang pisang goreng dengan air oren jelah nampaknya. Nak masak nasi briyani gam ke , tenuk bakar ke memang dah tak sempat dah. 

"Where's the cake?" tanya Joe.
"Manalah aku sempat nak beli kek!"
"I knew it! Nak harapkan akuuuu jugakkkk!"

Sambil keluar jalan berlenggang pergi dekat kereta dia, Joe membebel entah hapehape, masuk dalam balik bawak kek sekotak. Okay, mata dah masuk habuk lagi dah ni! And bila dia bukak kek tu , memang terasa macam dejavu. Durian cheese cake! Durian cheese cake ni macam kek ritual kami. Kalau tengah tension, atau tengah banyak duit sikit, atau saja - saja rasa bosan and nak makan something yang hipster sikit, kami lepak Secret Recipe and last dessert dia adalah Durian cheese cake. Kitorang tak beli sorang sepotong. Kitorang beli sepotong je, kongsi tiga orang. Kira macam ala ala bonding session lah. Tengok Joe pegang SEBIJI Durian cheese cake ni perasaan dia macam baru lepas kena loteri lah pulak. Surga!

Yep. I'm a bitch. And I'm loving it!
Jangan peliklah tengok ucapan atas kek tu. Itu memang Joe. Bila Joe dah start cursing kau, panggil kau dengan nama nama celaka macam tu, janganlah rasa offended. Joe tu memang macam gitu. Nak tunjuk sayang, ego dia tinggi melangit tingkat ke tujuh gitu. Sebenarnya kalau lagi jalang bahasa yang dia guna dengan kau, lagi dalam sebenarnya sayang dia dekat kau. Heceh! Makin lama makin tak boleh nak tahan pulak airmata ni. Aku rindu sangat - sangat dengan diorang. Aku kawan memang tak ramai. Sebelum Joe datang, aku berdua je kesana kemari dengan Oat. Bukan taknak berkawan ramai - ramai. Tak semua orang boleh faham dengan cara aku berkawan. Tak ramai jugak yang boleh tahan sabar dengan perangai aku yang macam hm hm tu. Dan bila Joe datang, he fits the circle. Dia boleh terima segala - gala bangsat tentang aku. Dan lengkaplah hidup aku selepas itu. Macam pelangi. Terima kasih Tuhan.

Time ni memang tak boleh nak sorok muka sendu. Terharu kita!
Muka perempuan 32 tahun yang bersyukur lagi bahagia.
Sambil makan kek, kitorang borak sama - sama. Borak benda - benda yang tak ada hujung pangkal. Kadang - kadang rasa macam ilmiah sangat topik tu. Lepas tu borak pulak benda - benda bangang sikit. Lepas tu gelak. Dah lama aku tak gelak macam ni. Sejak aku bertukar sekolah, ini first time kitorang berkumpul bertiga macam ni. Dan sejak bertukar sekolah, ini first time aku gelak dengan penuh ikhlas macam ni. Aku cakap dengan Joe, aku kata, sebenarnya dalam dunia ni, takde istilah move on. Move on tu overrated. Bullshit sangat. Mana ada orang boleh move on. Aku secara jujurnya sampai ke mati aku tak kan move on. Aku tak kan move on dari friendship aku ni, aku takkan move on dari apa yang pernah membahagiakan aku. Buat apa nak move on? Sebab nak teruskan hidup? Teruskanlah. We are not moving on, we are just continuing without. Takde sehari pun yang berlalu , sejak aku pindah, yang tak mengingatkan aku kepada betapa rindunya aku dekat manusia berdua ni. In every second, in every way.

Aku bersyukur sangat sebab dalam hidup aku, aku ada Joe dengan Oat. Tak semua orang faham persahabatan yang kami ada ni. Orang tak boleh tengok lelaki dan perempuan jadi kawan baik. Skandal. Skandal. Skandal. Sepanjang aku bersahabat dengan Joe, tak pernah sekali pun Joe buat benda - benda bodoh dekat aku. Orang dengan mata kasar nampak macam Joe tu inilah, itulah. Pada aku, dialah manusia yang banyak bukak mata aku untuk menghadapi realiti yang memang kejam ni. Joe tak hipokrit. Dia kejam, tapi dia jujur. Joe selalu stand up for me. He always vouch me in any way he could. He's a man of his words. Joe bukan lelaki sembang yang depan cakap lain belakang cakap lain. Lelaki macam gitu boleh pergi mati sana. Dan Joe ikhlas dalam bersahabat.

Tak semua orang suka Oat. Aku rasa dalam sepuluh orang, 9 orang setengah akan benci Oat. Manusia mana yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Tapi Oat selalu ada dalam setiap perkara yang berlaku pada aku sejak kami bersahabat 8 tahun yang lepas. Oat kenal aku luar dan dalam. Oat tahu aku macamana. Semua benda pasal aku Oat tahu. Rahsia ke, insiden memalukan ke apa ke semua Oat tahu. Kalau engkau orang semua nak tahu something pasal aku, tak payah susah - susah korek sana korek sini, rasuah Oat cokelat dua baldi. Tanya dia.

Aku, Oat, Joe - kita nangis sama - sama. Kita ketawa sama - sama. Brotherhood tu bukan time kau senang je diorang ada. Cuba tengok time kau susah. Time kau dekat bawah. Time kau tersungkur menyembah tanah. Time semua orang dok pakat pakat baling kau pakai tahi, kau tengok kanan kiri, tengok. Siapa yang masih setia dekat sisi. Terima kasih Tuhan. Kerana Kau kurniakan aku dua manusia ini. Dua manusia yang aku sayang sampai mati (Insyaallah)

Aku selalu doakan kau bahagia, kawan.

Aku selalu berdoa, berharap. Setinggi - tinggi pengharapan. Semoga satu hari nanti, kalau Tuhan izin, kita boleh sama - sama bertiga lagi.




8 Oktober 2015-
walaupun bermula dengan agak sendu dan penuh airmata, rupanya Tuhan siap - siap simpankan aku bahagianya di pertengahan hari. Di ujinya aku dengan seribu satu rasa yang menjera jiwa, rupa-rupanya Dia nak beri aku sinar di hujung harinya. Cantiknya aturan Tuhan.

Terima kasih Oat.
Thanks Joe.

When the whole WORLD is walking out,
you guys are walking in.

Sedih ah!

 Joe's birthday (7th June)
Oat's birthday (9th July)

I LOVE YOU GUYS!

Birthday tahun ini, memang birthday yang terpaling bermakna. Sangat sangat bermakna. Agaknya ini yang Shahir kata "Kebahagiaan dalam Perpisahan".


Tepi sana sikit. Aku nak nangis tepi pokok kaktus.

12 comments:

Anonymous said...

I feel you, Teacher Yatt. Sungguh, susah nak move on. Saya hampir mati sendiri bila memaksa diri untuk move on. I'm very depressed for almost a year.
Tapi, Tuhan tak kan uji hambaNya dengan cubaan di luar keupayaan hamba itu. Teacher seorang yang kuat dan tabah. Mungkin nampak sukar nak lepasi cubaan tu, tapi tak mustahil. You gonna be better soon.

I love you, Teacher Yatt. Take care :)

Anonymous said...

akak ingat tak dulu akak ada buat entri pasal team choral speaking. lepas tu akak up pulak entri pasal birthday joe tu.

saya terdetik dalam hati, eh macam sama pulak muka joe ni dengan cikgu tu. padahal memang orang yang sama eh? haha.

serios ke dah 32? wah! nampak 23 tau. *ayat bodek semata-mata*

INNANIE ARIFFIN said...

saya tahu saya lambat! tapi happy birthday kakak.

Allah sentiasa hadiahkan akak dengan kawan-kawan yang baik. be strong kakak in what ever situation. I knew you can be the best walau tercampak mana pun.

Selamat Ulang Tahun akak,

Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan pada akak dan keluarga. Moga Allah sentiasa memberi kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah pada akak dan keluarga.

Dan moga hubungan yang terjalin antara kakak dan semua manusia diberkati! :)

ILY!

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousThank you awak (No matter who ever you are!) You made my day! Love you!

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousAah, orang yang sama !Kahkah! Alaaa apasal bodekkk cakap jelah mmg muka nampak 23 tahun! Kahkah muntah!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie AriffinSebab awak lambat, awak kena denda! KEHKEH! Nak hadiah! Hahahahaha.

Terima kasih awak. Akak saaaayang awak sangat sangat. Hopefully awak akan sentiasa berjaya.

Dannnnnn-

kawin jangan lupa jemput akak. Aminnn!

Nadiah Suhaidi said...

Happy birthday & smoga happy selalu :)

Cik Puan Bunga said...

@Nadiah SuhaidiTerima kasih! ><,

gp said...

Pergh, kek x nak kalah. "You bitch" gittew

Unknown said...

Okey yang ni paling sweet. Dah tak mampu nak kalahkan party sir joe and cg oat tuk tcr. Sblum pape, sye menyerah kalah dulu lah. Haha.

Cik Puan Bunga said...

@gpZaman sekarang, kek pun pailang. Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@Norhayati AzmanHaha bontot ah!