Hari tu aku balik sekolah,
Adam sambut dekat pintu dengan excited yang lain macam. Aku tanya la apa pasal,
sebab selalunya bila Adam buat perangai teruja melampau macam gitu, adalah tu
benda entah apa yang dia pedajalkan aku. Rupanya dia nak tunjukkan report card.
Dekat atas report card tu.cikgu dia tulis besar-besar “Nombor 1” Haik. Terkujat
kehairanan aku.
“Adam dapat nombor satu ke?”
aku tanya dia. Masih lagi tak percaya. Memang aku tak percaya. Aku ingat lagi
macamana Adam tak kenal huruf. Aku sebut P, dia tunjuk huruf G lah Q lah. Aku
suruh baca ABC, lancar je dia baca. Tapi bila aku suruh tunjuk satu – satu,
huruf A sampai C aje yang dia kenal. Tu belum bab buat homework. Sampai lunyai
buku tu basah dengan airmata dia. Adam ni perangai sebijik macam aku. Kalau bab
buat kerja rumah memang drama.
“Mestilah!” Jawab Adam.
“Adam kan rajin belajar!”
sambung dia lagi sambil jalan terloncat – loncat menuju ke dapur. Tak lama
lepas tu aku dengar dia mengekek ketawa tengok kartun. Aku belek – belek report
card dia. Majoriti pencapaian dia semua cemerlang. Kalau nak dibandingkan
dengan masa penilaian setengah tahun, Adam punya pencapaian ni bolehlah aku
kategorikan sebagai anjakan paradigma polis angkasa gaban. Sungguh tak percaya!
Macam tak percaya pulak bila
Adam boleh dapat nombor satu. Aku teringat pulak zaman aku sekolah tadika dulu.
Aku rasa aku antara manusia yang dapat nombor last. Dahlah dapat nombor last,
semua mata pelajaran pun aku tak performed. Masa hari penyampaian hadiah, aku
tengok je kawan-kawan aku naik pentas ambik hadiah kecemerlangan. Aku tengok
diorang dapat kotak pensel lah, dapat pensel warna lah, ada yang lagi best
dapat hadiah kasut sekolah pulak tu. Aku duduk je bawah stage sambil telan air
liur. Masa tu menyesal jugak sebab tak belajar rajin-rajin. Tapi perasaan
menyesal tu bertahan 5-6 saat je. Lepas tu aku main lompat-lompat balik dengan
kawan-kawan yang lain. Jadi bila anak sendiri dapat nombor satu,walaupun tadika
je pun, tapi aku punya bangga memang bukan calang-calang. Emak mana yang tak
bangga bila anak sendiri kenal ABC, boleh mengira, boleh mengeja. Alangkan dulu
masa Adam pandai sebut “Mama” pun aku nak pengsan kebanggaan. Inikan pulak
dapat nombor satu? Bangga tau! (Nangis tepi tempayan)
Masa majlis graduasi Adam
1hb November hari tu, akulah yang terpaling excited. Pagi-pagi lagi dah bangun.
Nasib baik Johor memang cuti hari tu, tak payah nak ambik CRK. Menang bolalah
katakan. Aku berdebar gila, terfikir apalah yang Adam nak buat atas stage tu.
Sebab dia asyik kata nak buat peace atas stage nanti. Majlis katanya start
pukul 8. Pukul 7.45 pagi aku dah gerak dari rumah. Nasib baik majlis tu dia
buat dekat Dewan Orang Ramai Parit Yaani, taklah jauh dari rumah aku. Sampai
sana, orang dah mula ramai dah. Sana – sini budak – budak kecik comel – comel
main lari – larilah, kejar-kejarlah. Aku tengok Adam dah tak mampu senyum dah.
Aku syak, Adam nervous.
Halah halah comel teruk anak Mama ni!
Adam dah start nervous ni. Senyum pun nak tak nak je.
Dekat pukul 10 pagi, baru
majlis start.Aku memang dah bosan tahap tak boleh nak berkompromi lagi. Yang
paling menyampah, bila time ucapan. Mintak maaflah banyak-banyak, aku paling
jaki manusia yang asyik kata ”Saya takkan berucap panjang..” tapi 45 minit
kemudian, masih mececeh merapu – rapu lagi. Hilang separuh kesabaran yang aku
pertahankan selama ini. Nasib baiklah Adam punya Tadika dapat giliran nombor
satu, jadi tak payahlah kami berjanggut mereput tunggu giliran dia naik stage.
Habis je ucapan – ucapan yang sungguh menyebalkan itu, maka sampailah ke acara
yang ditunggu – tunggu. Acara mendebarkan Adam naik ke atas stage untuk
menerima hadiah kecemerlangan. Masa pengacara sebut nama Adam (Dahlah salah
sebut nama anak aku. Xaharis, dia sebut Yaharis. Nak terbalikkan kerusi je
rasanya) sebagai penerima hadiah cemerlang tempat pertama, aku nampak anak aku
jalan sopan – sopan dengan muka polos suci murni bebas dosa, dengan mortar
board comel atas kepala. Alalala rasa nak terkam je dia atas stage tu sambil
peluk cium dia dengan penuh kebanggaan. Tepukan yang bergemuruh satu dewan buat
emak dia ni rasa nak nangis pulak. Terharu, bangga, gembira, semua ada. Aku
pandang suami, dia steady je muka takde perasaan. Menyampah tau.
Adam turun dari stage je
cepat – cepat aku lari dapatkan dia. Benda pertama dia tanya aku bila dia
nampak aku adalah,
“Mama nampak tak Adam tadi?”
dengan muka yang penuh dengan pengharapan.
“Mestilah Mama nampak!” Aku
cubit sikit pipi mulus dia, terus aku peluk Adam kuat – kuat. Bangganya Mama
sayang! Aku tahu, perjalanan Adam masih jauh. Umur dia baru 5 tahun. Masih
terlalu awal nak rasa bangga tak pasal – pasal dengan pencapaian Adam yang tak
seberapa tu kalau nak dibandingkan dengan anak – anak orang lain. Ah gasak.
Anak orang lain, tu orang lain punya cerita. Aku nak jadi macam emak abah aku
yang selalu support aku tak kira betapa bangsat pun aku dalam pelajaran. Aku
nak jadi macam emak yang tak pernah putus harapan pada anak dia yang nombor
tiga ni. Dahlah tak pandai, tak ada apa – apa yang dapat dibanggakan pada aku
ni. Zaman sekolah aku, aku cuma budak biasa yang tak ada apa – apa keistimewaan
di mata cikgu – cikgu. Aku nak jadi macam emak yang selalu bangga dengan
kejayaan anak – anak dia tak kiralah sekecil mana sekalipun. Aku nak Adam
sentiasa tahu yang walaupun dia ditaqdirkan Tuhan nanti tak secemerlang anak
orang lain dalam pelajaran, asalkan Adam membesar jadi manusia yang bahagia,
lelaki yang soleh dan taatkan Tuhannya, aku dah cukup bangga, lebih dari segala
isi dunia.
Aku taknak Adam jadi macam
aku. Sia – siakan kehidupan. Aku nak Adam jadi apa yang Adam nak. Nikmati
kehidupan. Tak takutkan cabaran. Kental hati dan sentiasa berani berhadapan
dengan dunia yang kadang – kadang kejam dan tak berperikemanusiaan. Aku nak
Adam sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri. Dan yang paling penting,
jauh mana pun Adam pergi, semoga Tuhan sentiasa ada dalam hati. Aku nak Adam
bawa nama Adam Irfan Xaharis tu sejauh mana yang Adam mampu pergi. Aku nak Adam
corakkan kejayaan, dan capai setinggi – tinggi kegemilangan dalam hidup dia.
Aku nak Adam buat apa yang emak dia tak mampu nak buat.
10 comments:
Ouchhh baca terus rasa nak kahwin cepat. Aikkkk hahahahhahahaa tahniah Adam Irfan Xaharis
@Nurisah AzharHaa sila sila! Kehkeh!
Akak umur 32, anak dah 5 tahun. Saya umur 28 masih krik krik krik sensorang. Tak mau la esok2 pergi hari graduasi tadika anak ketor2 pegang tongkat. Tak mahu! Tak mahu!
Adam ikut muka bapaknya. Tapi versi kulit putih macam cik puan bunga.
@AnonymousSooo, apa lagi segeralah mencari calonnya. Ke dah ada? Hihi. Cepat cepattt! ><,
@AnonymousSebenarnya di alam nyata, bapak dia lagi putih gilos dari emaknya. Huaaaaa!
Wah hebatnya kecik kecik cili padi
Tahniah kat Adam. Untung ler CPB dpt anak yg bijak mcm dia. nanti bila dh besar jd macam ayah dia. wow! Wow!!
@AnonymousHuuu tadika je. Semoga dia sentiasa cemerlang. Amin.
@SHaAmin! Hihi! Terima kasih! ><,
Post a Comment