Monday, November 16, 2015

Sombong.

Hari ni entah hari keberapa aku dekat sekolah baru. Aku pun dah lost count. Dulu masa mula - mula aku datang sini memang hari-hari aku kira. Sehari, dua hari, seminggu, dua minggu, sebulan. Eh lama - lama macam tak kuasa pulak aku nak mengira. Yang aku tahu, setiap kali menginjak 1 haribulan untuk bulan baru, maka bertambahlah bilangan bulan aku dekat sekolah yang tercinta ni.  Tercinta ke? Yelah. Tak kenal maka tak cinta. Anggaplah aku ni dalam proses mengenali hati budi sekolah ni. Heceh. Semoga lepas aku dah kenal mengenali ni, maka aku akan jatuh cinta dengan tiada berbelah bahagi.

Dekat sini, aku dapat tempat duduk dekat bilik paling belakang, meja pulak memang yang terpaling belakang. Memang ceruk. Lepas tu aku sengaja letak rak - rak buku depan meja aku biar aku tak nampak orang and orang tak nampak aku. Rak - rak pulak sengaja aku beli yang tinggi - tinggi. Memang taknak bagi berlakunya sebarang komunikasi mata dengan manusia - manusia yang melintas ditepi kiri kanan meja , depan belakang, atas bawah. Completely shut off. Rutin harian aku, datang sekolah, thumb print, duduk dekat meja, menanda atau prepare material untuk kelas, then jalan tegak je masuk kelas atau masuk relief, lepas tu balik bilik guru, makan, kelas, balik. Macam gitulah ulang - ulang setiap hari. Kalau ada orang datang meja untuk borak - borak, maka aku berboraklah. Kalau tak, aku duduk diam - diam sambil buat kerja - kerja yang berfaedah atau kerja - kerja yang tak berfaedah. Macam main handset ke, cari lubang semut ke, buat - buat mati ke. Apa - apa jelah.

 Kemas like always.
Oh ya. Dekat sini, orang panggil aku sombong. (Nangis tepi kolam ikan) Sebab aku tak bertegur sapa. Aku buat hal aku sendiri, dan aku tak pergi kantin langsung sepanjang aku dekat sini. Aku tak pernah senyum, aku tak pernah nak beramah - tamah. Kalau orang tak cakap dengan aku, aku tak start cakap dengan orang. Jadi, orang kata aku sombong. Merepek betul definisi sombong bagi diorang. Aku bukannya tak senyum. Aku senyum je dengan sesiapa yang aku terserempak. Walaupun kadang - kadang, penat aku senyum manis - manis tapi orang pandang aku macam nak tempeleng aku pakai tempurung kelapa, atau orang buat - buat pandang tempat lain setiap kali berselisih dengan aku, atau aku dah senyum dengan sepenuh hati eh boleh pulak orang pandang aku dengan muka takde perasaan. Pun begitu, aku tetap jugak melemparkan senyuman penuh gaya, mutu , keunggulan untuk tatapan masyarakat. Jadi kalau orang kata aku tak senyum dekat sini, itu adalah dusta semata - mata. Cuma yelah, karang aku senyum lebih - lebih karang, ada manusia yang rasa terancam pulak. Yelah, aku bukan boleh senyum dengan sebarangan orang. Karang orang kata aku nak ngorat laki orang pulak dekat sini. Kacau bilau pulak dunia jadinya nanti.

Kadang - kadang mungkin engkau orang terserempak dengan aku nak ke kelas dan aku macam tak hiraukan manusia kiri kanan. Maaflah. Bangunan kelas aku dahlah jauh. Kena pulak menempuh terik mentari yang membakar diri ini. Mata ni pulak bukannya besar sangat, dek kerana silau terkena panahan mentari, mungkin aku tak perasankan korang yang melintas disisi. Heceh. Satu lagi, aku ni jalan laju. Mungkin engkau orang tak perasan senyuman yang aku lemparkan tadi. Husnuzon sikit ye? Boleh kan?

Sejak duduk sekolah baru, tak sempat nak bawak handbag. Bawak backpack je terus. Senang. Tapi eyeliner maintain. Jangan risau. 
Bukan aku taknak bertegur sapa dekat sini. Bohonglah kalau cakap aku langsung tak bertegur. Ada jugak aku bertegur dengan jiran kanan - kiri, dengan cikgu - cikgu yang aku terserempak tengah jalan on the way nak pergi kelas, dengan cikgu - cikgu perempuan kalau ternampak masa tengah picit jerawat betulkan tudung dalam toilet. Ada. Aku ada tegur orang. Tapi macam yang aku cakap, aku tak initiate the talk. Aku masih dalam keadaan trauma. (Nyampah pulak cakap macam ni) Eh tapi betul, aku trauma. Trauma nak bertegur sana sini, trauma nak berbaik dengan orang, trauma nak berkawan, trauma sangat - sangat nak ambik berat pasal orang sana sini. Sebab nanti, sudahnya, kalau apa - apa jadi, semua telunjuk manusia perginya dekat muka aku. Akulah yang jahat, akulah yang jalang. Eh. Kawan ramai - ramai pun, time aku menggelupur azab diserang kedukaan (Peh ayat) ada ke yang datang hulur bahu? Ada pun, boleh dikira dengan jari itik. Sebab tu aku duduk senyap je dekat sini. Buat kerja aku. Peduli lah sama orang lain. Bak kata Joe, the less you know, the less you care. Because once you get to know the name, you know the story.

Walaupun berdiam diri dan menahan mulut daripada berkata - kata adalah merupakan satu perkara yang sangat bertentangan dengan fitrah diri aku yang dilahirkan ke muka bumi dengan perangai yang macam gini, tapi aku sedaya upaya jugak tahan diri daripada bercakap - cakap dengan orang lain. Kalau ada benda penting, baru aku bukak mulut. Kalau benda tu agak - agak menyusahkan aku sikit, aku senang berurusan terus dengan pihak pentadbir. Aku nak pentadbir tahu apa - apa dari mulut aku sendiri. Dan kalau pentadbir ada apa - apa maklumat nak disampaikan pada aku, aku nak tahu sendiri daripada pihak pentadbir. Takde lagi dah ruang untuk cakap - cakap belakang, drama - drama swasta ke apa ke. Takde dah. Takde. Benda - benda menyemakkan kepala hotak macam gini kena dibanteras. Sejak pindah sekolah ni, aku macam dah tak boleh nak tolerate benda - benda bodoh yang selalu orang Melayu buat. Kutuk belakang, tikam belakang, sembang kari level 999, aktiviti penalaman dua muka yang berleluasa, dan macam - macam lagilah. Tak puas hati, ada masalah apa - apa, meh setel depan muka. Senang. Cukup - cukuplah membodohkan diri dulu.

Manade sombong. Kan cantik je tu.
Mintak maaflah kalau aku ni nampak macam sombong. Dengan muka aku yang macam gini pulak, memang aku tak salahkan masyarakat kalau engkau orang nak kata aku sombong. Berbalik kepada tema kehidupan kita pada hari ini, tak kenal maka tak cinta. So nanti bila dah kenal - kenal, agaknya bercintalah kita nanti. Ye tak? Bagi aku masa sikit. Aku ni masih dalam proses nak muhasabah diri dan mencari sinar kehidupan yang abadi. (Peh!) Nanti - nanti bila aku dah okay, aku dah pulih daripada kelukaan ini (Peh lagi!) aku akan back to normal self. Aku perasan jugak, sejak aku pindah sekolah baru ni, aku dah jarang senyum. Apatah lagi nak bergelak ketawa, memang jarang sangat - sangat. Sepanjang masa nak serious. Aku pun rindukan diri aku yang dulu. Yang sentiasa riang gembira umpama burung - burung yang bebas berterbangan di angkasa. Yang selalu sayangkan orang, tak kira siapapun orang tu. Yang selalu memberi tanpa mengharapkan apa - apa balasan. Yang selalu memberikan yang terbaik walaupun kadang - kadang orang langsung tak hargai. Yang sentiasa buat baik dengan semua orang sebab aku rasa semua orang pun baik. Nanti ye. Nanti. Aku pun rindu nak kembali macam dulu. Cuma kali ni, lukanya dalam sikit. Ambik masa nak sembuh semula. Kalaupun dah sembuh, lukanya tetap ada. Kan?

Sebenarnya -

aku langsung tak sombong. Sumpah.


Sebab tu kadang - kadang terkeluar jugak perangai sebenar. (Cepat cari mana aku)

"It takes more than a world, to 'kill' a rockstar. -Norhayati Isnin (2015)"

Dah. Babai!

9 comments:

Unknown said...

Yang tudung kuning bawah rockstar tu..hai :P

Cik Puan Bunga said...

@Shahril MohdItu mak orang oi! Hahaha!

Anonymous said...

Ntahnye mana ada sombong pun. pepandai je diorang melabel akak ye.

Tak pe kak kurang cakap. Banyak cakap banyak salah. Banyak salah dosa. Banyak dosa ....... lah tempatnya (isikan tempat kosong). Jadi raihlah pahala dgn hanya berdiam.

Kadang2 manusia yg beramah mesra disekeliling kita ni, banyak beramah mesra benda yg negatif, mengumpat, memfitnah, prasangka buruk. Segelintir bukan semua.

Tak pe kurang cakap. Tapi senyum kena lebih kak. Biarlah la kita macam orang gila pun senyum sorang2, orang yang memandang buat2 tak nampak. Kita dapat pahala sedekah. Yang buat2 tak nampak tu tak dapat ape.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousSelama ni akak banyak cakap. Potpet sana sini. Last last jahatnya nampak dekat akak jugak. Bila akak diam pun kena jugak. Tapi macam awak cakap, better banyakkan senyum eh ><, Pahala pun dapat! Terima kasih awak!!

OmbakBaik said...

Kat mane mane pon memang akan ade manusia yang tak berpuas hati dengan kita..tak kiralah tempat baru atau lama. Memang moralnye, kita kene hati2 dengan semua orang. Yang nampak ramah kekadang hatinye berbau..yang nampak sombong hatinye seindah bunga yang comel.. erkkk..

Cik Puan Bunga said...

@OmbakBaikBetul. Hati-hati dengan semua orang. Tak kiralah siapa , kan? Suka statement tu! ><,

Dhia said...

nk masuk c ontest meneka..n baru pertama kali baca dan ketawa..hehe..awak yg pkai tudung pepel n buat rock sign tu kan?klu sy salah..minta maap :)

Cik Puan Bunga said...

@DhiaBetul!! Tepat sekali! hihi keturunan pandai ni!

Anonymous said...

cik puan bunga... tak sangka masih lagi aktif blogging.. nak tanya... mcam mana kalau kita lupa password blog ek? dh try byk kali tp gagall... tak jumpa jalan.. huu help me please..