Walaupun
team choral speaking SMK Yong Peng telah di disqualifiedkan dengan penuh gaya
mutu dan keungggulan oleh juri – jurinya, kami tetap pulang dengan seribu satu
perasaan bangga yang susah aku nak gambarkan. Secara jujurnya, rasa nak
terajang batang pisang kerana telah di disqualifiedkan hanya bertahan beberapa
jam sahaja, dan selepas itu, aku kembali okay. Mungkin time tu aku lapar, jadi
effect marah membabi – buta kelihatan begitu ketara sekali. Tetapi
Alhamdulillah, lepas aku makan mee soba free dan seketul carrot slice yang
sungguh lazat, aku kembali dapat berfikir dengan tenang.
Ini semua
ketentuan Allah.
Alhamdulillah.
Belum
rezeki aku untuk membawak kemenangan kepada sekolah yang sedang aku berkhidmat
sekarang. Disqualified kerana tak cukup ahli tu hanya asbabnya sahaja.
Hakikatnya, itu bukan rezeki aku. Aku cakap dekat anak – anak murid aku yang
diorang dah buat yang terbaik. Dan kita dah capai misi kita untuk beat sekolah aku yang lama. See, walau
disqualified, Tuhan tetap bagi jugak apa yang aku mintak. Aku mintak supaya
budak – budak aku dapat present dengan penuh gaya dan kebanggaan. Done. Tuhan
bagi. You should see those kids. You should watch them. Sumpah aku bangga habis
dengan mereka. Selama ni macamlah aku tak tahu yang SMK Yong Peng ni orang
anggap ayam – ayam je. Kalau masuk pertandingan, sekadar nak cukupkan korum je.
Tapi budak – budak aku dah buktikan yang diorang bukan sebarangan ayam. Tak
senang duduk jugaklah orang bila time budak – budak sekolah aku present. Aku ni
tahan sebak tengok diorang atas pentas. Flawless dan sungguh menyakinkan.kasi. Aku
mintak supaya sekolah aku mampu mengatasi bekas pasukan yang aku pimpin tahun
lepas. Done. Allah bagi. Walau disqualified, kami number 4 , mereka number 5.
Dapat bayang tak kalau kami tidak di disqualifiedkan?
Terima kasih, boss! Sanggup tunggu sampai bas kami datang.
Aku
bangga dengan diri aku sendiri. Walaupun aku bergerak sendiri, aku mampu
buktikan pada diri sendiri dan pada semua orang, yang aku mampu untuk membentuk
satu pasukan choral speaking sekolah yang di segani. Sokongan daripada rakan –
rakan guru, sokongan daripada Tuan Pengetua yang tak berbelah bahagi, sokongan
dari GPK Pentadbiran yang membenarkan kami berlatih dalam waktu PDP disaat –
saat akhir, meyakinkan aku bahawa perjuangan aku ini, bukan perjuangan syok
sendiri. Walaupun kami tidak pulang dengan kejayaan, kami dah membanggakan
semua orang. Even masa mesyuarat PIBG, Tuan Pengetua minta kami untuk membuat
persembahan di hadapan tetamu VVIP, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong. Punyalah
tinggi harapan yang Tuan Pengetua sandarkan di bahu kami. Dan persembahan tu
rupanya mendapat pujian dan pengiktirafan daripada Datuk Seri. Katanya beliau
tak sangka yang SMK Yong Peng mampu melatih pelajar sekolah tu sampai jadi
macam tu. Dan beliau bangga dengan pencapaian mereka.
Thanks Payat!
Gila
tak bangga? SMK Yong Peng woih. Kau kena paham budak – budak dekat sini
macamana. Nak cari bakat untuk jadi ahli team choral kau ingat macam sekolah
aku yang lama? Bersepah – sepah. Tapi dekat sini lain. Dengan aku yang tak
kenal lagi anak – anak murid dekat sini. Sumpah at first tu rasa macam lost
sekejap. Tapi Tuhan sayang aku. Tuhan tak biarkan aku sorang – sorang. Tuhan
kasi aku Payat untuk membantu aku serba – serbi. Kami sama – sama cari ahli.
Mula – mula pujuk sorang – sorang. Lama – lama kami main paksa. Tapi budak
sekolah sini bukan jenis yang boleh duduk berlatih berjam-jam. Baru latih satu
jam dah sibuk nak minta balik. Nak cari ahli yang komited susahnya nauzubillah.
Mereka kena selalu dimotivasikan. Aku nak mereka bukak mata. Aku taknak orang
pandang mereka macam pencacai. Aku nak orang ramai salute dengan mereka. Lama –
lama, persepsi mereka mula berubah. Mula komited untuk datang latihan. Walaupun
fokus diorang macam pongkes (Pantang aku
lepa sekejap, mulalah nak borak – borak sesama sendiri) tapi akhirnya aku
berjaya bentuk disiplin diorang. Alhamdulillah. Aku tak cakap kami power, tapi
kami bukan lapik kaki lagi dah. Kami bukan pasukan pencukup korum lagi dah.
Zaman tu dah habis dah. Start tahun ni, watch out lah setiap kali ada English
Carnival. Sebab aku akan pastikan pasukan choral sekolah aku bukan pasukan fun
fair.
Perangai masing-masing macam taik. Tapi aku sayang semua sangat - sangat!
Ingat
lagi, bila time praktis, kitorang cuma ada 13 orang ahli. 13 orang ahli je weh.
Dengan rata – rata pelajarnya tak ada basic English pronunciation yang padu.
Semua bunyi Jawa. Bunyi off sangat – sangat. Rasa nak nangis jugaklah time tu.
Betapa susahnya nak cari orang untuk join group choral ni. Pelajar cina
majoriti lepas sekolah ada tuisyen. Celah mana nak berlatih? Pelajar India
pulak macam cari chip cokelat dalam chipsmore. Tak ada sangat. Jadi sudahnya
aku pujuk – pujuk mana – mana budak Melayu dan India yang ada untuk join group
kami. Daripada 13, sikit – sikit jadi banyak. Sampailah kami berjaya cukupkan
30 orang untuk satu pasukan. Skrip pulak dua kali tukar. Dah berlatih dua
minggu, tiba – tiba JKD English Batu Pahat tetapkan yang kami kena tukar skrip
untuk ikut tema yang ditetapkan. Dah terpaksa tukar skrip perah kepala hotak
pulak. Tukar skrip ni pun katanya ada isu jugak. Malaslah nak komen banyak –
banyak, buat sakit hati je lahai.
Aku
tabik dengan ahli-ahli team aku yang komited gila babi time latihan. Danisya,
Kimi, Nad. Nad ni asalnya budak petanque. Aku paksa join choral. Memang tak
salahlah pilihan aku. Nad ni awal-awal je malu-malu, lama-lama dia jadi sangat
komited. Datang latihan setiap masa, banyak bagi idea bernas untuk team. Kimi
masa awal – awal training tak nampak sangat bakat dia, lama – lama, Kimi jadi
power. Setiap kali latihan, Kimi adalah manusia yang sentiasa alert dengan
arahan aku. Training buat betul – betul. Tak pernah buang masa borak – borak bangang
dengan orang. Kimi punya komitmen memang 400%. And towards the end of the
training tu, Kimi macam anchor untuk team ni. Kimi jadi power gaban. Danisya
pulak adalah Kimi versi perempuan. Sebab Danisya, semua jadi bersemangat.
Berbakat, penuh dengan ekspresi. Aku bersyukur pada Tuhan kerana berjaya
menjumpai budak – budak macam ni. Diorang berkebolehan, tapi tak pernah diberi
peluang. Jadi ini, aku beri mereka peluang. Dan mereka dan buktikan yang mereka
bukan sembarangan.
Masa
diorang performed, akulah manusia yang paling bangga sekali atas muka bumi.
Bila Joe kata team aku padu, aku rasa akulah manusia paling kembang kempis
sekali lubang hidungnya. Ini budak – budak Yong Peng. Budak – budak Yong Peng
yang orang sebelah mata pun tak pandang, dan aku berjaya buktikan. Budak –
budak inilah yang mampu berikan sekolah – sekolah elit saingan. Jangan nak
nafikan. Jadinya aku redha, walaupun mereka ditaqdirkan Tuhan untuk di
disqualifiedkan, aku tak pernah rasa mereka ini sia – sia. Sebab mereka dah
berikan persembahan yang terbaik. Mereka dah buat yang terbaik. Aku bangga
dengan mereka.
Halamak. Gambar kena censored. Biasalah. Budak Yong Peng. Kehkeh!
Aku
datang sekolah ni sendiri. Dalam keadaan sangat merindukan anak – anak murid
aku di sekolah lama. Aku hilang identiti diri dalam menjadi seorang guru yang
ceria, kelakar, gila – gila macam dulu. Aku jadi seorang yang pendiam, tak
banyak cakap, dan tak banyak bertegur sapa dengan anak – anak murid dekat sini.
Team choral nilah yang telah mengembalikan diri aku yang lama. Dalam team nilah
aku jumpa kasih sayang yang aku dah lama hilang. Dalam team nilah aku jadi
balik diri aku yang lama. Dalam team inilah aku berjumpa kembali dengan
semangat juang aku yang entah kemana. Terima kasih korang. Korang percaya pada
Teacher, korang dengar cakap Teacher, korang yakin dengan Teacher. And look at
us now, we are stronger than ever. Dah macam satu keluarga. Terima kasih Tuhan.
Peristiwa
ni bagi aku banyak hikmah yang tak terjangkakan. Walau kami gagal, tapi kami
berjaya sebenarnya. Untuk aku, aku dah buktikan bahawa aku power gaban dan
mampu buat benda ni sorang – sorang. Dari segi persahabatan, aku dengan Joe dah
sama – sama buktikan yang kami mampu menggoncang ‘kuasa – kuasa besar’ yang
selama ini mendominasi. Kami sama – sama sendiri handle team, latih sorang –
sorang. Walau kami dipisah-pisahkan, kami masih mampu berikan yang terbaik.
Just imagine if we are still together. Dan melalui choral speaking nilah,
beberapa kisah – kisah keji telah terbongkar dengan sendiri. Manusia – manusia
yang selama ni bertopengkan syaiton, dah mula nak menampakkan tanduk masing –
masing. Tak sangka, ada duri dalam daging. Api dalam sekam. Musuh dalam selimut,
duit dalam bra. Eh tetiba. Tak tak. Aku cuma nak cakap, tak sangka, yang ada
orang – orang ‘dalam’ sendiri yang cuba nak menjatuhkan team masing – masing.
Puaka betul.
Dan
aku rasa, pertandingan choral speaking tahun inilah yang terpaling epic sekali
bila sekolah aku, SMK Yong Peng dan sekolah Joe, SMK Seri Gading sama – sama diberikan
gelaran ‘disqualified’. Sebab tak cukup member. Sweet tak kitorang? Tahun lepas
kami Johan sama – sama (Sebab satu team)
tahun ni kami disqualified sama – sama. Ini memang brotherhood level dewa –
dewa ni weh. Epik! Aku syak, benda – benda macam gini tak pernah berlaku dekat
mana – mana daerahlah kompom! Nampak tak betapa padunya friendship aku dengan
Joe. Kagumlah weh. Sila kagum sekarang! Dan mungkin menjadi pertandingan choral
speaking yang paling kelakar nak mampus bila team yang tegak kaku bosan nak
mati , sharp entah ke mana, siap macam pertandingan juara lagu kategori etnik
kreatif boleh pulak menyanyi – nyanyi macam konsert, boleh dapat placing.
Sumpah kelakar. Selama ni mati – mati aku ingatkan teks yang bermesej dan asli,
team yang kreatif , dinamik dan berinovasi, keseragaman, suara jelas dan
lantang merupakan kualiti yang dicari-cari untuk mewakili daerah ke peringkat
lebih tinggi. Rupanya aku silap. Tahun depan aku cadang nak bawak gamelan naik
atas pentas time present, kot – kotlah boleh menang. Kan? Berdiri tegak kaku ,
skrip bosan nak mati, sharpness tak payah fikir sangat, asalkan team member
bawak satu kampung, aku yakin tahun depan sekolah aku mampu jadi johan.
Jyeahhh!
Rileks brader. Kita power!
Secara
totalnya, kita bukan gagal Joe. We are not losers. Mungkin kita ni nampak macam
cikgu macai yang tak membawa guna dalam institusi pendidikan, kita bukan macam
cikgu – cikgu cemerlang yang lain, yang 24 jam buat modul itu modul ini, siang
malam pagi petang dok fikir macamana nak tingkatkan peratus lulus, bilangan A,
nak siapkan paperwork itu ini, nak buat itu ini, mana nak bodek sana sini, mana
nak caras sana sini. Nope. Kita bukan cikgu macam tu. Kita adalah golongan
cikgu – cikgu yang sampai kiamat pun takkan merasa Anugerah Cemerlang peringkat
Planet Bumi sekalipun, tak. Tapi kita ada satu kekuatan , kita ada satu
kelebihan yang Tuhan bagi dekat kita untuk menjadi satu spesis guru yang
hampir-hampir pupus dalam muka bumi ni. Kita spesis cikgu – cikgu yang dengan
membabi – butanya bagi sinar harapan dekat anak – anak murid yang tidak
dipedulikan. Kita spesis cikgu – cikgu yang cuba buat dunia kita seronok dengan
apa yang kita buat. Kita spesis cikgu – cikgu yang cuba berikan budak – budak ni
pendidikan bukan hanya dalam kelas, bukan hanya kejar A semata – mata. Kita
berikan mereka sebuah kehidupan. Trust me Joe, kita mungkin miskin harta miskin
anugerah cemerlang itu ini, tapi kitalah antara cikgu – cikgu yang akan kekal
dalam ingatan mereka, meniti dalam doa-doa mereka. Jangan putus harapan,
brader. We have each other.
Dan
yep, aku akan tetap bangkit. Aku akan tetap bangun dan berjuang. Aku akan kejar
dan cari kebahagiaan aku dalam menjadi seorang pendidik. Hidup ni medan
perjuangan. Dan Tuhan dah janji, manisnya sabar itu, hanya orang – orang yang
beriman akan mampu mengecapnya. Sebangsat manapun hidup kita, dugaan yang kita
hadapi setiap hari, yakinlah, kita tak pernah sendiri. Susah? Minta dengan
Tuhan. Minta banyak – banyak. Mintalah tamak – tamak. Minta. Sebab Tuhan kata,
kau mintak, Aku akan kasi. Kau usaha, kau doa, kau sabar, kau tawakal. Lek ah.
Apa nak kisah dengan hidup yang sementara ni kan?
Rindunya korang!
Jumpa
lagi tahun depan. Sila rasa risau dan tak senang duduk mulai …. SEKARANG.
11 comments:
Bravo cik puan bunga..spirit ini dinanti2 dr ckgu2 bi..yg boleh pg betond everything...yg sanggup ajar bahasa asing bukan shj tuk lulus exam tp lebih dari itu..mengajar ttg friendship..responsibility..manners etc
Fyi ive been in your situation before..seorg guru muda yg penuh keazaman tp ditolak mentah2 dek krn kecetekan experience yg kita ada...but u please never give up...never...i bet in not more than 10 years from now...you will win not only the competition but best of all you will win your student's heart...
They will cherished everything that u have taught them...
We create life..we create human being...we are not creating mosters..
Teruskan perjuangan...best of luck
Me
Bekas cikgu bi joe��
ai is nanes tiap kali baca cite kau.
best tahap beruang polar (nampak tak jauhnye?)
-cik bambam
I am proud of you. Begitulah jasa pengorbanan seorang guru. Rindu pulak dengan cikgu2 masa kat sekolah dulu. Anyway good luck for nxt year :)
@nuI will never give up! NEVER! ><,
Thank you for your motivational words. It soothes me!
Serious aaa bekas Cikgu BI Joeeeee????
Huwarghhhh epic!!
@AnonymousHahaha mementang aku gemuk terus panggil beruang polar! Wakakakaka!
@Ainera RuniaThank youuuuu! ><,
mencik!
baru brp perenggan dh terpaksa nangis..huhuhu. meh nak peluk! u did a good job my dear.
mu nok kepok lekor dok?
meh nak belanja
NURUL IZZATI JUSOH
*pakai gugel suami haha
Akak, kalau Encik Joe tu belum kawin, cakap peminat dia kirim salam. Haha..
cik bunga bz ke? dah lama x update...can't wait for your new post.
peminat dari jauh;
shal
melaka
nak entri hari guru 2016./
Akak, akak dan keluaga okey je kan? Lama akak senyap saya rasa tak sedap hati. Tertanya-tanya keadaan diri akak sekarang. Saya doakan akak dan keluarga baik2 aja.
Post a Comment