Thursday, January 19, 2017

Al-Ankabuut | Ayat 62

Aku ingat lagi macamana sendunya aku tahun lepas bila Ayam meraikan kenaikan DG beliau dari DG41 ke DG 44 secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan dan aku hanya mampu memandang dari kejauhan sebab permohonan kenaikan pangkat aku tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan / Pengetua sekolah lama aku. Aku tahu rezeki tu kerja Tuhan. Kita sebagai manusia biasa yang berstatus hamba ni tak layak nak mempertikai kerja Tuhan. Rezeki bukan manusia yang kasi. Aku tahu tu. Tapi aku tetap rasa tindakan orang berkenaan adalah sangat kejam, tidak berhati perut dan sangat menyusahkan aku. Kenyang aku makan penipuan manusia - manusia disekeliling aku pada masa tu. Dahlah aku dipindahkan konon - kononnya atas sebab keperluan dan kesenioritian. Rupa - rupanya aku dipindahkan sebab ada manusia kuat main wayang. Dahlah begitu, permohonan kenaikan pangkat aku pulak tidak diperakukan. Jadi dari situ memang sudah terang lagi bersuluhlah kenapa sebenarnya aku dipindahkan. Ada yang butthurt dengan aku. Diperkuatkan lagi dengan komen Ketua Jabatan / Pengetua sekolah lama aku dekat borang kenaikan pangkat tu - "Perlukan bimbingan lagi untuk menjadi guru yang baik dari segi hubungan dengan rakan sekerja." Maka memang confirmlah ada manusia yang teramat butthurt dengan aku.


Sepatutnya, dalam masa 30 hari selepas Ketua Jabatan / Pengetua tidak memperakukan permohonan aku tadi, aku WAJIB diberitahu. Aku WAJIB diberitahu bahawasanya permohonan aku tidak diperaku dan aku WAJIB diberitahu sebab musabab permohonan aku tersebut tidak diperaku. Dan dalam masa 30 hari tu jugak aku boleh kemukakan rayuan. Sebab kalau dalam masa 30 hari ni aku tak kemukakan rayuan, maka permohonan aku dah masuk dalam cooling period, tak boleh nak buat apa -apa melainkan kena buat permohonan baru (Dalam jangkamasa setahun atau lebih) atau aku kena buat permohonan untuk calon cicir which was sadly, untuk kes aku, permohonan calon cicir telahpun ditutup. Jadi diorang dah kejam dua kali dengan aku dekat sini. Takde siapa pun yang bagitahu aku bahawa permohonan aku tidak diperaku dan sudahnya aku terlepas semua tarikh-tarikh penting sama ada untuk buat rayuan, permohonan semula ataupun permohonan calon cicir. Dan bila aku tanya pentadbir sekolah lama, takde satu jawapan munasabah pun yang aku dapat melainkan :  "Saya tidak mahu memanjangkan lagi hal ini." Aku nak tanya, kalau kau dekat tempat aku, apa kau rasa? Tak payah nak sembang masjid suruh bersabar, suruh pasrah suruh redha apa semua, tu aku tahu. Aku orang Islam. Konsep kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa tu kena diletakkan ditingkat tertinggi. Sekarang ni kau ni ibarat sudah jatuh ditimpa tangga tercium taik ayam candu pulak. Dipindahkan. Dinafikan kelayakan kenaikan pangkat. Lepas tu dibuat macam manusia takde hati dan perasaan. Kalau kau, kau suka ke kena macam ni?

Kes ni aku rujuk ke Putrajaya. Aku dirujuk kepada Puan Kamisah Binti Kasim. Pegawai yang handle kes aku ni. Aku nak ucapkan terima kasih sedunia kepada Puan Kamisah sebab dia tolong aku dengan penuh bersungguh-sungguh. Setiap email aku sap sap sap sepantas kilat dia balas. Dia guide aku one by one apa kena buat apa semua, dia jugak yang tolong called kan sekolah lama untuk tahu status sebenar kes aku ni. Dan dia jugaklah yang beri solusi apa yang aku kena buat for the next steps. Terima kasih Puan. Allah saja yang dapat membalas jasa baik Puan. Dan selepas tu, kes aku ni dihandle oleh Pembantu Tadbir dekat sekolah baru aku. Dahlah baik, tak pernah marah-marah atau tinggikan suara walaupun aku banyak tanya itu ini. Kak Halimah lah yang tolong checkkan markah aku setiap tahun. Dari tahun 2012 sampailah 2014, markah penilaian aku setiap tahun semua 90 keatas. Tiba - tiba je tahun 2015, tahun aku memohon tu markah aku jadi 77. Aku pun tak tahu nak komen apa. Dalam hati berserah ajelah pada Tuhan dan berdoa agar urusan ni dipermudahkan. Dan aku kena berterima kasih satu semesta kepada Juniza yang banyak sangat bantu aku untuk urusan permohonan baru. Proses permohonan sangat smooth dan tak menyusahkan mana - mana pihak. Juniza cekap buat kerja dan selalu update dengan aku setiap proses dan prosedur yang terlibat dari A sampailah ke Z. Dari start memohon, kumpul evidens, sampailah ke tarikh dia isi permohonan aku secara online. Semua dia keep me updated. Aku betul - betul terharu dengan pertolongan dan jasa baik dia. Dan selebihnya, aku redha. Pasrah. Dan tawakaltu Alallah. Kalau Tuhan kata ini rezeki aku, maka inilah rezeki aku.

Dan akhirnya, 11 Januari 2017 hari tu aku try lah check. Saja - saja. Cuba - cuba. Sebab Juniza dah bagitahu awal-awal dah yang dia sendiri tak tahu bila keputusan permohonan ni akan diumumkan. Dia sendiri tak ada pengalaman berdepan dengan situasi macam ni. Selama dia bekerja tak pernah pulak ada kes Ketua Jabatan / Pengetua tak perakukan permohonan Kenaikan Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan macam ni. Dan keputusannya --

ALHAMDULILLAH! 

Untuk 5 saat yang pertama aku teramatlah terkesima dan berasa sungguh sayu, sebak, tak percaya semua ada. Aku rasa macam diawang - awangan. Rasa berbaloi sangat penat lelah yang aku usahakan selama setahun ni. Nak raih kepercayaan pentadbir - pentadbir dekat sekolah baru, nak didik anak - anak murid yang totally different sangat dengan anak - anak murid dekat sekolah lama. Tambahan pulak dengan keadaan diri yang pregnant, dugaan morning sickness tu semua, aku rasa macam.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, besarnya kasih sayang Kau pada aku yang hina ini Ya Allah. Dan yang lagi manis, tarikh kenaikan pangkat aku back-dated. Meaning yang dia takkan kacau langsung senioriti aku untuk nak mohon DG 48 nanti. Amin amin ya rabb! Syukur!
 

Aku dengan takde segan silu terus mesej pentadbir - pentadbir aku. Ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Atas kepercayaan diorang pada aku. Walaupun macam - macam yang diorang dengar kisah -kisah aku sebelum ni, diorang tetap percayakan aku. Sanggup nak berikan aku ruang dan peluang untuk membuktikan yang aku ni seorang cikgu yang bagus. Bukan tahap cikai - cikai punya. Di saat semua orang mempertikai kelebihan aku, diorang yang bagi aku kepercayaan. Bagi aku peluang untuk berbakti. Sebaknya aku rasa!

Tuan Pengetua.

GPK 1
 GPK HEM

 Juniza yang disayangi.
Aku janji akan berikan yang terbaik untuk SMK Yong Peng. Satu - satunya sekolah yang mengalu - alukan aku. Sekolah yang membuka peluang untuk aku tanpa sikitpun mengambil kira masa lalu aku. Biarpun cikgu - cikgu nya tak segah sekolah lama aku, low profile dan tak sehappening sekolah lama, tapi dekat sinilah aku belajar banyak benda. Dekat sini aku mula segala - galanya dari bawah. 

Terima kasih, Boss!
Aku share berita ni dengan manusia - manusia yang aku sayang. Dengan Ayam dan Joe of course, dengan suami dan keluarga, dengan Kak Zana dan dengan sekalian manusia yang selama ni sentiasa berikan aku semangat dan tak putus-putus doakan ketabahan aku dan kejayaan aku selama ni. Sebelum ni aku rasa dugaan yang Tuhan beri ni sangatlah besar. Rasa malu difitnah dengan macam-macam perkara, hilang kawan, hilang keselesaan bekerja, dinafikan sumbangan disekolah lama selama ni, semua buat aku rasa macam sangat sangat tak berguna. Tapi benarlah, Tuhan tak akan menguji manusia diluar batas kemampuan mereka. Hari ini, saat ini, bila aku kenangkan kembali semua yang aku dah lalui, aku rasa sangat bersyukur dengan setiap ujian yang Tuhan berikan. Buat aku lebih kuat, buat aku lebih berani, buat aku lebih menghargai kawan - kawan yang ada biarpun sedikit, dan mencorakkan aku menjadi guru yang lebih baik. Dan yang paling penting, ujian inilah yang semakin mendekatkan aku dengan Yang Maha Esa. Alhamdulillah.

Aku taknak toleh belakang lagi. Aku dah maafkan semua yang menjahati aku. Aku takkan lupakan semua ni, tapi aku memilih untuk teruskan melangkah dan menjadi manusia yang lebih hebat lagi. Aku yakin, satu masa nanti akan ada percaturan yang Tuhan sudah rencanakan untuk manusia - manusia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kisah aku ini. Kecik atau besar, cepat atau lambat, akan ada bahagian masing - masing. Aku yakin. Sangat sangat yakin.

Korang tunggu ajelah.

Permulaan yang baik untuk 2017! 😎

Dah babai!

Friday, January 6, 2017

Woot Woot Taiping! (3 Hotel Paling Best Dekat Taiping)

Ya Allah, seronoknya bila difikir-fikir aku masih ada berpuluh-puluh hari untuk baki cuti bersalin aku. 90 hari beb! Gembira tonggeng – tonggeng. Masa cuti hujung tahun hari tu tak dapat nak bawak family pergi holiday sebab masih dalam berpantang lagi. Ni lagi sepuluh hari lagi nak habis tempoh berpantang ni, kaki pun dah gatal nak pergi jalan – jalan ni. Siapalah yang tak suka bercuti kan? Bercuti ni merupakan aktiviti yang digemari dan disukai majority manusia kot weh sebab bercuti ni boleh buat kita lupa seketika tentang segala beban dan masalah yang menghantui kepala kita serta rutin harian yang membosankan. Gitu. Ayat dah macam pengacara Majalah Tiga. Sebelum kita melancong mahupun pergi bercuti, kita mesti perlu melakukan pelbagai perancangan yang tiptop dan rapi termasuklah dengan pemilihan tempat penginapan yang sesuai. Jangan pandang enteng eh dengan pemilihan tempat penginapan ni. Kalau tersalah pilih tempat penginapan nanti tak pasal – pasal je boleh membuatkan mood percutian kita berubah. Elok-elok nak happy, tak jadi happy pula. Bayangkanlah dah syok-syok nak bercuti tiba – tiba pulak tempat penginapan tu dah macam tempat langsuir bertendang. Agak-agak teruja tak?
Kali ni aku plan nak bercuti ke Taiping. Dah lama sebenarnya teringin nak jejak bumi Perak dan Taiping sebagai destinasi percutian ni tapi asyik tak kesampaian je. Busy sana sini. Jadi plannya kali ni tak kiralah macamana sekalipun, kitorang sekeluarga nak jugak cari masa untuk menjajah bumi Taiping. Jadi, tindakan pertama adalah cari tempat penginapan yang best dekat sana. Tak kisahlah korang nak stay dekat hotel, homestay atau chalet Taiping ke, yang penting jangan lupa untuk tengok review atau komen dari pengunjung lain dan sesuai dengan bajet. Jangan malas untuk buat sikit research and baca review dari pengunjung-pengunjung yang lain. Memang banyak membantu dalam usaha kita nak mencari tempat penginapan yang best dan bersesuaian dengan bajet. Dekat bawah ni aku ada senaraikan beberapa accommodation yang best untuk korang bermalam kalau korang bercuti ke Taiping.
 
1.Tune Hotel

Kenapa aku suggest dekat sini? Sebab lokasinya sangat strategik dan mudah untuk ditemui. Dengan warna dia yang merah menonjol tu memang tak susah korang nak jumpa hotel ni di tengah – tengah alam maya. Terletak di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan kemudahan awam macam mall, hospital, gym dan lain-lain lagi., kira macam kalau korang check in dekat sini, tak susahlah korang nak dapatkan kemudahan – kemudahan lain. Macam all in one lah gitu. Tune Hotel jugak menjanjikan keramahan pekerja yang tiada tolok bandingnya. Selain itu  hotel ni jugak menawarkan keselesaan hebat kepada pengunjung dengan menyediakan 3 pilihan bilik yang cukup sempurna iaitu Twin Room, Double Room dan Family Room Standard. Walaupun tempat penginapan ni tiada swimming pool seperti yang korang idam-idamkan, namun ia mempunyai rating yang tertinggi dari segi kebersihan, hidangan dan perkhidmatan yang disediakan. Ramai pengunjung yang berpuas hati dengan layanan baik yang diberikan. Harganya pun berpatutan dan berhampiran dengan tempat tarikan pelancong seperti Zoo Taiping, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, dan banyak lagi.








2.  Hotel Taiping Perdana



Haaa, bagi korang yang mencari tempat penginapan yang ada swimming pool dengan harga yang rendah, korang boleh stay dekat Hotel Taiping Perdana ni. Apa yang best dekat sini walaupun hari hujan korang still boleh mandi dan bermain di swimming pool sebab di sini mereka menyediakan tempat swimming pool yang bertutup. Mana – mana yang datang dengan anak – anak tu, hotel yang dilengkapi dengan swimming pool memang sangat-sangat menjadi pilihan kan. Budak – budak kan suka berendam dalam air. Korang juga boleh mencuba hidangan makanan dari Café Intan Suri yang menyajikan masakan antarabangsa yang halal dengan rasa yang luar biasa. Memang wajib cuba tu! Selain tu, terdapat banyak kemudahan yang ditawarkan untuk pengunjung seperti WIFI, parking, sarapan, TV dan banyak lagi. Jadi takde alasanlah untuk korang mereput dalam bilik taktau nak buat apa. Selfie – selfie pastu tak boleh nak upload sebab hotel takde WIFI. Data pulak dah habis. Sendu! Jangan risau, sebab Hotel Taiping Perdana ni siap lengkap dengan pelbagai kemudahan yang menyenangkan korang sekeluarga. Korang juga boleh pilih pelbagai pilihan bilik mengikut kesesuaian korang iaitu Standard Room, Superior Room, Family Room, Junior Suite dan Executive Suite. Hotel yang terletak di pusat Bandar Taiping ni juga berhampiran dengan tempat tarikan pelancong seperti Muzium Perak, Kuala Sepetang, Pusat Perlindungan Burung dan sebagainya.





3.   Flemington Hotel

Accommodation ni juga merupakan salah satu the best Taiping Hotels kerana mempunyai senibina yang moden dan menawarkan pemandangan panorama Taman Tasik Taiping yang cukup indah. Pemandangan landskap semulajadi yang menakjubkan ni juga dapat dinikmati dari kolam renang yang berada di atas bumbung atau salah satu dari 3 pilihan tempat makan. Gila ah romantiknya! Kalau korang nak tengok permandangan taman tasik yang cantik tu dari bilik, korang boleh pilih bilik Premier Double. Selain dari banyak kemudahan bilik, di sini juga menawarkan perkhidmatan mengatur lawatan balik hari ke Bukit Larut, di mana korang boleh berenang di air sungai atau mendaki ke puncak bukit tersebut. Jadi tak payah nak pening – pening kepala nak fikir macamana nak uruskan trip tu pesemua. Semua dah ada. Korang tinggal mintak je. Review yang diberikan oleh pengunjung lain juga sangat positif dan memuaskan serta mudah untuk berkunjung ke tempat tarikan yang lain seperti Taiping Sentral Mall, Bandar Warisan, Kuala Sepetang dan banyak lagi.





Sebenarnya banyak lagi choice of accommodation yang korang boleh pilih jika berada di Taiping ni. Korang tak payah nak pening – pening kepala sangat. Korang boleh tengok dekat Traveloka.com. Terdapat banyak pilihan tempat penginapan daripada hotel premium sehingga ke hotel bajet. Korang bolehlah buat persediaan awal based on duit dalam poket maisng – masing. Page ni juga akan filter and sort kan siap-siap the best rate untuk korang. Korang kena buat apa? Korang tinggal pilih sahaja. Mudah kan? Selain tu, korang juga boleh pilih mengikut keperluan korang seperti melihat skor rating yang tertinggi, harga yang terendah, berdekatan dengan tempat tarikan dan populariti. Apa yang best, ada ruangan galeri untuk korang melihat gambar-gambar hotel pilihan korang serta melihat kemudahan apa yang disediakan. Memang terbaik dan memudahkan. Korang taip je destinasi pilihan korang dan search ikut spesifikasi yang korang idam-idamkan. So, tunggu apa lagi, jomlah tempah bilik percutian korang sekarang. Selamat bercuti! Cuti aku ada banyak lagi! Jangan jealous! Kehkeh!
Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Traveloka, korang boleh klik je mana – mana satu link dekat bawah ni. Atau korang klik jelah semua. Sukahati koranglah.

Facebook : @TravelokaMY
Twitter : @travelokaMY
Instagram : @traveloka
Google + : Traveloka

Dah. Babai!