Ya Allah, seronoknya bila difikir-fikir aku masih
ada berpuluh-puluh hari untuk baki cuti bersalin aku. 90 hari beb! Gembira
tonggeng – tonggeng. Masa cuti hujung tahun hari tu tak dapat nak bawak family
pergi holiday sebab masih dalam berpantang lagi. Ni lagi sepuluh hari lagi nak
habis tempoh berpantang ni, kaki pun dah gatal nak pergi jalan – jalan ni.
Siapalah yang tak suka bercuti kan? Bercuti ni merupakan aktiviti yang
digemari dan disukai majority manusia kot weh sebab bercuti ni boleh buat
kita lupa seketika tentang segala beban dan masalah yang menghantui kepala
kita serta rutin harian yang membosankan. Gitu. Ayat dah macam pengacara
Majalah Tiga. Sebelum kita melancong mahupun pergi bercuti, kita mesti perlu melakukan
pelbagai perancangan yang tiptop dan rapi termasuklah dengan pemilihan tempat
penginapan yang sesuai. Jangan pandang enteng eh dengan pemilihan tempat
penginapan ni. Kalau tersalah pilih tempat penginapan nanti tak pasal – pasal je
boleh membuatkan mood percutian kita berubah. Elok-elok nak happy, tak jadi
happy pula. Bayangkanlah dah syok-syok nak bercuti tiba – tiba pulak tempat
penginapan tu dah macam tempat langsuir bertendang. Agak-agak teruja tak?
Kali ni aku plan nak bercuti ke Taiping. Dah lama
sebenarnya teringin nak jejak bumi Perak dan Taiping sebagai destinasi
percutian ni tapi asyik tak kesampaian je. Busy sana sini. Jadi plannya kali ni
tak kiralah macamana sekalipun, kitorang sekeluarga nak jugak cari masa untuk
menjajah bumi Taiping. Jadi, tindakan pertama adalah cari tempat penginapan
yang best dekat sana. Tak kisahlah korang nak stay dekat hotel, homestay atau chalet Taiping ke, yang
penting jangan lupa untuk tengok review atau komen dari pengunjung lain dan
sesuai dengan bajet. Jangan malas untuk buat sikit research and baca review
dari pengunjung-pengunjung yang lain. Memang banyak membantu dalam usaha kita
nak mencari tempat penginapan yang best dan bersesuaian dengan bajet. Dekat
bawah ni aku ada senaraikan beberapa accommodation yang best untuk korang
bermalam kalau korang bercuti ke Taiping.
1.Tune Hotel
Kenapa aku suggest dekat sini? Sebab lokasinya sangat strategik
dan mudah untuk ditemui. Dengan warna dia yang merah menonjol tu memang tak
susah korang nak jumpa hotel ni di tengah – tengah alam maya. Terletak di
tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan kemudahan awam macam mall, hospital,
gym dan lain-lain lagi., kira macam kalau korang check in dekat sini, tak
susahlah korang nak dapatkan kemudahan – kemudahan lain. Macam all in one lah
gitu. Tune Hotel jugak menjanjikan keramahan pekerja yang tiada tolok
bandingnya. Selain itu hotel ni jugak
menawarkan keselesaan hebat kepada pengunjung dengan menyediakan 3 pilihan
bilik yang cukup sempurna iaitu Twin Room, Double Room dan Family Room
Standard. Walaupun tempat penginapan ni tiada swimming pool seperti yang korang
idam-idamkan, namun ia mempunyai rating yang tertinggi dari segi kebersihan,
hidangan dan perkhidmatan yang disediakan. Ramai pengunjung yang berpuas hati
dengan layanan baik yang diberikan. Harganya pun berpatutan dan berhampiran
dengan tempat tarikan pelancong seperti Zoo
Taiping, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, dan banyak lagi.
2.
Hotel Taiping Perdana
Haaa, bagi korang yang mencari tempat penginapan
yang ada swimming pool dengan harga yang rendah, korang boleh stay dekat Hotel Taiping
Perdana ni. Apa yang best
dekat sini walaupun hari hujan korang still boleh mandi dan bermain di swimming
pool sebab di sini mereka menyediakan tempat swimming pool yang bertutup. Mana –
mana yang datang dengan anak – anak tu, hotel yang dilengkapi dengan swimming
pool memang sangat-sangat menjadi pilihan kan. Budak – budak kan suka berendam
dalam air. Korang juga boleh mencuba hidangan makanan dari Café Intan Suri yang
menyajikan masakan antarabangsa yang halal
dengan rasa yang luar biasa. Memang wajib cuba tu! Selain tu, terdapat banyak
kemudahan yang ditawarkan untuk pengunjung seperti WIFI, parking, sarapan, TV
dan banyak lagi. Jadi takde alasanlah untuk korang mereput dalam bilik taktau
nak buat apa. Selfie – selfie pastu tak boleh nak upload sebab hotel takde
WIFI. Data pulak dah habis. Sendu! Jangan risau, sebab Hotel Taiping Perdana ni
siap lengkap dengan pelbagai kemudahan yang menyenangkan korang sekeluarga.
Korang juga boleh pilih pelbagai pilihan bilik mengikut kesesuaian korang iaitu
Standard Room, Superior Room, Family Room, Junior Suite dan Executive Suite.
Hotel yang terletak di pusat Bandar Taiping ni juga berhampiran dengan tempat
tarikan pelancong seperti Muzium Perak, Kuala Sepetang, Pusat Perlindungan
Burung dan sebagainya.
3. Flemington Hotel
Accommodation ni juga merupakan salah satu the best Taiping Hotels kerana mempunyai senibina yang moden dan menawarkan pemandangan panorama Taman Tasik Taiping
yang cukup indah. Pemandangan landskap semulajadi yang menakjubkan ni juga
dapat dinikmati dari kolam renang yang berada di atas bumbung atau salah satu
dari 3 pilihan tempat makan. Gila ah romantiknya! Kalau korang nak tengok
permandangan taman tasik yang cantik tu dari bilik, korang boleh pilih bilik
Premier Double. Selain dari banyak kemudahan bilik, di sini juga menawarkan
perkhidmatan mengatur lawatan balik hari ke Bukit Larut, di mana korang boleh
berenang di air sungai atau mendaki ke puncak bukit tersebut. Jadi tak payah
nak pening – pening kepala nak fikir macamana nak uruskan trip tu pesemua.
Semua dah ada. Korang tinggal mintak je. Review yang diberikan oleh pengunjung
lain juga sangat positif dan memuaskan serta mudah untuk berkunjung ke tempat
tarikan yang lain seperti Taiping Sentral Mall, Bandar Warisan, Kuala Sepetang
dan banyak lagi.
Sebenarnya banyak lagi choice of accommodation yang korang boleh
pilih jika berada di Taiping ni. Korang tak payah nak pening – pening kepala
sangat. Korang boleh tengok dekat Traveloka.com. Terdapat banyak pilihan tempat penginapan daripada hotel
premium sehingga ke hotel bajet. Korang bolehlah buat persediaan awal based on
duit dalam poket maisng – masing. Page ni juga akan filter and sort kan
siap-siap the best rate untuk korang. Korang kena buat apa? Korang tinggal
pilih sahaja. Mudah kan? Selain tu, korang juga boleh pilih mengikut keperluan
korang seperti melihat skor rating yang tertinggi, harga yang terendah,
berdekatan dengan tempat tarikan dan populariti. Apa yang best, ada ruangan
galeri untuk korang melihat gambar-gambar hotel pilihan korang serta melihat
kemudahan apa yang disediakan. Memang terbaik dan memudahkan. Korang taip je
destinasi pilihan korang dan search ikut spesifikasi yang korang idam-idamkan. So,
tunggu apa lagi, jomlah tempah bilik percutian korang sekarang. Selamat
bercuti! Cuti aku ada banyak lagi! Jangan jealous! Kehkeh!
Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Traveloka, korang boleh klik je mana – mana satu link dekat bawah ni. Atau korang klik jelah semua. Sukahati koranglah.Website : https://www.traveloka.com/en-my/Facebook : @TravelokaMYTwitter : @travelokaMYInstagram : @travelokaGoogle + : Traveloka
Dah. Babai!
No comments:
Post a Comment